Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
 Bersama Membangun Negara     Sab, 25 Mac 2017    Eng | Mal
Utama / Akademi Percukaian Malaysia

Akademi Percukaian Malaysia (APM) yang mula beroperasi pada bulan September 1994, ialah institusi latihan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Ianya terletak di sebuah tapak seluas 36.8 ekar (kira-kira 15 hektar) di Bandar Baru Bangi, Selangor, iaitu lebih kurang 35 km dari ibukota Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara-Selatan.

Fungsi Utama

APM berfungsi sebagai sebuah akademi latihan kepada LHDNM untuk merancang dan melaksanakan program latihan bagi melahirkan pegawai LHDNM yang cekap dan berkualiti.

Objektif

  • Melatih pegawai LHDNM dalam bidang percukaian dan pengurusan supaya dapat menjalankan tugas secara profesional;
  • Memperkukuhkan pengetahuan serta kepakaran pegawai LHDNM bagi memenuhi kehendak sistem percukaian yang dinamik; dan
  • Meluaskan perspektif serta pengetahuan pegawai LHDNM melalui latihan bersama individu serta organisasi di dalam dan luar negara.

Untuk maklumat lanjut berkenaan APM, sila hubungi:

Pengarah,
Akademi Percukaian Malaysia,
Persiaran Wawasan,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor,
Malaysia.
Telefon: +603-89243600/+603-89245800
Faks: +603-89257299 / +603-89257005

Program Latihan

Program latihan yang dijalankan di Akademi Percukaian Malaysia (APM) terbahagi kepada TIGA (3) kategori utama iaitu:

1. Kursus Untuk Pengesahan Dalam Perkhidmatan
Kursus Induksi dan Kursus Asas Perkhidmatan dijalankan untuk pegawai dan staf yang baru mula bertugas di LHDNM. Mereka perlu mengikuti latihan ini dengan jayanya sebagai salah satu kriteria untuk pengesahan dalam jawatan.

2. Kursus Untuk Kenaikan Pangkat;
Kursus Latihan Lanjutan Undang-Undang dijalankan untuk meningkatkan kemahiran analitis pegawai LHDNM dalam bidang percukaian, perakaunan dan audit. Program ini juga bertujuan untuk kemajuan dalam kerjaya.

3. Kursus Untuk Pendedahan dan Pengetahuan
APM menyediakan pelbagai latihan bagi tujuan pendedahan dan pengetahuan untuk meningkatkan kemahiran pegawai LHDNM.

Dalam bidang pengauditan dan percukaian yang merupakan bidang teras LHDNM selaku pemungut hasil negara, antara latihan yang diberikan termasuklah Computer Auditing Tools, Forensic Accounting, UBS, industri khusus, duti setem, insentif cukai dan lain-lain. Latihan dijalankan secara syarahan, kajian kes, role play dan latihan simulasi. Sebahagian dari latihan dijalankan dengan kerjasama pakar-pakar daripada agensi luar seperti Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Internal Revenue Service U.S (IRS).

Selain daripada itu, kursus kemahiran antara perseorangan seperti penggunaan perisian komputer, perhubungan awam, kaunseling, kemahiran rundingan, kemahiran bahasa dan sebagainya merupakan sebahagian daripada kalendar latihan APM. Kursus pengurusan, integriti, komunikasi, kepimpinan dan penilaian strategik turut disediakan.


Program Latihan Kerjasama Antarabangsa

APM berkerjasama dengan beberapa pertubuhan antarabangsa seperti Commonwealth Association of Tax Administrator (CATA), Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD), International Bureau of Fiscal Documentation (IBFD), Japan International Cooperation Agency (JICA), Internal Revenue Service U.S.A (IRS), Federal Law Enforcement Training Center, U.S.A (FLETC), Australian Taxation Office (ATO), dan Asian Developmet Bank Institute (ADBI) dalam menyediakan latihan dalam bidang cukai antarabangsa. Program-program yang dijalankan bukan sahaja disasarkan kepada pegawai LHDNM tetapi juga pegawai-pegawai percukaian dari negara-negara sekitar ASEAN malah juga dari negara-negara terpilih di Asia, Afrika, kawasan Kepulauan Pasifik dan juga dari negara-negara Komanwel yang lain. Penyertaan juga diberikan kepada pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan Malaysia.

