Pekerja Bersara Atau Pekerja Berhenti Kerja
Majikan bertanggungjawab memaklumkan kepada LHDNM dalam tempoh tiga puluh (30) hari sebelum tarikh pemberhentian pekerja sekiranya :
Majikan juga perlu menahan apa-apa bayaran yang kena dibayar kepada pekerja sehingga Surat Penyelesaian Cukai (SPC) dari Cawangan Penaksiran diterima jika pemberhentian berlaku seperti kes di atas. Walau bagaimanpun, majikan tidak perlu mengemukakan notis pemberhentian pekerja dan menahan bayaran kepada pekerja sekiranya :
Borang yang boleh digunapakai untuk memaklumkan mengenai pemberhentian pekerja adalah :
Majikan perlu melengkapkan Borang CP21 dan menghantar ke Cawangan Penaksiran di mana fail pekerja tersebut berada. Borang ini boleh dimuat turun di laman web utama dan klik pada ikon Borang. Majikan juga perlu menahan apa-apa bayaran yang akan dibuat kepada pekerja sehingga Surat Penyelesaian Cukai (SPC) dari Cawangan Penaksiran diterima. Akan tetapi, sekiranya pemergian pekerja tersebut adalah bagi tempoh yang kerap dalam perjalanan penggajiannya, maka majikan tidak perlu menghantar CP21 ke LHDNM dan menahan apa-apa bayaran kepada pekerja. Kegagalan majikan memaklumkan kepada LHDNM adalah menjadi satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan, majikan boleh didenda tidak kurang dari RM200 dan tidak melebihi RM2000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali [Seksyen 120(1), Akta Cukai Pendapatan, 1967].
Taraf Kemastautinan Pekerja
Taraf kemastautinan seseorang adalah ditentukan di bawah peruntukan seksyen 7 Akta.
Penjawat awam atau pegawai badan berkanun yang bukan pemastautin oleh sebab:
dianggap sebagai seorang pemastautin dalam tahun asas untuk tahun taksiran itu dan tahun-tahun asas yang berikutnya semasa ketiadaannya di Malaysia.
Pendapatan daripada punca luar Malaysia yang diterima oleh seseorang dalam (a) atau (b) di atas adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan di Malaysia menurut Akta.
PCB seorang pekerja yang bukan pemastautin atau tidak dipastikan taraf kemastautinannya di Malaysia hendaklah dikira pada kadar 26% daripada saraannya. Contoh : Pekerja yang bukan pemastautin dalam tahun kalendar 2010. Jumlah saraan bulanan : RM3,000.00 Pengiraan PCB : RM3,000.00 x 26% Jumlah PCB : RM780.00
PCB seorang pekerja yang bukan pemastautin atau tidak dipastikan taraf kemastautinannya di Malaysia hendaklah dikira pada kadar 26% daripada saraannya.
Pekerja yang bukan pemastautin dalam tahun kalendar 2010.
Jumlah saraan bulanan : RM3,000.00 Pengiraan PCB : RM3,000.00 x 26% Jumlah PCB : RM780.00
PCB seseorang pekerja yang bermastautin atau dianggap bermastautin di Malaysia, diperolehi setelah ditolak semua potongan yang dibenarkan di bawah Akta.