logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / e-PEROLEHAN
PENGENALAN
Sistem e-Perolehan LHDNM (Sistem eP LHDNM) merupakan sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal untuk menawarkan bekalan, perkhidmatan dan kerja kepada LHDNM melalui atas talian (internet). Ia adalah meliputi tawaran perolehan secara tender, sebut harga dan pembelian terus yang akan dikeluarkan oleh LHDNM.

Sistem eP LHDNM menggunakan platform Tender Wizard selaku penyedia perkhidmatan (service provider). Perkhidmatan yang ditawarkan melalui Sistem eP LHDNM adalah meliputi:
1. Pendaftaran pembekal dan pembayaran secara atas talian.
2. Pembelian dokumen tender/ sebut harga dan pembayaran secara atas talian.
3. Memproses dan menyerahkan tawaran tender / sebut harga secara atas talian.
4. Penyaluran maklumat (contoh kenyataan tawaran, pembukaan, keputusan) melalui email yang telah didaftarkan.
PELAKSANAAN

Pada peringkat awal pelaksanaan Sistem eP LHDNM (secara berperingkat), kenyataan tawaran bagi tender dan sebut harga yang dipaparkan akan menyatakan secara jelas kaedah perolehan samada melalui Sistem eP LHDNM atau proses manual sedia ada.

Pembekal boleh membuat semakan dari semasa ke semasa ke atas kenyataan tawaran, pembukaan dan keputusan tender/ sebut harga


DAFTAR PEMBEKAL

Pembekal perlulah berdaftar dengan Sistem eP LHDNM bagi membolehkan pembekal untuk menyertai tawaran tender/ sebut harga yang ditawarkan oleh LHDNM serta memperolehi kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan.

Pembekal perlu memastikan maklumat yang diisi adalah lengkap dan tepat berserta dokumen sokongan (yang berkaitan) bagi memastikan ketepatan maklumat. LHDNM berhak untuk disable pembekal yang telah berdaftar sekiranya didapati maklumat yang dibekalkan adalah tidak sahih dan tidak tepat.

Setiap pendaftaran adalah sah laku bagi tempoh satu tahun daripada tarikh pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran adalah secara tahunan. Kenaan caj adalah oleh pihak service provider ke atas perkhidmatan yang telah disediakan.

PENJUALAN DOKUMEN TENDER / SEBUT HARGA

Pembekal boleh mendapatkan dokumen perolehan secara atas talian bagi tawaran tender dan sebut harga yang melalui Sistem eP LHDNM. Harga dokumen tersebut adalah berdasarkan ketetapan yang telah dinyatakan di dalam Kenyataan Tawaran.

PENAWARAN PEROLEHAN

Pembekal yang berjaya menerima tawaran perolehan pembekalan/ perkhidmatan/ kerja melalui Sistem eP LHDNM, akan dikenakan fi perkhidmatan daripada nilai tawaran tertakluk kepada kadar dan had maksimum yang ditetapkan. Fi perkhidmatan berkaitan adalah kenaan caj oleh pihak service provider ke atas perkhidmatan yang telah disediakan.

KENYATAAN TAWARAN, PEMBUKAAN DAN KEPUTUSAN TENDER / SEBUTHARGA
Pembekal yang telah berdaftar melalui Sistem eP LHDNM akan menerima pemakluman kenyataan tawaran, pembukaan dan keputusan tender/ sebut harga melalui emel yang telah didaftarkan. Bagi pembekal yang belum berdaftar, kenyataan tawaran tender/ sebut harga boleh disemak melalui laman rasmi LHDNM.

Sebarang pertanyaan berkaitan Sistem eP LHDNM bolehlah diemailkan kepada eperolehanlhdnm@hasil.gov.my

Di lawati : 7,088
Kemaskini : : 2018-11-15 16:55:27

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

150 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 21 Nov 2018
Pengunjung : China
 Flag 1 Malaysia
 Flag 8 United States
 Flag 6 Online : 15
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 84,112
Jumlah Pengguna Bulan : ( 11 / 2018 ) 1,349,088
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2018 ) 33,509,764
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 199,822,254
Jumlah Pengguna Bulan :( 10 / 2018 ) 1,903,138
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2017 ) 33,518,994