Seseorang yang ingin melupuskan aset perlu mengenal pasti tarikh beliau memperoleh dan melupuskan aset berkenaan. Tarikh pemerolehan dan pelupusan secara langsung mempengaruhi kadar cukai yang digunakan.
1. Tarikh Pelupusan
a. Pada tarikh perjanjian, jika terdapat satu perjanjian secara bertulis; atau b. Pada tarikh penyelesaian pelupusan aset, jika tidak terdapat perjanjian secara bertulis. Tarikh penyelesaian pelupusan aset ialah: i. pada tarikh aset dipindah milik oleh pelupus, atau ii. tarikh di mana kesemua amaun atau nilai balasan (dalam bentuk wang tunai atau nilai wang) untuk pemindahan itu telah diterima oleh pelupus, yang mana terdahulu.
a. Pada tarikh perjanjian, jika terdapat satu perjanjian secara bertulis; atau
b. Pada tarikh penyelesaian pelupusan aset, jika tidak terdapat perjanjian secara bertulis.
Tarikh penyelesaian pelupusan aset ialah:
i. pada tarikh aset dipindah milik oleh pelupus, atau ii. tarikh di mana kesemua amaun atau nilai balasan (dalam bentuk wang tunai atau nilai wang) untuk pemindahan itu telah diterima oleh pelupus, yang mana terdahulu.
i. pada tarikh aset dipindah milik oleh pelupus, atau
ii. tarikh di mana kesemua amaun atau nilai balasan (dalam bentuk wang tunai atau nilai wang) untuk pemindahan itu telah diterima oleh pelupus, yang mana terdahulu.
2. Tarikh Pemerolehan
HARGA PEMEROLEHAN DAN HARGA PELUPUSAN
Pengiraan harga pemerolehan adalah seperti berikut:
XX
Tolak: Belanja dibenarkan;
- Perbelanjaan yang dibelanjakan kesemua dan semata-mata atas aset, pada bila-bila masa selepas pemerolehannya oleh/ atau bagi pihak pelupus, untuk tujuan meninggikan nilai atau memelihara nilai aset itu.
X
-Perbelanjaan yang dibelanjakan kesemua dan semata-mata dalam penubuhan, pemeliharaan atau mengekalkan atau mempertahankan hak milik atas aset itu selepas memperoleh aset itu
Nota :
a.Kos sampingan pemerolehan [subperenggan 4(1) Jadual 2] Kos sampingan yang dicampurkan pada nilai / balasan pemerolehan adalah:
bayaran fi, komisen atau saraanyang dibayar untuk perkhidmatan profesional seseorang juru ukur, penilai, ejen dan penasihat undang-undang kos pemindahan (termasuk duti setem) kos pengiklanan untuk mendapatkan penjual
b.Pampasan yang diterima kerana kerosakan aset atau susut nilai aset [subsubperenggan 4(1)(a) Jadual 2] Merupakan apa-apa jumlah wang yang diterima oleh pelupus sebagai pampasan kerana:
c.Wang yang diterima di bawah polisi insurans [subsubperenggan 4(1)(b) Jadual 2
Merupakan apa-apa jumlah wang yang diterima di bawah sesuatu polisi insurans untuk kerosakan , bencana , kehilangan,kebinasaan atau susut nilai pada aset itu.
d.Jumlah wang yang terlucut hak [subsubperenggan 4(1)(c) Jadual 2] Merupakan apa-apa deposit yang dilucut hak kepada pelupus berhubung dengan pindah milik yang dicadangkan (pelupusan terbatal).
e. Pampasan, wang polisi insurans atau deposit (terlucut hak) yang diterima antara tempoh aset itu diperoleh dan dilupuskan, hendaklah ditolak daripada kos asal pemerolehan
f. Jika sesuatu aset diperoleh sebelum 1.1.1970, harga pemerolehan aset tersebut adalah nilai pasarannya pada tarikh 1.1.1970. Sebarang perbelanjaan dan penerimaan yang sepatutnya ditolak/dicampur dalam pengiraan cukai diabaikan sekiranya dilakukan sebelum 1.1.1970. Dalam lain perkataan, perbelanjaan yang dilakukan mulai 1.1.1970 sahaja boleh dituntut dan pampasan, wang polisi insurans atau deposit (terlucut hak) yang diterima mulai 1.1.1970 sahaja yang boleh ditolak daripada harga pemerolehan
2. Harga Pelupusan
Pengiraan harga pelupusan adalah seperti berikut:
- Perbelanjaan yang dibelanjakan kesemua dan semata-mata dalam penubuhan, pemeliharaan atau mengekalkan atau mempertahankan hak milik atas aset itu selepas memperoleh aset itu
Nota : a. Perbelanjaan untuk tujuan meninggikan nilai atau memelihara nilai aset [subsubperenggan 5(1)(a) Jadual 2
Perbelanjaan yang dibelanjakan kesemua dan semata-mata atas asetyang dilupuskan, pada bila-bila masa selepas pemerolehannya oleh/ atau bagi pihak pelupus, untuk tujuan meninggikan nilai atau memelihara nilai aset itu, iaitu merupakan perbelanjaan yang dicerminkan oleh keadaan atau jenis aset tersebut pada masa dilupuskan. Contoh jenis-jenis perbelanjaan tersebut adalah kos kerja-kerja tambahan pada bangunan yang telah diperoleh dan kos bangunan yang dibina atas tanah kosong yang telah diperoleh.
b. Perbelanjaaan dalam penubuhan, pemeliharaan atau mengekalkan atau mempertahankan hak milik atas aset itu selepas memperoleh aset [subsubperenggan 5(1)(b) Jadual 2]
Perbelanjaan yang dibelanjakan kesemua dan semata-mata dalam penubuhan, pemeliharaan atau mengekalkan atau mempertahankan hak milik atau hak atas aset itu selepas memperoleh aset.Contohnya adalah yuran guaman yang dibayar untuk mempertahankan hak milik atas aset yang telah diperoleh.
c. Kos sampingan untuk pelupusan –[subsubperenggan 5(1)(c) Jadual 2]
Kos sampingan untuk sesuatu pelupusan adalah:
d. Jika pelupus memperoleh aset yang dilupuskan itu sebelum 1.1.1970, perbelanjaan mengikut subsubperenggan 5(1)(a) dan (b) Jadual 2 yang berkaitan tempoh sebelum 1.1.1970 tidak diambil kira –subperenggan 5(2) Jadual 2.
PERBELANJAAN YANG TIDAK DIAMBIL KIRA
Sesuatu perbelanjaan yang boleh dibenarkan dalam pengiraan pendapatan larasan atau kerugian larasan bagi tujuan cukai pendapatan, tidak boleh diambil kira dalam menentukan harga pemerolehan atau harga pelupusan. Sekiranya perbelanjaan itu layak sebagai potongan berdasarkan ACP, perbelanjaan itu tidak boleh dibenarkan sebagai potongan untuk tujuan CKHT tanpa mengambil kira sama ada perbelanjaan tersebut dituntut atau tidak bawah ACP.