logolhdn
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Utama / Soalan Lazim (e-CP39)
  1. Apa itu e-CP39?
  2. e-CP39 merupakan satu kaedah baharu bagi majikan menghantar data Potongan Cukai Bulanan (PCB) pekerja dan membayar secara dalam talian.


  3. Siapa yang perlu menggunakan e-CP39?
  4. Majikan yang tidak mempunyai sistem penggajian berkomputer dan sebelum ini mengemukakan borang CP39 secara manual serta membuat bayaran potongan cukai bulanan di kaunter pusat bayaran LHDNM atau melalui pos dan kurier.


  5. Apakah perbezaan sistem e-CP39, e-PCB dan e-Data PCB?
  6. Berikut adalah perbezaan ketiga-tiga sistem tersebut:

    1. e-PCB adalah untuk kegunaan majikan yang tidak mempunyai sistem penggajian berkomputer. Majikan perlu mendaftar sebagai pengguna untuk membolehkan majikan menyimpan maklumat pekerja, mengira PCB, menghantar data PCB pekerja dan membuat bayaran sama ada melalui dalam talian atau di kaunter bayaran bank.
    2. e-Data PCB adalah untuk kegunaan majikan yang mempunyai sistem penggajian berkomputer. Majikan perlu mendaftar sebagai pengguna untuk membolehkan majikan menyemak format dan memuat naik fail teks CP39 secara dalam talian (online). Sistem ini membantu majikan menghantar data PCB pekerja mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan membuat bayaran. Majikan boleh membuat bayaran sama ada melalui dalam talian atau di kaunter bayaran bank.
    3. e-CP39 adalah untuk kegunaan majikan yang tidak mempunyai sistem penggajian berkomputer. Majikan mempunyai pilihan untuk log masuk dalam sistem sebagai pengguna berdaftar atau tidak berdaftar. Pengiraan amaun PCB boleh dibuat melalui Jadual PCB, e Jadual atau Kalkulator PCB. Majikan boleh membuat bayaran sama ada melalui dalam talian atau di kaunter bayaran bank.


  7. Di manakah pembayaran boleh dilakukan sekiranya menggunakan e-CP39?
  8. Bayaran boleh dilakukan di kaunter bank dengan menggunakan Nombor Akaun CP39/PCB yang dijana semasa pengesahan data dalam sistem e-CP39 mulai 1 Mac 2019 manakala bayaran melalui dalam talian akan bermula pada 1 Jun 2019.

    1. Financial Process Exchange (FPX) di Portal Rasmi LHDNM (ezHASIL) melalui sistem e-CP39.
    2. Internet banking
      • CIMB Bank Berhad
      • Selain CIMB Bank (IBG/RENTAS/Telegraphic Transfer(TT)/Pindahan Tunai)
    3. Kaunter Bank atau Automated Teller Machine (ATM)
      • CIMB Bank Berhad - Tunai Sahaja
      • Selain CIMB Bank (IBG/RENTAS/Telegraphic Transfer(TT)/Pindahan Tunai)
    4. Kiosk penerimaan cek (cheque deposit machine), dan mesin bayaran tunai (cash deposit machine) di rangkaian bank CIMB sahaja.
      (Sila pastikan Nombor Akaun PCB (14 digit) ditulis di belakang cek sebelum dimasukkan ke dalam kiosk penerimaan cek)

    Sila gunakan kod berikut bagi transaksi IBG/RENTAS/Telegraphic Transfer(TT)




  9. Adakah majikan perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum menggunakan e-CP39.
  10. Majikan boleh menggunakan sistem e-CP39 sama ada secara berdaftar atau tidak berdaftar. Bagi pengguna secara berdaftar, pengguna perlu mendaftar ID Pengguna dan Kata Laluan sebelum log masuk sistem ini.


  11. Perlukah majikan membuat pengiraan PCB melalui kalkulator PCB/ semakan jadual dalam e-CP39?
  12. Ya. Majikan boleh menggunakan e-Jadual untuk menentukan amaun PCB pekerja atau membuat pengiraan menggunakan kalkulator PCB atau merujuk kepada Jadual PCB.


  13. Adakah bayaran CP38 perlu menggunakan borang yang berlainan?
  14. Tidak perlu. Majikan hendaklah mengasingkan amaun bayaran di ruangan PCB dan CP38 yang disediakan.


  15. Adakah majikan masih menerima resit rasmi dari LHDNM untuk pembayaran PCB tersebut sekiranya majikan menggunakan e-CP39?
  16. LHDNM tidak akan mengeluarkan resit rasmi bayaran berkaitan.Majikan boleh menggunakan slip pengesahan bayaran bank sebagai bukti bayaran.


  17. Bolehkah pekerja membuat tuntutan pelepasan melalui borang PCB/TP1?
  18. Boleh sekiranya majikan membuat pengiraan PCB menggunakan Kalkulator PCB.


  19. Bolehkan bayaran PCB dan borang CP39 dihantar melebihi sekali dalam satu bulan oleh majikan yang sama?
  20. Boleh. Majikan boleh mengemukakan melebihi sekali pembayaran dan penghantaran data pekerja terutama bagi majikan yang mempunyai ramai pekerja. Majikan perlu memastikan hanya satu instrumen bayaran sahaja bagi setiap satu penghantaran data dalam talian.


