logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Pengenaan Penalti Dan Kenaikan Atas Taksiran Cukai
PENGENAAN PENALTI DAN KENAIKAN ATAS TAKSIRAN CUKAI

  1. Penalti di bawah subseksyen 29(3) ACKHT 1976
    • Penalti di bawah subseksyen 29(3) ACKHT 1976 boleh dikenakan sekiranya:
      1. Borang CKHT 1A / CKHT 1B gagal dikemukakan dengan lengkap dalam tempoh 60 hari dari tarikh pelupusan aset;
      2. Borang CKHT 1A / CKHT 1B dikemukakan selepas tarikh lanjutan masa yang dibenarkan; atau
      3. Pelupus gagal mengisytiharkan pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai.
    • Penalti boleh dikenakan sehingga 3 kali ganda jumlah cukai dikenakan.

  2. Penalti di bawah subseksyen 30(2) ACKHT 1976
    • Jika seseorang membuat suatu penyata yang tidak betul berkenaan suatu pelupusan aset atau memberikan maklumat yang tidak betul, KPHDN boleh mengenakan penalti di bawah subseksyen 30(2) ACKHT 1976.
    • Penalti yang boleh dikenakan adalah bersamaan dengan amaun cukai terkurang lapor (maksimum sebanyak 100%).

  3. Kenaikan di bawah subseksyen 14(5) ACKHT 1976
    • Pelupus akan dikenakan suatu kenaikan di bawah peruntukan ini jika membuat suatu penyata yang tidak betul di bawah subseksyen 13(6) ACKHT 1976 iaitu kesilapan mengisi Borang CKHT 3 yang menyebabkan pemeroleh gagal meremit bayaran di bawah subseksyen 21B(1) atau (1A) ACKHT 1976.
    • Kenaikan adalah sebanyak 10% atas jumlah cukai dikenakan.

Di lawati : 1,454
Kemaskini : : 2019-09-06 17:10:15

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

4 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 12 Dis 2019
Pengunjung : Brazil Flag 1 China Flag 2 France Flag 1 Hong Kong Flag 1 India Flag 1 Cambodia Flag 1 Malaysia Flag 108 Netherlands Flag 2 Singapore Flag 1 United States Flag 12 Online : 130
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 48,801
Jumlah Pengguna Bulan : ( 12 / 2019 ) 633,618
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2019 ) 26,429,371
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 229,071,922
Jumlah Pengguna Bulan :( 11 / 2019 ) 1,545,346
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2018 ) 36,330,047