Fokus latihan meliputi topik yang pelbagai, termasuk tetapi tidak terhad kepada percukaian antarabangsa, syarikat multinasional, perakaunan forensik, penyiasatan jenayah, e-dagang, penipuan dan kesedaran integriti, pindahan harga, perjanjian cukai dan pertukaran maklumat.

Berikut disenaraikan kursus-kursus yang akan dijalankan pada tahun 2016.



No

Kursus

Tarikh

1
LHDNM-OECD : Transfer Pricing Aspects of The Extractive Industry
22 - 26 Feb 2016

2

LHDNM-OECD : Tax Treaty - Special Issues

14 - 18 Mac 2016

3

LHDNM-IBFD : Permanent Establishment

18 - 22 Apr 2016

4

LHDNM-OECD : Auditing MNEs For BEPS - A Case Study

25 - 29 Apr 2016

5

LHDNM-CATA : Workshop on Taxation of International Transactions (TOIT)

09 - 27 Mei 2016

6

LHDNM-OECD : Introduction to Application and Negotiation of Tax Treaties

19 - 30 Sept 2016

7

LHDNM-OECD : Transfer Pricing Dispute Resolution and Avoidance (MAPs and APAs)

24 - 28 Okt 2016

8

LHDNM-IBFD : Taxation on Financial Markets

24 - 28 Okt 2016

7

LHDNM-OECD : Compliance by Design - Instruments to Strengthen Tax Compliance

21 - 25 Nov 2016

NOTA :
1) Kursus seperti di No. 5 adalah terbuka kepada negara-negara ahli CATA sahaja.
2) Penyertaan pada kursus-kursus lain adalah berdasarkan jemputan.


Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM)

APM merupakan agensi pelaksana bagi kursus di bawah PKTM yang ditaja oleh Kerajaan Malaysia melalui melalui Kementerian Luar Negeri. Kursus-kursus ini terbuka kepada pegawai percukaian dari negara-negara ahli PKTM dan meliputi pelbagai topik yang berkaitan dengan pentadbiran cukai, pembinaan keupayaan, audit dan penyiasatan serta percukaian antarabangsa.

Kursus-kursus seperti di bawah akan dijalankan pada tahun 2016:



No

Kursus

Tarikh

1

LHDNM-MTCP: General Tax Administration Course (GTAC)

18 Jul - 05 Ogos 2016


Khidmat Rundingan

APM juga menyediakan latihan khusus permintaan daripada negara-negara membangun yang lain. Antara negara-negara yang telah mengambil bahagian dalam latihan ini ialah Bangladesh, Vietnam, Laos, Myanmar dan Kemboja.

Maklumat lanjut mengenai perkara di atas boleh diperolehi daripada:


Dr. Nik Abdullah Sani Nik Mohamed
Pengarah Pusat Latihan Antarabangsa, Penyelidikan dan Inovasi
Akademi Percukaian Malaysia
Telefon: +603-8924 5803
Faks: +603-8925 7005
E-mel: nasani@hasil.gov.my



Di lawati : 186,597
Kemaskini : : 2016-03-24 15:31:58

.Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. 03-83138888 .

2 1mal jata mof msc anm kastam bnm lada spr 1akses
Selamat Datang Welcome United States
  Tarikh Kemaskini : 24 Mac 2017
Pengunjung : China
 Flag 1 Malaysia
 Flag 24 Singapore
 Flag 1 United States
 Flag 5 Online : 31
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 25,744
Jumlah Pengguna Bulan : ( 03 / 2017 ) 6,053,509
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2017 ) 11,106,999
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 154,890,506
Jumlah Pengguna Bulan :( 02 / 2017 ) 3,136,628
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2016 ) 30,962,414