logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Akademi Percukaian Malaysia
Akademi Percukaian Malaysia

Akademi Percukaian Malaysia (APM) yang mula beroperasi pada bulan September 1994, ialah institusi latihan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Ianya terletak di sebuah tapak seluas 36.8 ekar (kira-kira 15 hektar) di Bandar Baru Bangi, Selangor, iaitu lebih kurang 35 km dari ibukota Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara-Selatan.

Fungsi Utama

APM berfungsi sebagai sebuah akademi latihan kepada LHDNM untuk merancang dan melaksanakan program latihan bagi melahirkan pegawai LHDNM yang cekap dan berkualiti.

Objektif

  • Melatih pegawai LHDNM dalam bidang percukaian dan pengurusan supaya dapat menjalankan tugas secara profesional;
  • Memperkukuhkan pengetahuan serta kepakaran pegawai LHDNM bagi memenuhi kehendak sistem percukaian yang dinamik; dan
  • Meluaskan perspektif serta pengetahuan pegawai LHDNM melalui latihan bersama individu serta organisasi di dalam dan luar negara.
Program Latihan Dalaman
Program latihan yang dijalankan di Akademi Percukaian Malaysia (APM) terbahagi kepada TIGA (3) kategori utama iaitu:
1
Pengesahan Dalam Perkhidmatan

Program peringkat asas dijalankan untuk tujuan pengesahan dalam perkhidmatan, pegawai dan staf yang baru mula bertugas di LHDNM. Program bertujuan memberi pendedahan kepada perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap Hasilian meliputi latihan dalam kesedaran negara dan organisasi, asas undang-undang percukaian dan mengikut keperluan bidang kefungsian.

2
Kenaikan Pangkat

Program dijalankan untuk meningkatkan kemahiran analitis pegawai LHDNM dalam bidang kefungsian bertujuan untuk kemajuan dalam kerjaya.

3
Kursus Kemahiran

APM turut melaksanakan pelbagai latihan bagi tujuan pendedahan dan pengetahuan untuk meningkatkan kemahiran pegawai LHDNM.

Dalam bidang pengauditan dan percukaian, antara latihan yang diberikan termasuklah Computer Auditing Tools, Forensic Accounting, UBS, industri khusus, duti setem, insentif cukai dan lain-lain. Latihan dijalankan secara syarahan, kajian kes, role play dan latihan simulasi.

Selain daripada itu, kursus kemahiran seperti penggunaan perisian komputer, perhubungan awam, kaunseling, kemahiran rundingan, kemahiran bahasa dan sebagainya merupakan sebahagian daripada kalendar latihan APM.

Kursus pengurusan, integriti, komunikasi, kepimpinan dan penilaian strategik turut disediakan.
Program Latihan Kerjasama Antarabangsa
APM, menerusi Pusat Latihan Antarabangsa, Penyelidikan dan Inovasi, menganjurkan kursus dalam bidang cukai antarabangsa menerusi kerjasama dengan pentadbir cukai dan pertubuhan antarabangsa termasuk Commonwealth Association of Tax Administrator (CATA), Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD), International Bureau of Fiscal Documentation (IBFD), dan Japan International Cooperation Agency (JICA).

Program-program yang dijalankan bukan sahaja disasarkan kepada pegawai LHDNM tetapi juga pegawai-pegawai percukaian dari negara-negara sekitar ASEAN malah juga dari negara-negara terpilih di Asia, Afrika, kawasan Kepulauan Pasifik dan juga dari negara-negara Komanwel yang lain. Penyertaan juga diberikan kepada pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan Malaysia.

Fokus latihan meliputi topik yang pelbagai, termasuk tetapi tidak terhad kepada percukaian antarabangsa, syarikat multinasional, perakaunan forensik, penyiasatan jenayah, e-dagang, penipuan dan kesedaran integriti, pindahan harga, perjanjian cukai dan pertukaran maklumat.
Berikut disenaraikan kursus-kursus yang akan dijalankan oleh Pusat Latihan Antarabangsa, Penyelidikan dan Inovasi, APM pada tahun 2019. Penyertaan kursus kolaborasi antarabangsa adalah berdasarkan jemputan sahaja.
NO
TARIKH
KURSUS
1
07 - 08 Feb
IRBM – NEW ZEALAND: SGATAR - EXCHANGE OF INFORMATION (EOI)
2
11 - 15 Mac
IRBM – OECD: TRANSFER PRICING DOCUMENTATION AND CBCR
3
25 Mac - 05 Apr
IRBM - CATA: SENIOR LEADERSHIP PROGRAMME (SLP)
4
15 - 19 Apr
IRBM - IBFD: TAXATION OF THE NATIONAL RESOURCES
5
17 - 21 Jun
IRBM – OECD: TP AND AUDITING : INSURANCE AND BANKING (TIWB APPROACH)
6
01 - 05 Jul
IRBM - CATA: WORKSHOP ON TAXATION OF INTERNATIONAL TRANSACTIONS (TOIT) - TAX TREATY WORKSHOP
7
08 - 12 Jul
IRBM - CATA: WORKSHOP ON TAXATION OF INTERNATIONAL TRANSACTIONS (TOIT) - TRANSFER PRICING WORKSHOP
8
05 - 06 Ogos
IRBM – CTIM: NTC 2018
9
19 - 30 Ogos
IRBM – MTCP – JICA : TCTP FOR CLMV – TAX ADMINISTRATION (REVENUE MANAGEMENT)
10
23 - 27 Sept
IRBM – IBFD : TAXATION OF THE DIGITAL ECONOMY
11
30 Sept - 04 Okt
IRBM – KPM : KEM CERDIK CUKAI 2019 (KCC VIX)
12
14 - 25 Okt
IRBM – MTCP : GENERAL TAX ADMINISTRATION
13
18 - 22 Nov
IRBM – OECD: TRAIN THE TRAINERS ON BEPS AND TRANSFER PRICING (BL)
14
TBC
IRBM – OECD: TAX ADMINISTRATION: SME, A SYSTEMS APPROACH TO ENHANCE COMPLIANCE IN THE INFOMAL SECTOR
Khidmat Rundingan

APM juga menganjurkan program latihan yang disesuaikan dengan permintaan daripada pentadbir cukai negara-negara membangun yang lain. Antara program yang telah dijalanakan adalah bagi negara-negara seperti India, Sri Lanka, Bangladesh, Vietnam, Laos Myanmar dan Kemboja.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kemudahan APM, sila hubungi:

Pejabat Pendaftar,
Akademi Percukaian Malaysia,
Persiaran Wawasan,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Malaysia.
Telefon: +603-89243600/+603-89245800
Faks: +603-89257299
Customer Care Officer: khairulasyraf@hasil.gov.my

Di lawati : 447,843
Kemaskini : : 2019-01-03 10:48:56

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

3 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 21 Nov 2019
Pengunjung : France Flag 2 Malaysia Flag 36 Netherlands Flag 3 United States Flag 9 Online : 50
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 55,732
Jumlah Pengguna Bulan : ( 11 / 2019 ) 1,094,406
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2019 ) 25,344,813
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 227,987,364
Jumlah Pengguna Bulan :( 10 / 2019 ) 1,151,931
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2018 ) 36,330,047