printer

Apa itu e-Daftar

e-Daftar

 

Aplikasi pendaftaran fail cukai pendapatan individu syarikat, majikan, perkongsian dan perkongsian liabiliti terhad (PLT) melalui internet.

 

Siapa yang perlu mendaftar Fail Cukai Pendapatan ?

Dokumen sokongan yang diperlukan :

Kategori
Dokumen Sokongan
1.
Individu tidak menjalankan perniagaan
  • Kad Pengenalan (Kad Pengenalan Baru, Tentera, Polis atau Pasport)
2.
Individu menjalankan perniagaan
  • Kad Pengenalan (Kad Pengenalan Baru, Tentera, Polis atau Pasport)
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan
3a.
Syarikat Tempatan
- Syarikat Sdn. Bhd.
- Syarikat Bhd.
  • Notis pendaftaran syarikat di bawah seksyen 15 Akta Syarikat 2016 atau perakuan pemerbadanan syarikat di bawah seksyen 17 Akta Syarikat 2016 (jika ada)
  • Notis Pertukaran Dalam Daftar Pengarah, Pengurus Dan Setiausaha di bawah seksyen 58 Akta Syarikat 2016
3b.
Syarikat Asing
  • Notis pendaftaran syarikat asing di bawah seksyen 562 Akta Syarikat 2016
  • Perubahan Atau Pengubahan Butir-Butir Berkaitan Syarikat Asing di bawah subseksyen 567(1) Akta Syarikat 2016
4.
Perkongsian
  • Salinan sijil pendaftaran perniagaan perkongsian yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Senarai ahli-ahli kongsi
5..
Perkongsian
Liabiliti Terhad
  • Salinan notis pendaftaran PLT atau salinan perakuan pendaftaran PLT (jika ada) di bawah seksyen 11 Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

    ATAU

  • Salinan notis pendaftaran penukaran kepada PLT di bawah seksyen 32 Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 (jika berkenaan) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Senarai pekongsi

Hantar dokumen sokongan melalui :

Bila nombor Cukai Pendapatan akan diperolehi ?

Dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan dibuat secara dalam talian.

Cara menyemak status permohonan

Nombor permohonan akan diberikan untuk menyemak status permohonan anda.

Klik pautan untuk ke e-Daftar