Siapa perlu mendaftar fail cukai?
Pendaftaran fail cukai syarikat merupakan tanggungjawab individu yang mengurus dan mengendalikan urusan percukaian syarikat.
Sekiranya sesebuah syarikat telah memulakan operasi perniagaannya, maka syarikat perlu mengemukakan permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan. Jika fail syarikat telah didaftarkan, maka pendaftaran Fail Majikan (E) juga perlu didaftarkan walaupun syarikat tersebut adalah dorman (rujuk Program Pemfailan Borang bagi Tahun 2020).
Cara Membuat Pendaftaran Fail
Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dikemukakan ke cawangan yang berhampiran dengan alamat surat menyurat anda atau di mana-mana cawangan LHDNM.
Dokumen Pendaftaran
Sila kemukakan :
Syarikat Tempatan :
a) Syarikat Sdn Bhd. b) Syarikat Bhd
Tindakan Selepas Mendaftar Fail
Selepas nombor rujukan cukai anda didaftarkan, anda dikehendaki mengemukakan e-CP204 dalam tempoh 3 bulan dari tarikh mula operasi. Bayaran anggaran cukai bagi tahun taksiran pertama syarikat akan bermula pada bulan ke enam tempoh asas.
Syarikat juga dikehendaki mengemukakan Borang C dalam tempoh 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun syarikat.
Borang Nyata Cukai Pendapatan tersebut boleh diperoleh dari laman web HASiL seperti berikut :
Fail Syarikat
Borang > Pilih Borang Nyata >Pilih Syarikat > Pilih Semua > Klik Cari
Fail Selain Syarikat & Selain Individu
Borang > Pilih Borang Nyata > Pilih Selain Syarikat & Selain Individu > Pilih Semua > Klik Cari
Mendaftar Secara Online