logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Sijil Taraf Mastautin

SIJIL TARAF MASTAUTIN

Malaysia mempunyai rangkaian Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK) yang luas. Sijil Taraf Mastautin (STM) dikeluarkan untuk mengesahkan pembayar cukai adalah bermastautin di Malaysia dan membolehkan pembayar cukai menuntut manfaat di bawah PPPDK serta mengelakkan pencukaian dua kali ke atas pendapatan yang sama. Oleh itu, STM hanya akan dikeluarkan bagi tujuan tersebut dan dengan
rakan pejanji Malaysia sahaja.

Penentuan Taraf Mastautin

Penentuan taraf mastautin adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 iaitu:

Individu – Seksyen 7
Syarikat – Seksyen 8
Badan Amanah – Seksyen 61 (3)

Permohonan STM

Terdapat 2 cara untuk membuat permohonan STM iaitu:

i. secara manual; atau
ii. melalui sistem e-Residence

Permohonan STM secara Manual

Permohonan STM secara manual boleh dikemukakan ke mana-mana Cawangan LHDNM. Walau bagaimanapun, permohonan STM bagi pembayar cukai kendalian Cawangan Pembayar Cukai Besar (CPCB) dan Cawangan Jalan Duta (CJD) hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Percukaian Antarabangsa (JPCA). Sila ambil maklum bahawa semua permohonan manual hendaklah dikemukakan dengan salinan asal. Permohonan yang dihantar melalui emel atau faks tidak akan diproses.

Alamat JPCA adalah seperti berikut:

Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri
Jabatan Percukaian Antarabangsa
Aras 12 Menara Hasil
Persiaran Rimba Permai
Cyber 8
63000 Cyberjaya
Selangor Malaysia
Tel: 03-83138888 (Samb. 21231/ 21232)
Faks: 03-83137848/ 03-83137849

Pemohon

Pembayar cukai yang perlu membuat permohonan STM secara manual adalah seperti berikut:

i. Pembayar cukai individu;

ii. Ahli kongsi bagi perkongsian;

iii. Pembayar cukai (individu dan syarikat) milik Cawangan Tidak Berrmastautin.

Permohonan STM perlu dibuat ke Cawangan Tidak Bermastautin seperti alamat berikut:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Cawangan Tidak Bermastautin
Tingkat 3, 6 – 8, Blok 8
Kompleks Bangunan Kerajaan
Jalan Duta
50600 Kuala Lumpur
Tel: 03-62091000
Faks: 03-62019745

iv. Permohonan untuk negara Arab Saudi, Indonesia, Perancis, Singapura dan Switzerland boleh dibuat dengan melengkapkan borang khas yang boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi Negara berkenaan; dan

v. Fail milik Cawangan Labuan

Permohonan STM perlu dibuat ke Cawangan Labuan seperti alamat berikut:

Lembaga Hasil Dalam Negeri
Cawangan Labuan
Unit E.004 dan E.005
Tingkat 1, Aras Podium
Kompleks Ujana Kewangan
Jalan Merdeka
87000 W. P. Labuan

Fail Syarikat dan Badan Amanah

Permohonan STM bagi fail syarikat dan badan amanah, selain dari yang disebut di atas, boleh dibuat sama ada secara manual atau melalui sistem e-Residence.


Borang Permohonan STM

Bagi semua permohonan STM secara manual, Borang STM1 perlu dilengkapkan. Bagi memohon lebih daripada satu sijil, Borang STM1A juga perlu diisi.


Dokumen Sokongan

i. Syarikat
Bagi permohonan untuk tahun taksiran di mana Borang Nyata masih belum patut dikemukakan:

- Salinan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan dalam tahun yang dipohon; atau
- Surat pengesahan, yang ditandatangani oleh seorang pengarah syarikat, berkenaan dengan pengawalan dan pengurusan syarikat dijalankan di Malaysia bagi tahun taksiran yang dipohon; dan
- Salinan Form 49 dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

ii. Individu

- Pasport asal dan salinan; dan
- Senarai pergerakan keluar/ masuk Malaysia bagi tahun taksiran yang dipohon.

iii. Perkongsian

Taraf mastautin bagi ahli kongsi individu ditentukan mengikut peruntukan Seksyen 7, ACP 1967, dan bagi ahli kongsi syarikat ditentukan mengikut peruntukan Seksyen 8 ACP 1967. Dokumen sokongan adalah seperti perenggan (i) dan (ii), yang mana berkaitan.

iv. Badan Amanah

- Salinan suratikatan penubuhan Badan Amanah


Senarai Semak

Borang permohonan yang lengkap adalah seperti yang dinyatakan dalam Senarai Semak.


Tempoh Siap

STM akan dikeluarkan dalam tempoh 10 hari bekerja, sekiranya maklumat dan dokumen telah dikemukakan dengan lengkap. Pemohon akan dimaklumkan apabila STM telah disiap untuk diambil. STM yang TIDAK DITUNTUT selepas TIGA (3) BULAN dari tarikh permohonan akan terbatal. Permohonan baharu perlu dikemukakan bagi STM yang telah dibatalkan.


Bayaran

Tiada bayaran dikenakan bagi STM yang dikeluarkan.

Di lawati : 210,340
Kemaskini : : 2019-05-06 11:48:25

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

83 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 17 Mei 2019
Pengunjung : MALAYSIA Flag 32 United States
 Flag 1 Online : 33
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 13,398
Jumlah Pengguna Bulan : ( 05 / 2019 ) 1,392,455
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2019 ) 5,157,203
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 187,040,426
Jumlah Pengguna Bulan :( 04 / 2019 ) 2,096,771
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2018 ) 10,761,843