PERINTAH DUTI SETEM
P.U.(A) 434
Suratcara yang disempunakan berkaitan pindah milik harta tak alih yang merupakan pelupusan suka rela antara ibubapa dan anak
Tahun 2003 – Perintah Duti Setem (Pengecualian)
P.U.(A) 58
Suratcara yang disempunakan berkaitan pembelian suatu rumah kos rendah
Tahun 2007 – Perintah Duti Setem (Pengecualian)
P.U.(A) 420
Suratcara yang disempunakan berkaitan pindah milik harta tak alih yang merupakan pelupusan suka rela antara suami dan isteri
Tahun 2008 – Perintah Duti Setem (Peremitan)
P.U.(A) 211
Mana-mana surat cara pindah milik yang disempurnakan oleh pembeli yang dinamakan dalam perjanjian jual beli bagi pembelian satu unit sahaja harta kediaman berharga tidak lebih RM250,000 seunit
P.U.(A) 311
Mana-mana perjanjian pinjaman yang disempurnakan oleh pembeli yang dinamakan dalam perjanjian jual beli, untuk membiayai pembelian satu unit sahaja harta kediaman berharga tidak lebih RM250,000 seunit
Tahun 2009 – Perintah Duti Setem (Peremitan)
P.U.(A) 409
Peremitan dua puluh peratus duti setem yang kena dibayar ke atas surat cara pembiayaan prinsipal atau utama yang dibuat mengikut prinsip Syariah
Tahun 2010 – Perintah Duti Setem (Peremitan)
P.U.(A) 376
Surat cara yang disempurnakan berkaitan penukaran skim pembiayaan/pinjaman sedia ada daripada konvensional kepada syariah diremitkan setakat duti yang kena dibayar atas baki amaun prinsipal pinjaman sedia ada
P.U.(A) 423
Mana-mana perjanjian pinjaman yang disempurnakan oleh pembeli yang dinamakan dalam perjanjian jual beli, untuk membiayai pembelian satu unit sahaja harta kediaman berharga tidak lebih RM350,000 seunit
P.U.(A) 475
Mana-mana surat cara pindah milik yang disempurnakan oleh pembeli yang dinamakan dalam perjanjian jual beli bagi pembelian satu unit sahaja harta kediaman berharga tidak lebih RM350,000 seunit
P.U.(A) 476
Peremitan berkaitan surat cara Perjanjian Perkhidmatan yang boleh dikenakan duti di bawah sub sub butiran 22(1)(b), Jadual 1, Akta Setem 1949
Tahun 2010 – Perintah Duti Setem (Pengecualian)
P.U.(A)120
Surat cara yang dinyatakan dalam Jadual bagi pembelian rumah pangsa di bawah PPR Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Perumahan Awam DBKL yang disempurnakan di antara 1.1.2010 hingga 31.12.2011
Tahun 2011 – Perintah Duti Setem (Peremitan)
P.U.(A) 81
Peremitan berkaitan penjadualan semula atau penyusunan semula kemudahan pembiayaan Islam sedia ada setakat duti yang kena dibayar atas baki amaun prinsipal bagi kemudahan pembiayaan Islam sedia ada
Tahun 2011 – Perintah Duti Setem (Pengecualian)
P.U.(A) 80
Pengecualian berkaitan pembaharuan mana-mana kemudahan pembiayaan pusingan secara Islam jika surat cara bagi pembiayaan pusingan secara islam yang sedia ada telah disetem dengan sewajarnya
P.U.(A) 441
Perjanjian pinjaman berhubung pembelian harta kediaman daripada Perbadanan PR1MA Malaysia
P.U.(A) 446
Pengecualian bagi Skim Pembiayaan Mikro Senarai institusi kewangan dan produk berkaitan Skim Pembiayaan Mikro
Tahun 2012 – Perintah Duti Setem (Peremitan)
P.U.(A) 8
Peremitan duti yang melebihi RM50.00 bagi surat cara ikatan penyerahan hak menurut Dasar Pengagihan Kerja dari kontraktor kepada kontraktor Bumiputera Kelas E dan F
P.U.(A) 258
Peremitan atas duti yang boleh dikenakan di bawah subsub butiran 22(1)(b) bagi surat cara pinjaman tanpa cagaran bagi apa-apa jumlah atau sejumlah wang yang kena dibayar apabila dituntut atau bayaran balik secara sekaligus
P.U.(A) 416
Mana-mana perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman yang berharga tidak melebihi RM400,000 oleh seseorang individu warganegara Malaysia
P.U.(A) 417
Mana-mana surat cara pindah milik bagi pembelian rumah kediaman yang berharga tidak melebihi RM400,000 oleh seseorang individu warganegara Malaysia
Tahun 2012 – Perintah Duti Setem (Pengecualian)
P.U.(A) 108
Insentif Polisi Laluan Hijau
Tahun 2014 – Perintah Duti Setem (Peremitan)
P.U.(A) 360
Mana-mana perjanjian pinjaman untuk membiayai pembelian satu unit harta kediaman sahaja bernilai tidak melebihi RM500,000 yang disempurnakan oleh seorang individu warganegara Malaysia yang dinamakan dalam perjanjian jual beli
P.U.(A) 361
Mana-mana surat cara pindah milik bagi pembelian satu unit harta kediaman sahaja bernilai tidak melebihi RM500,000 yang disempurnakan oleh seorang individu warganegara Malaysia
Pengecualian mana-mana polisi insurans dan sijil takaful bagi produk Perlindungan Tenang yang dikeluarkan oleh penaggung insurans berlesen atau pengendali takaful berlesen dengan nilai premium atau sumbangan takaful tahunan yang tidak melebihi satu ratus ringgit (RM100.00) adalah dikecualikan daripada duti setem. Pengecualian dalam subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi mana-mana ploisi insurans dan sijil takaful yang dikeluarkan pada atau selepas 1 Januari 2019 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2020.
