KATEGORI AM
TANGGUNGJAWAB PEMBAYAR CUKAI
Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada LHDNM. Individu tersebut adalah bertanggungjawab untuk :
Adakah Anda Individu Tersebut? Sekiranya YA, sila rujuk tiga (3) langkah seperti di bawah :
LANGKAH 1 : DAFTAR NOMBOR CUKAI PENDAPATAN / KEMASKINI MAKLUMAT
Ya, tuan perlu mendaftar nombor cukai pendapatan sekiranya tuan adalah seorang :
Pendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara :
Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :
Pendaftaran secara e-Daftar :
Pendaftaran secara manual :
Sekiranya tuan mempunyai lebih daripada satu fail cukai pendapatan, tuan dinasihatkan untuk merujuk ke cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan tuan bagi tujuan pengemaskinian status fail tersebut.
Keadaan ini berlaku berkemungkinan disebabkan maklumat perhubungan dalam rekod LHDNM adalah berbeza. Sebagai contoh, alamat surat-menyurat yang digunakan adalah alamat majikan (majikan lama) atau alamat surat-menyurat telah berubah (tidak dikemaskini).Tuan juga boleh hadir ke cawangan LHDNM yang berdekatan untuk urusan percukaian tuan.
KEMASKINI MAKLUMAT
Tuan dinasihatkan memaklumkan kepada pihak LHDNM dengan kadar segera apabila terdapat perubahan ke atas sebarang maklumat peribadi tuan. Pengemaskinian maklumat peribadi boleh dibuat secara :
Antara maklumat yang perlu dikemaskini sekiranya terdapat perubahan adalah:
Bagi pengemaskinian alamat surat menyurat, alamat e-mel peribadi dan nombor telefon; sila gunakan Borang Permohonan Pertukaran Alamat (CP600B) dan salinan dokumen pengenalan untuk tujuan tersebut.
Walau bagaimanapun, bagi tujuan mengemaskini maklumat peribadi yang lain, tuan dikehendaki untuk mengemukakan satu surat pemberitahuan beserta dokumen sokongan yang berkaitan.
KATEGORI PENAKSIRAN
LANGKAH 2 : LAPOR PENDAPATAN TAHUNAN
Tuan sebagai pembayar cukai adalah bertanggungjawab untuk:
Pembayar cukai tidak perlu menghantar rekod, dokumen dan helaian kerja bersama dengan BNCP; tetapi ianya hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun. Pengiraan tempoh tujuh tahun adalah bermula dari akhir tahun dalam mana BNCP tersebut telah dikemukakan.
Sekiranya tuan tidak menyimpan rekod–rekod perniagaan tuan, di bawah seksyen 119A, ACP 1967, tuan boleh didakwa di mahkamah dan jika disabitkan kesalahan, tuan boleh dikenakan denda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM10,000 atau dipenjara tidak kurang satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Sekiranya tuan adalah :
Individu menjalankan perniagaan, sila lengkapkan :
Tarikh akhir penghantaran BNCP adalah :
Ya, kegagalan menghantar BNCP dalam tempoh yang ditetapkan adalah menjadi kesalahan dan boleh dikenakan penalti / kenaikan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Sekiranya tuan akan bekerja di luar negara, tindakan berikut perlu diambil :
Majikan tuan bertanggungjawab memaklumkan kepada LHDNM dalam tempoh tiga puluh (30) hari sebelum tarikh pemberhentian. Majikan juga perlu melengkapkan Borang CP21 (Pemberitahuan Oleh Majikan Bagi Pekerja Yang Hendak Meninggalkan Malaysia) dan menghantar ke cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan tuan. Majikan perlu menahan apa-apa bayaran yang kena dibayar kepada tuan sehingga Surat Penyelesaian Cukai (SPC) diterima.
Pekerja :
Tuan perlu memaklumkan secara bertulis (surat) berserta dokumen sokongan yang berkaitan kepada cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan tuan berhubung status tuan yang tidak mempunyai apa-apa pendapatan di Malaysia disebabkan akan/telah bekerja di luar negara.
Pada amnya, pendapatan daripada penggajian sepatutnya dikenakan cukai di negara di mana perkhidmatan dilakukan tanpa mengira tempat di mana kontrak ditanda tangan atau di mana saraan dibayar.
Mulai Tahun Taksiran 2004, pendapatan yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia adalah dikecualikan daripada cukai. Oleh itu, pembayar cukai sama ada yang bermastautin atau yang tidak bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas pendapatan yang diperoleh dari Malaysia sahaja (Perenggan 28(1), Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967).
