Kami adalah komited untuk memerangi sesiapa sahaja yang sedang dan telah melarikan cukai. ANDA boleh membantu kami memastikan setiap individu / syarikat membayar cukai yang sepatutnya telah menjadi tanggungjawab bersama demi pembangunan Negara.
Sekiranya ANDA mempunyai maklumat, sila hubungi kami jika mengetahui berlakunya aktiviti pelarian cukai tersebut.
Maklumat yang diberikan tersebut, berkemungkinan dapat membantu memberi keadilan kepada lain-lain Pembayar Cukai.
Bahagian Sumber Dan Aduan Awam Jabatan Perisikan Dan Profiling Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Aras 3, Menara 2, No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Sila ambil perhatian bahawa sumber maklumat yang membawa kepada kajian kes akan dirahsiakan mengikut keperluan peruntukan kerahsiaan di bawah Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan 1967. Begitu juga, Jabatan ini mempunyai kewajipan untuk menjaga kerahsiaan hal ehwal cukai pembayar cukai di bawah peruntukan kerahsiaan yang sama. Oleh yang demikian, tuan / puan tidak akan dimaklumkan tentang kemajuan kajian kes atau hasil daripadanya.
JALANKANLAH TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI RAKYAT PRIHATIN BANTULAH NEGARA MEMBANTERAS PENGELAK CUKAI PENDAPATAN