logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Pengecualian
PENGECUALIAN
Terdapat beberapa peruntukan pengecualian di bawah ACKHT, antaranya:
1. Pengecualian perenggan 2 Jadual 4 ACKHT
Pengecualian perenggan 2 Jadual 4 hanya dinikmati oleh individu dan diberi seperti berikut:
a. Pelupusan keseluruhan bahagian milik individu
Pengecualian adalah sebanyak RM10,000 atau 10% daripada keuntungan yang boleh dikenakan cukai, yang mana lebih tinggi.
b. Pelupusan sebahagian daripada keseluruhan bahagian yang dimiliki (bagi pelupusan mulai 31.12.2015)
Sekiranya individu menjual sebahagian daripada keseluruhan bahagian yang dimilikinya, maka pengiraan pengecualian adalah seperti berikut:
A X C
B
iaitu,
A - Bahagian keluasan aset yang boleh dikenakan cukai yang dilupuskan
B - Jumlah keluasan aset yang boleh dikenakan cukai
C - RM10,000
atau
10% x keuntungan yang boleh dikenakan cukai, yang mana lebih tinggi
2. Pengecualian keuntungan daripada pelupusan kediaman persendirian di bawah Seksyen 8 ACKHT
a. Pengecualian diberikan atas keuntungan yang diperolehi daripada pelupusan kediaman persendirian. Pengecualian hanya layak dinikmati oleh individu sekali seumur hidup.
b. Kediaman persendirian ditakrifkan sebagai bangunan atau sebahagian daripada bangunan di Malaysia yang dimiliki oleh seseorang individu dan diduduki atau disahkan layak untuk diduduki sebagai tempat kediaman
c. Syarat-syarat pengecualian:
i. Hanya individu warganegara Malaysia atau pemastautin tetap Malaysia sahaja yang layak mendapat pengecualian;
ii. Pengecualian diberi untuk satu rumah kediaman sahaja; dan
iii. Pemilihan pengecualian mesti dibuat secara bertulis dan tidak boleh ditarik balik. Pengecualian tidak akan diberi untuk rumah kediaman yang seterusnya.
d. Pemilihan tidak boleh dibuat sekiranya pengecualian telah diberikan kepada individu mengikut Akta Spekulasi Tanah 1974 berhubung dengan pelupusan rumah kediaman

Di lawati : 137,750
Kemaskini : : 2019-11-08 18:22:57

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

3 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 12 Dis 2019
Pengunjung : France Flag 3 Hong Kong Flag 2 Indonesia Flag 1 MALAYSIA Flag 118 Netherlands Flag 1 United States Flag 3 Online : 128
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 44,753
Jumlah Pengguna Bulan : ( 12 / 2019 ) 629,570
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2019 ) 26,425,323
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 229,067,874
Jumlah Pengguna Bulan :( 11 / 2019 ) 1,545,346
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2018 ) 36,330,047