Sekiranya tuan telah bekerja di luar negara dan pekerjaan yang dijalankan berkaitan dengan penggajian yang dijalankan di Malaysia, maka pendapatan penggajian yang diperolehi akan dikenakan cukai di Malaysia.
Tuan boleh melayari Portal Rasmi LHDNM, www.hasil.gov.my >> Pautan Dalaman >> Ketetapan Umum >> No.1/2011 – Percukaian Pekerja Malaysia Yang Dihantar Bertugas Di Luar Negara untuk semakan lanjut.
Mengikut peruntukan seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967 setiap orang (selain daripada syarikat, badan amanah dan koperasi) adalah dikehendaki mengemukakan BNCP yang ditetapkan kepada Ketua Pengarah:-
dalam tahun berikutan sesuatu tahun taksiran. Dengan syarat:
BNCP akan dianggap berjaya dihantar apabila paparan Pengesahan Penerimaan e-Borang bagi tahun taksiran berkenaan dipaparkan.
Tuan tidak dibenarkan menghantar borang cukai pendapatan lebih daripada sekali bagi sesuatu tahun taksiran. Walaubagaimanapun, tuan dinasihatkan menghantar surat rayuan (yang menyatakan kesilapan yang telah dibuat), dokumen sokongan dan membuat pengiraan semula ke cawangan yang mengendalikan fail tuan. Namun, sekiranya pindaan tersebut melibatkan pendapatan terkurang lapor atau pelepasan terlebih lapor yang mengakibatkan cukai atau cukai tambahan dikenakan, tuan perlu mengisi Borang Nyata Terpinda BE/B. Borang Nyata Terpinda yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan ke cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan tuan.
Ya, tuan perlu menghantar borang cukai dengan melaporkan pendapatan tahunan yang diisi dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) sama ada secara manual atau melalui aplikasi e-Filing sekiranya tuan tidak tertakluk di bawah PCB sebagai Cukai Muktamad.
Anda boleh menghubungi LHDNM Cawangan Kuantan untuk meminta fail cukai anda dipindahkan ke LHDNM Cawangan Shah Alam. Anda mesti memberitahu Cawangan terbaru (dalam kes ini Cawangan Shah Alam) bagi pertukaran alamat anda di masa akan datang.
Anda boleh menuntut perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius yang dibelanjakan atas diri anda, isteri/suami atau anak sehingga maksimum RM6,000.00 setahun dan perbelanjaan perubatan bagi ibubapa anda sehingga RM5,000.00 setahun. Tuntutan anda hendaklah disokong dengan resit asal yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan.
Anda boleh hubungi Cawangan Penaksiran di mana fail cukai pendapatan anda didaftarkan dan bawa bersama Borang CP22B (Notis Pemberhentian Pekerjaan) yang telah diisikan oleh majikan anda. Sila pastikan bahawa majikan anda mengemukakan Borang CP22B ke Cawangan Penaksiran LHDN yang berkenaan, 6 bulan sebelum anda bersara.
Anda boleh membuat tuntutan potongan bagi derma yang telah dibuat, bagaimanapun derma itu hendaklah dibuat ke badan atau tabung yang diluluskan oleh Ketua Pengarah. Selalunya kelulusan (pemberitahu menerusi warta) berkenaan dinyatakan atas resit derma.
Anda boleh menyemak di portal rasmi LHDNM> Pautan Dalaman > Senarai Institusi Atau Organisasi Yang Diluluskan Dibawah Subseksyen 44(6) ACP 1967. Resit derma mesti menunjukkan frasa “Derma ini adalah di bawah Subseksyen 44(6) ACP 1967”.
Ya kerana individu bermastautin di Malaysia yang mempunyai pendapatan bercukai layak menuntut rebat cukai atas bayaran zakat, fitrah atau lain-lain yang diwajibkan oleh agama Islam kepada pihak berkuasa agama yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis. Jumlah rebat yang dibenarkan kepada individu adalah dihadkan kepada jumlah cukai pendapatan yang dikenakan untuk suatu tahun taksiran.
Zakat yang dimaksudkan adalah semua jenis bayaran zakat yang dibuat dalam sesuatu tahun kalendar tersebut.
Seksyen 132 - Merujuk kepada tolakan cukai berhubung pendapatan dari Malaysia yang dikenakan cukai di Malaysia dan juga di luar Malaysia. Rujuk Buku Panduan Borang BE untuk menentukan negara-negara yang membuat perjanjian pengelakan percukaian dua kali dengan Malaysia. Pengiraan boleh dibuat di HK-8 Buku Panduan Borang BE. Seksyen 133 - Merujuk kepada potongan cukai bagi satu pihak sahaja iaitu negara-negara yang tidak memeterai perjanjian pengelakan percukaian dua kali dengan Malaysia dan pengiraan boleh dibuat di HK-9 Buku Panduan Borang BE.
