Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
 Bersama Membangun Negara     Sel, 25 Jul 2017    Eng | Mal
Utama / Keselamatan Online

Keselamatan Online melindungi aktiviti online anda

Komunikasi dan transaksi elektronik merupakan komponen penting dalam penyampaian perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Namun, kebaikan transaksi online juga boleh menimbulkan risiko penipuan misalnya individu-individu yang menipu pembayar cukai dengan mengaku diri sebagai wakil yang dilantilk oleh LHDNM untuk mendapatkan maklumat tertentu atau menuntut bayaran cukai melalui e-mel.

LHDNM, sama seperti semua pembekal perkhidmatan online yang lain, sentiasa komited untuk menjamin keselamatan aktiviti online anda walaubagaimanapun anda harus waspada.

Kaedah yang digunakan oleh individu-individu di atas untuk memperoleh maklumat yang mereka inginkan selalu berubah, oleh itu LHDNM akan mengumumkan jenis-jenis penipuan yang dikenalpasti dari masa ke masa. Risiko utama melibatkan tuntutan bayaran cukai pendapatan palsu melalui e-mel. LHDNM sentiasa memantau sistem dan mengawal rekod pelanggan dari sebarang akitiviti penipuan.

Sila pastikan ID pengguna dan kata laluan yang anda gunakan ketika mengakses sistem LHDNM disimpan dengan selamat. Sebarang kegiatan yang mencurigakan harus dilaporkan kepada LHDNM dengan segera.

Melaporkan aktiviti e-mel palsu kepada LHDNM

LHDNM tidak pernah memohon bayaran cukai atau melantik broker / pemungut cukai asing / mana mana pihak ketiga untuk memungut cukai pendapatan Malaysia melalui e-mel.

Jika anda menerima e-mel yang tidak di alamatkan kepada anda secara tepat dan kemudian meminta anda untuk klik pada pautan , mendedahkan butiran peribadi atau membuat bayaran cukai pendapatan / denda yang mencurigakan , anda mungkin akan terdedah dengan anasir penipuan dari laman palsu.

Jika anda telah menerima e-mel daripada LHDNM yang anda berasa sangsi / penipuan, sila kemukakan e-mel tersebut ke aduan@hasil.gov.my.

Tindakan akan diambil atas setiap aduan yang diterima.

Di lawati : 127,204
Kemaskini : : 2010-04-11 23:41:00

.Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. 03-83138888 .

6 1mal jata mof msc anm kastam bnm lada spr 1akses
Selamat Datang Welcome United States
  Tarikh Kemaskini : 24 Jul 2017
Pengunjung : Australia
 Flag 1 China
 Flag 1 Czech Republic
 Flag 1 Malaysia
 Flag 22 United States
 Flag 6 Reserved
 Flag 1 Online : 32
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 10,111
Jumlah Pengguna Bulan : ( 07 / 2017 ) 1,796,933
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2017 ) 20,481,984
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 164,265,492
Jumlah Pengguna Bulan :( 06 / 2017 ) 1,109,042
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2016 ) 30,962,414