Pengecualian apa-apa surat cara yang dikenakan duti ad valorem bagi pindah milik hartanah yang digunakan bagi maksud menjalankan suatu projek pelancongan yang layak dikecualikan daripada duti setem. tas surat cara pindah milik harta di bawah Pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi surat cara yang disebut dalam subperenggan itu yang disempurnakan pada atau selepas 20 November 2012 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020.
Peremitan duti setem yang boleh dikenakan ke atas surat cara pindah milik harta di bawah Subsubbutiran 32(a)(iv) yang bernilai melebihi RM1,000,000.00 tetapi tidak melebihi RM2,500,000.00.
Peremitan duti setem ke atas mana-mana surat cara perjanjian pinjaman berhubung pembelian satu unit harta kediaman pertama bernilai melebihi RM300,000.00 tetapi tidak melebihi RM500,000.00
Peremitan tertakluk kepada subperenggan (2), amaun duti setem yang boleh dikenakan ke atas mana-mana surat cara pindah milik adalah diremitkan sebanyak lima ribu ringgit (RM5,000.00) bagi pembelian satu unit harta kediaman sahaja, yang bernilai melebihi tiga ratus ribu ringgit (RM300,000.00) tetapi tidak melebihi lima ratus ribu ringgit (RM500,000.00), oleh seorang individu.
Tahun 2019 – Perintah Duti Setem (Pengecualian)
Perintah Duti Setem (Pengecualian) (No. 3) 2019 [P.U.(A) 82/2019] dipinda dalam subsubperenggan 2(2)(a) dengan menggantikan perkataan "30 Jun 2019" dengan perkataan "31 Disember 2019".
Perintah Duti Setem (Pengecualian) (No. 2) 2019 [P.U.(A) 81/2019] dipinda dalam subsubperenggan 2(2)(a) dengan menggantikan perkataan "30 Jun 2019" dengan perkataan "31 Disember 2019".
Pengecualian tertakluk kepada subperenggan (2), (3) dan (4) semua surat cara pindah milik bagi pembelian harta kediaman di bawah Kempen Pemilikan Rumah Kebangsaan 2019, yang bernilai lebih daripada tiga ratus ribu ringgit (RM300,000.00) tetapi tidak lebih daripada dua juta lima ratus ribu ringgit (RM2,500,000.00) yang disempurnakan antara seseorang individu hendaklah dikecualikan daripada duti setem berkenaan dengan satu juta ringgit (RM1,000,000.00) dan ke bawah nilai harta kediaman itu.
Pengecualian tertakluk kepada subperenggan (2), (3) dan (4) duti setem dikecualikan berkenaan dengan mana-mana perjanjian pinjaman untuk membiayai pembelian harta kediaman di bawah Kempen Pemilikan Rumah Kebangsaan 2019, yang bernilai lebih daripada tiga ratus ribu ringgit (RM300,000.00) tetapi tidak lebih daripada dua juta lima ratus ribu ringgit (RM2,500,000.00) yang disempurnakan antara seseorang individu yang dinamakan dalam suatu perjanjian jual beli.
Pengecualian apa-apa surat cara berkenaan dengan terbitan, jaminan dan perkhidmatan berhubung dengan terbitan Bon Yen Jepun Malaysia - Siri A (2019) yang Dijamin oleh Bank Jepun untuk Kerjasama Antarabangsa (Untuk Pelabur Institusi Sahaja) (Tekikaku Kikan Toshika Gentei) oleh Kerajaan Malaysia yang disempurnakan pada atau selepas 26 Februari 2019 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2019 adalah dikecualikan daripada duti setem.
Pengecualian duti setem ke atas semua surat cara pindah milik harta tanah bagi pembelian satu unit harta kediaman pertama yang bernilai melebihi RM300,000.00 tetapi tidak melebihi RM1,000,000.00
Pengecualian duti setem ke atas mana-mana surat cara perjanjian pinjaman berhubung pembelian satu unit harta kediaman pertama bernilai tidak melebihi RM300,000.00
Pengecualian duti setem yang boleh dikenakan ke atas semua surat cara pindah milik harta tanah berhubung pembelian satu unit harta kediaman pertama bernilai tidak melebihi RM300,000.00
Tahun 2020 – Perintah Duti Setem (Pengecualian)
Suatu surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan yang berhubungan dengan kemudahan pinjaman atau pembiayaan yang disempurnakan antara suatu perusahaan kecil dan sederhana dengan suatu intitusi kewangan kewangan adalah, atas permohonan, dikecualikan daripada duti setem.