PCB sebagai Cukai Muktamad membenarkan pembayar cukai yang layak memilih untuk tidak menghantar BNCP secara e-Filing atau manual yang berkuat kuasa mulai Tahun Taksiran 2014. Pembayar cukai yang mempunyai pendapatan penggajian sahaja dan mempunyai PCB boleh memilih untuk tidak mengisi dan menghantar BNCP mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Sila tolak dari Penggajian kasar (seperti di dalam EA). Amaun perlu diisi dalam ruangan Pendapatan berkanun penggajian (amaun penggajian bersih yang telah ditolak yuran professional).
Anda boleh membuat pengiraan seperti di HK-4 (Butir-Butir Harta / Aset dan Jumlah Sewa) di Buku Panduan Borang BE untuk mendapatkan sewa bersih dan jumlah ini dipindahkan ke ruangan pendapatan berkanun sewa . Selain itu, anda boleh menolak perbelanjaan tersebut daripada jumlah sewa kasar. Sila pastikan perbelanjaan tersebut adalah perbelanjaan dibenarkan.
Pendapatan pencen perlu dilaporkan apabila:
Anda hanya perlu mengisi Borang B sahaja jika anda mempunyai pendapatan perniagaan dan juga anda perlu mengembalikan Borang B selewat–lewatnya pada 30 Jun. Sila isikan pendapatan penggajian anda dalam borang B yang sama.
PENERANGAN RINGKAS:
SKIM PERSARAAN SWASTA (Private Retirement Scheme)
Ya, anda layak. Pelepasan cukai bagi caruman skim ini berkuatkuasa selama 10 tahun mulai Tahun Taksiran 2012 sehingga Tahun Taksiran 2021. Pelepasan terhad kepada tuntutan maksimum RM 3000 bagi setiap Tahun Taksiran.Pelepasan boleh dibuat di ruangan SKIM PERSARAAN SWASTA DAN ANUITI TERTUNDA (DEFERRED ANNUITY).
Anda layak tuntut RM 450 x 2 bulan = RM 900 sahaja bagi Tahun Taksiran 2012. Mulai Tahun Taksiran 2013, amaun caruman setahun adalah RM 5400 (RM 450 x12 bulan) tetapi tuntutan terhad kepada RM 3000 sahaja. Amaun caruman oleh pihak majikan tidak diambilkira dalam menentukan amaun pelepasan.
Pendapatan yang diterima oleh skim persaraan swasta ini dikecualikan daripada cukai di bawah perenggan 20, Jadual 6 ACP 1967.
Berkuatkuasa 01 Januari 2013, pencarum akan dikenakan cukai muktamad pada kadar 8% jika membuat pengeluaran awal sebelum mencapai umur 55 tahun. Peruntukan ini tidak terpakai bagi pengeluaran yang disebabkan kematian atau pencarum meninggalkan Malaysia selama-lamanya (leaving permanently).
Pencarum akan dikenakan cukai muktamad sebanyak RM 2400 (RM 30000 x 8%).
Penyedia PRS (private retirement scheme) perlu memotong cukai sebanyak 8% dan meremitkan kepada KPHDN dalam tempoh 1 bulan selepas membuat bayaran kepada tuan.
Sekiranya penyedia PRS telah membuat bayaran kepada penerima tanpa memotong cukai muktamad 8% dan sanggup membayar cukai muktamad tersebut sendiri kepada KPHDN, maka penyedia PRS boleh mendapatkan kembali amaun cukai muktamad tersebut daripada tuan.
Penyedia PRS merujuk kepada penyedia yang diluluskan di bawah seksyen 139Q, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Sila rujuk laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk maklumat lanjut.
KATEGORI PUNGUTAN
LANGKAH 3 : BAYAR CUKAI PENDAPATAN
Untuk mengetahui amaun cukai sebenar, perbandingan hendaklah dibuat antara jumlah Potongan Cukai Bulanan (PCB) yang telah dipotong dan cukai kena dibayar. Jika PCB yang dibayar tidak mencukupi, maka amaun perbezaan (iaitu antara jumlah PCB dengan cukai kena dibayar) hendaklah dibayar kepada LHDNM.