  21. Sekiranya pegawai yang bertanggungjawab yang mengendalikan sistem e-CP39 berhenti kerja dan ID tidak diketahui, bolehkah pegawai lain mendaftar e-CP39 yang baru menggunakan no E yang sama?
  22. Boleh. Majikan yang sama boleh didaftarkan beberapa kali di sistem e-CP39. Walaubagaimanapun data yang telah diisi oleh pegawai terdahulu tidak dapat dipaparkan kerana menggunakan ID yang berbeza.


  23. Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran PCB melalui sistem e-CP39 sekiranya majikan/syarikat tidak mempunyai kemudahan perbankan internet?
  24. Majikan masih boleh membuat bayaran seperti berikut:

    • Kaunter Bank CIMB Bank Berhad – Tunai sahaja
    • Automated Teller Machine (ATM) CIMB sahaja
    • Kiosk penerimaan cek (cheque deposit machine), dan mesin bayaran tunai (cash deposit machine) di rangkaian bank CIMB sahaja.
    • Selain CIMB Bank (IBG/RENTAS/Telegraphic Transfer(TT)/Pindahan Tunai)

    *Sila pastikan Nombor Akaun PCB (14 digit) ditulis di belakang cek sebelum dimasukkan ke dalam kiosk penerimaan cek.


  25. Adakah majikan yang pernah menggunakan e-PCB atau e-Data PCB boleh menukar kepada e-CP39?
  26. Boleh. Walau bagaimanapun, rekod pekerja dan pembayaran dalam e PCB atau e Data PCB yang telah dilakukan tidak akan dipaparkan dalam e-CP39.


  27. Bolehkah sistem e-CP39 menyimpan data pekerja dan rekod .pembayaran yang telah dilakukan?
  28. Boleh sekiranya majikan adalah pengguna berdaftar e-CP39.


  29. Bolehkah pembayaran PCB dibuat bagi pekerja yang masih belum mempunyai nombor rujukan cukai pendapatan?
  30. Boleh. Walau bagaimanapun majikan atau pekerja dinasihatkan membuat pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan melalui e-Daftar secepat mungkin.


  31. Bolehkah majikan membuat bayaran menggunakan lebih dari satu instrumen bagi satu CP39 terutama bagi syarikat yang mempunyai kekangan terhadap had jumlah kelulusan bagi setiap pengarah?
  32. Majikan tidak boleh membuat bayaran menggunakan lebih dari satu instrumen bagi satu penghantaran CP39. Sekiranya majikan mempunyai kekangan terhadap had jumlah, majikan perlu memastikan pengisian data CP39 dan bayaran adalah mengikut had kelulusan setiap pengarah.


  33. Apakah kelebihan pengguna sistem e-CP39 secara berdaftar?
  34. Sekiranya majikan menggunakan e-CP39 sebagai pengguna berdaftar, sistem ini akan menyimpan rekod senarai pekerja termasuk penghantaran data dan pembayaran yang pernah dilakukakan oleh majikan.


  35. Berapakah had bilangan pekerja yang boleh dimasukkan ke sistem e-CP39?
  36. Tiada had bilangan pekerja. Walau bagaimanpun, majikan digalakkan menggunakan e-PCB sekiranya mempunyai pekerja yang ramai.


  37. Apakah nombor akaun yang perlu dimasukkan jika pembayaran PCB dibuat melalui Mesin Deposit Cek (CDM) di Bank CIMB?
  38. Nombor akaun yang perlu dimasukkan di CDM adalah merujuk kepada nombor akaun PCB/CP39 yang tertera di Slip Pengesahan e-CP39. Majikan wajib mencatatkan nombor akaun tersebut di belakang cek semasa pembayaran.


  39. Adakah tarikh penghantaran data dan bayaran PCB melalui e-CP39 perlu dilakukan pada tarikh yang sama?
  40. Tarikh penghantaran data dan bayaran PCB melalui e-CP39 tidak semestinya pada tarikh yang sama. Walau bagaimanapun, majikan perlu membuat pembayaran PCB berkenaan pada atau sebelum 15 haribulan pada setiap bulan.


  41. Siapakah yang perlu dihubungi sekiranya majikan memerlukan penerangan lanjut berkenaan sistem e-CP39?
  42. Majikan boleh hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 1800-88-5436 atau Unit Majikan di Cawangan LHDNM yang berdekatan. Rujukan Manual Panduan Pengguna, boleh didapati di https://ecp39.hasil.gov.my/.


Di lawati : 7,740
Kemaskini : : 2019-09-05 11:19:40

.Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya Selangor. .

119 jata mof msc anm kastam bnm lada spr
Tarikh Kemaskini : 13 Sept 2019
Pengunjung : MALAYSIA Flag 1 Netherlands Flag 2 Russian Federation Flag 1 United States Flag 9 Online : 13
Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome,Internet Explorer(Versi Terkini) atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800. Hak Cipta Terpelihara 2015 © LHDNM
PENAFIAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pengguna Hari Ini: 2,786
Jumlah Pengguna Bulan : ( 09 / 2019 ) 444,213
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2019 ) 22,551,693
Jumlah Keseluruhan Pengguna : 225,194,244
Jumlah Pengguna Bulan :( 08 / 2019 ) 1,164,585
Jumlah Pengguna Tahun : ( 2018 ) 36,330,047