Perkhidmatan ByrHASiL, e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 melalui FPX
Perkhidmatan ini menggunakan FPX sebagai Gateway untuk pengguna membayar cukai.
Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX. Sila klik pautan berikut bagi senarai bank yang terlibat:
Sila layari : https://byrhasil.hasil.gov.my - ByrHASiL, https://ekls.hasil.gov.my/ - e-PCB, http://eapps.hasil.gov.my/ - e-Data PCB dan https://ecp39.hasil.gov.my/ - e-CP39
Perkhidmatan ByrHASiL Untuk Bayaran Cukai Melalui Kad Kredit
Pembayar cukai boleh membuat pembayaran cukai pendapatan dan cukai keuntungan harta tanah menggunakan kad kredit secara dalam talian di https://byrhasil.hasil.gov.my/creditcard/
Perkhidmatan ini boleh digunakan untuk semua kad kredit VISA, Mastercard dan American Express yang dikeluarkan di Malaysia.
Perkhidmatan Bayaran Cukai di Ejen-ejen Kutipan LHDNM
Bayaran Cukai Pendapatan, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi Individu dan Syarikat boleh dibuat secara tunai, cek dan arahan debit akaun di semua cawangan ejen-ejen LHDNM yang berikut:
Nota:
i. Kod Bayaran ii. Nama Pembayar Cukai/Majikan iii. No. Rujukan Cukai/No Rujukan Majikan iv. No. Kad Pengenalan v. Tahun Taksiran bagi bayaran yang dibuat/Tahun dan Bulan potongan bagi bayaran PCB vi. Amaun bayaran
b) Bayaran Melalui Internet
Kemudahan pembayaran Cukai Pendapatan, Cukai keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Potongan Cukai Bulanan (PCB) melalui saluran elektronik ejen-ejen LHDNM yang dilantik seperti berikut;
Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT untuk individu sahaja melalui https://www.cimbclicks.com.my Bayaran PCB melalui https://www.cimbbizchannel.com.my
Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT melalui https://www.posonline.com.my
(Debit akaun pembayar cukai melalui CIMBClicks, Bank Rakyat, Hong Leong Online, RHB Bank, MEPSCASH, Bank Islam, Al-Rajhi Bank dan Affin Bank)
Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah Individu boleh dilakukan melalui Auto Teller Machine (ATM) di bank-bank berikut;
Bayaran PCB hanya boleh dibuat melalui mesin ATM di CIMB Bank sahaja Bagi membolehkan anda membayar melalui mesin ATM, anda perlulah mempunyai kad ATM bank yang berkenaan dan maklumat yang perlu disediakan untuk melaksanakan transaksi ini adalah nombor rujukan cukai.
d) Bayaran Melalui Tele-Perbankan
Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah melalui perkhidmatan tele-perbankan disediakan melalui;
e) Bayaran Melalui Mesin Deposit Cek (Cheque Deposit Machine)
Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah individu disediakan melalui;
f) Bayaran Melalui Mesin Deposit Wang (Cash Deposit Machine)
Jadual Kod Bayaran
Item
Kod Bayaran
Keterangan
1
084
Bayaran Ansuran Cukai/ Baki Cukai Individu
2
086
Bayaran Ansuran Cukai Syarikat
3
088
Pendahuluan / Ansuran Cukai Komposit
4
090
Bayaran Cukai Keuntungan Harta Tanah
5
095
Bayaran Cukai Pendapatan (tidak termasuk skim ansuran)
6
150
Bayaran Kenaikan Seksyen 103A / 103
7
151
Bayaran Seksyen 108
8
152
Bayaran Kenaikan Seksyen 108
9
153
Bayaran Kenaikan Komposit
10
154
Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(9) / 107B(3)
11
155
Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(10) / 107B(4)
12
156
Bayaran Kos Mahkamah
13
157
Bayaran Faedah Atas Hutang Hukuman
14
158
Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Audit
15
159
Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Pemungutan
16
160
Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Guaman Sivil
17
173
Bayaran Kos Guaman
18
178
Bayaran Seksyen 108 (Sek 25)
19
181
Bayaran Kenaikan Seksyen 25
20
196
Bayaran Penyelesaian Cukai
21
197
Bayaran Penyelesaian Cukai - Majikan
22
250
Bayaran Kenaikan CKHT Oleh Pelupus
23
286
Bayaran Kenaikan CKHT Oleh Pemeroleh
24
092
Bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB)
Bayaran Cukai Melalui Pindahan Wang Dari Luar Negara
Bayaran cukai pendapatan melalui pindahan wang dari luar negara boleh dilakukan menerusi dua kaedah berikut:
a) Melalui Telegraphic Transfer (TT) / Interbank Transfer Giro(IBG) / Electronic Fund Transfer (EFT)
Pembayar cukai perlu menghubungi nombor berikut bagi mendapatkan prosidur bayaran menerusi pemindahan telegrafik:
Pembayar cukai yang membayar menerusi pemindahan telegrafik diwajibkan mengemukakan maklumat berikut bagi membolehkan akaun mereka dikemaskini:
Resit bayaran akan dikeluarkan bagi bayaran yang telah sah diterima oleh bank dan setelah semua maklumat lengkap bayaran diterima oleh LHDNM. Pembayaran tanpa pengemukaan maklumat lengkap akan menyebabkan kelewatan pengeluaran resit dan denda lewat bayar akan dikenakan. Bayaran PCB melalui Internet Banking disediakan melalui CIMB Bank. Manakala, selain CIMB Bank bayaran secara IBG/RENTAS/Telegraphic Transfer(TT)/Pindahan Tunai
b) Melalui Bank Draft Pembayar cukai yang melakukan pindahan wang dari luar negara dengan kaedah ini perlu mengemukakan instrumen berikut:
Pembayar cukai boleh membeli bank draft dalam matawang selain Ringgit Malaysia (RM). Pembayar perlu mengambilkira kadar pertukaran matawang yang sepatutnya pada hari pembayaran. Amaun bayaran adalah berdasarkan kadar pertukaran mata wang pada hari bank draft ditunaikan oleh LHDNM. Pembayar perlu memastikan maklumat bayaran dan pembayar ditulis di belakang bank draft dan diposkan ke alamat berikut: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Pusat Bayaran Kuala Lumpur Tingkat Bawah, Blok 8A Kompleks Bangunan Kerajaan 50600 KUALA LUMPUR, MALAYSIA
Cukai Bagi Kes Taksiran Bersama
Sekiranya pendapatan suami atau isteri telah ditaksir bersama atas nama salah seorang daripadanya maka pihak yang berkenaan adalah bertanggungjawab membayar cukai tersebut. Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu, cukai yang kena dibayar atas pendapatan isteri atau suami boleh dipungut daripada salah seorang mengikut nisbah jumlah pendapatan masing-masing.
Potongan Cukai Bulanan (PCB)
Pada masa kini terdapat Skim Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi pekerja yang berpendapatan penggajian. Cukai yang kena dibayar akan dipotong daripada saraan seseorang individu yang berkenaan. Cukai dipotong setiap bulan daripada gaji mengikut Jadual Potongan Cukai Bulanan atau Kaedah Pengiraan Berkomputer PCB yang dikeluarkan oleh LHDNM.
Bayaran Baki Cukai
Perbandingan hendaklah dibuat antara jumlah Potongan Cukai Bulanan (PCB) yang telah dipotong dan cukai yang patut dibayar. Jika PCB yang dibayar tidak mencukupi, maka amaun perbezaan (iaitu antara jumlah PCB dengan cukai patut dibayar) hendaklah dibayar kepada LHDNM selewat-lewatnya pada 30 April tahun berikutan tahun taksiran.
Ansuran Bulanan
Sekiranya sehingga 30 April bagi suatu tahun taksiran anda masih gagal menyelesaikan cukai yang sepatutnya dibayar bagi tempoh yang berkenaan anda bolehlah memohon untuk membuat bayaran ansuran baki cukai. Prosedur yang perlu diikuti adalah dengan mengemukakan satu surat rayuan kepada unit pungutan di cawangan fail fizikal anda berada. Surat berkenaan hendaklah diterima oleh unit pungutan sebelum 30 April tahun berkenaan. Adalah diingatkan, sungguhpun rayuan diterima tetapi penalti lewat bayar tetap akan dikenakan.
Penalti Lewat Bayar Baki Cukai
Penalti lewat bayaran baki cukai sebanyak 10% akan dikenakan bagi amaun yang tidak dibayar selepas 30 April tahun berikutan tahun taksiran. Jika masih gagal membayar cukai dan penalti yang dikenakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh penalti dikenakan, penalti tambahan sebanyak 5% akan dikenakan ke atas amaun yang masih terhutang.
Rayuan Ke Atas Penalti Lewat Bayar
Jika anda tidak bersetuju dengan penalti lewat bayar yang dikenakan, anda boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Unit Pungutan cawangan berkenaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Taksiran dikeluarkan.
Penalti lewat bayar yang dikenakan mestilah dijelaskan terlebih dahulu walaupun rayuan dibuat. Sekiranya rayuan diluluskan LHDNM akan memulangkan kembali jumlah yang berkenaan.