Kemaskini Maklumat
Bilakah kemaskini perlu dilakukan?
Anda dinasihatkan memaklumkan pihak LHDNM dengan kadar segera apabila terdapat perubahan ke atas sebarang maklumat peribadi anda. Diantara maklumat yang perlu dikemaskini sekiranya terdapat perubahan adalah:
Alamat surat menyurat/alamat kediaman
Nombor telefon untuk dihubungi
Taraf perkahwinan
Maklumat ejen cukai (jika berkenaan)
Hubungi Cawangan LHDNM
Hasil Care Line
Bagaimana melakukan kemaskini maklumat anda?
Bagi tujuan mengemaskini alamat surat menyurat, sila gunakan Borang Permohonan Pertukaran Alamat iaitu CP600B bagi tujuan tersebut.
Bagi tujuan mengemaskini maklumat peribadi anda yang lain, anda dikehendaki mengemukakannya melalui satu surat pemberitahuan beserta dokumen yang berkaitan ke cawangan berkenaan , secara on-line melalui e-Kemaskini atau melalui Borang Maklumbalas di laman web hasil www.hasil.gov.my.