Pertukaran Maklumat
Pada tahun 2009, Malaysia telah memberi komitmen untuk mematuhi Internationally Agreed Standard for International Exchange of Information in Tax Matters. Mulai 1 Julai 2013, Malaysia telah mengambil keputusan polisi untuk bertukar maklumat bank tanpa Perenggan 5 Artikel 26 OECD Model Tax Convention 2005. Pemakluman bertarikh 30 Januari 2014 telah dikeluarkan kepada semua rakan pejanji berkenaan perkara ini. Letter to Malaysia's Treaty Partners.pdf
Permohonan Maklumat
Semua permohonan maklumat oleh Rakan Pejanji Malaysia mesti dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Kompeten ke alamat seperti berikut:
Melalui Pos
Dr. Esther A/P Koisin Pengarah, Jabatan Percukaian Antarabangsa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Aras 12, Menara Hasil Persiaran Rimba Permai Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor, MALAYSIA
Senarai Pihak Berkuasa Kompeten
Melalui Faks
Salinan permohonan boleh dihantar melalui faks ke +(6) 03-83137748 / 03-83137849 (Salinan asal mesti dikemukakan untuk tujuan pemprosesan.)
Melalui E-mel
Salinan permohonan boleh dihantar melalui emel ke eoimalaysia@hasil.gov.my (Salinan asal mesti dikemukakan untuk tujuan pemprosesan.)