Terdapat tiga (3) kaedah pembayaran iaitu:-
c) Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu LHDNM Bayaran boleh dibuat secara :
Semenanjung Malaysia : PUSAT BAYARAN KUALA LUMPUR KAUNTER BAYARAN ARAS TANAH, BLOK 8A KOMPLEKS BANGUNAN KERAJAAN JALAN TUANKU ABDUL HALIM 50600 KUALA LUMPUR Sabah dan WP Labuan : KAUNTER BAYARAN CAWANGAN KOTA KINABALU TINGKAT BAWAH MENARA HASIL, JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN, 88600 KOTA KINABALU, SABAH Sarawak : KAUNTER BAYARAN CAWANGAN KUCHING ARAS 1, MENARA HASIL, NO. 1, JALAN PADUNGAN, 93100 KUCHING, SARAWAK
Semenanjung Malaysia : LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA PUSAT BAYARAN KUALA LUMPUR UNIT OPERASI KUTIPAN HASIL (KAUNTER BAYARAN) TINGKAT 2 KIRI, BLOK 8A KOMPLEKS BANGUNAN KERAJAAN JALAN TUANKU ABDUL HALIM 50600 KUALA LUMPUR Sabah dan WP Labuan : LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA CAWANGAN KOTA KINABALU TINGKAT BAWAH MENARA HASIL, JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN, 88600 KOTA KINABALU, SABAH Sarawak : LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA CAWANGAN KUCHING ARAS 1, MENARA HASIL, NO. 1, JALAN PADUNGAN, 93100 KUCHING, SARAWAK
Maklumat bayaran yang diperlukan adalah :
Resit pembayaran dan slip bank hendaklah disimpan untuk rekod serta rujukan.
Tarikh akhir bayaran baki cukai bagi individu yang:
Kod bayaran cukai individu adalah 084 atau 095.
Bayaran cukai pendapatan melalui pindahan wang dari luar Negara boleh dilakukan dengan dua cara iaitu :
PCB merupakan potongan cukai berdasarkan Jadual PCB ke atas saraan pekerja yang layak dan diremitkan ke LHDNM setiap bulan, manakala potongan CP38 pula hanya boleh dilakukan sekiranya LHDNM telah mengeluarkan arahan khusus kepada majikan supaya membuat potongan untuk amaun tertentu dalam bulan-bulan yang tertentu. Potongan CP38 adalah untuk menyelesaikan cukai yang tertunggak manakala PCB adalah untuk cukai bagi tahun taksiran semasa.
Majikan adalah bertanggungjawab untuk membuat bayaran Arahan Potongan CP38. Pembayaran hendaklah dibuat bersama-sama dengan PCB tetapi majikan perlu mengasingkan jumlah bayaran mengikut ruangan PCB dan CP38 yang disediakan di dalam Borang CP39.
Sila hantar borang CP502 yang dilampirkan bersama notis CP500 yang telah dihantar kepada pembayar cukai. Permohonan pindaan bayaran ansuran ini hendaklah dibuat tidak lewat dari 30 Jun bagi tahun yang berkenaan. Sila hantar permohonan ke cawangan LHDNM di mana fail cukai pendapatan anda dikendalikan.
Penalti lewat bayaran baki cukai sebanyak 10% akan dikenakan bagi amaun yang tidak dibayar selepas 30 April tahun berikutan tahun taksiran. Jika masih gagal membayar cukai dan penalti yang dikenakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh penalti dikenakan, penalti tambahan sebanyak 5% akan dikenakan ke atas amaun yang masih terhutang.
BAYARAN BALIK
Tuan akan menerima bayaran balik dalam tempoh:
Tidak perlu. Bayaran balik akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja baki kes penghantaran secara e-Filing atau 90 hari bekerja baki kes penghantaran secara pos atau serahan tangan.
Kelewatan bayaran balik diproses mungkin disebabkan oleh pihak LHDNM perlu membuat pengauditan terhadap Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dikemukakan oleh tuan. Walaubagaimanapun, tuan dinasihatkan untuk menghubungi Cawangan LHDNM yang mengendalikan fail tuan atau Hasil Care Line bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Pembayaran balik akan diproses setelah penalti lewat hantar dikenakan ke atas tuan.
Tuan boleh menghubungi Cawangan dimana fail tuan dikendalikan atau Pegawai Perhubungan Awam Cawangan berkenaan atau hubungi Hasil Care Line di talian tanpa tol 03-8911 1000 (LHDN ) bagi membuat semakan status bayaran balik tuan.
Baucer dividen tidak perlu dihantar kecuali jika diminta oleh pegawai LHDNM yang mengendalikan fail tuan.
Cek tersebut akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh bayaran bayaran balik diluluskan. Jika tuan masih tidak menerimanya selepas tempoh tersebut, sila hubungi Cawangan LHDN yang mengendalikan fail tuan atau Hasil Care Line di talian tanpa tol 03-8911 1000 (LHDN) untuk membuat semakan.
Tuan diminta menghubungi Cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan tuan atau Hasil Care Line di talian tanpa tol 03-8911 1000 (LHDN) bagi tindakan pengeluaran cek gantian.