SIJIL TARAF MASTAUTIN
Malaysia mempunyai rangkaian Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK) yang luas. Sijil Taraf Mastautin (STM) dikeluarkan untuk mengesahkan pembayar cukai adalah bermastautin di Malaysia dan membolehkan pembayar cukai menuntut manfaat di bawah PPPDK serta mengelakkan pencukaian dua kali ke atas pendapatan yang sama. Oleh itu, STM hanya akan dikeluarkan bagi tujuan tersebut dan dengan rakan pejanji Malaysia sahaja.
Penentuan Taraf Mastautin Penentuan taraf mastautin adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 dan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 (ACAPL) iaitu:
Permohonan STM Permohonan STM boleh dibuat secara manual atau melalui sistem e-Residence
Permohonan STM secara Manual Permohonan STM secara manual boleh dikemukakan ke mana-mana Cawangan LHDNM kecuali Cawangan Siasatan, Pusat Khidmat Hasil dan pejabat satelit. Sila ambil maklum bahawa semua permohonan manual hendaklah dikemukakan dengan salinan asal. Permohonan yang dihantar melalui emel atau faks tidak akan diproses.Walaubagaimanapun, berikutan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, permohonan bagi kes segera boleh dibuat dengan menghantar dokumen sokongan melalui emel kepada LHDNM. Sila kemukakan permohonan dan sebarang pertanyaan mengenai permohonan STM di alamat emel berikut : lhdn_int@hasil.gov.my
Pemohon Kategori pemohon STM secara manual adalah seperti berikut:-
Permohonan STM Negara Tertentu Permohonan STM untuk negara Arab Saudi, Indonesia, Perancis, Singapura dan Switzerland boleh dibuat dengan melengkapkan borang khas yang boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi Negara berkenaan.
Fail milik Cawangan Labuan dan Cawangan Tidak Bermastautin (CTB) Permohonan STM bagi fail di bawah kendalian Cawangan Labuan dan Cawangan Tidak Bermastautin hendaklah dikemukakan ke cawangan berkenaan.
Tempoh Siap STM akan dikeluarkan dalam tempoh 10 hari bekerja, sekiranya maklumat dan dokumen telah dikemukakan dengan lengkap. Pemohon akan dimaklumkan apabila STM telah disiap untuk diambil. STM yang TIDAK DITUNTUT selepas TIGA (3) BULAN dari tarikh permohonan akan terbatal. Permohonan baharu perlu dikemukakan bagi STM yang telah dibatalkan.
Bayaran Tiada bayaran dikenakan bagi STM yang dikeluarkan.