printer

MALAYSIAN INCOME TAX REPORTING SYSTEM (MITRS)

Pengenalan

Seiring dengan penggunaan XBRL yang meluas di seluruh dunia, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memperkenalkan penghantaran Helaian Kerja Pengiraan Cukai dengan menggunakan sistem pengemukaan XBRL yang dinamakan Malaysia Income Tax Reporting System (MITRS). XBRL adalah singkatan bagi 'eXtensible Business Reporting Language', iaitu kaedah yang digunakan untuk menghantar rekod-rekod perniagaan secara digital untuk pelaporan. Melalui penggunaan XBRL, penyimpanan, perkongsian dan penggunaan data perniagaan menjadi lebih efektif.

Kaedah Pengemukaan

Terdapat dua kaedah pelaporan atau pengemukaan Helaian Kerja Pengiraan Cukai melalui MITRS iaitu:

  1. Pengemukaan melalui borang web dalam talian (e-Filing). Entiti pelapor perlu memasukkan butiran secara dalam talian melalui sistem ini.
  2. Pengemukaan melalui 'instance' XBRL. Entiti pelapor perlu memuat naik dokumen 'instance' melalui ciri muat naik 'instance' XBRL dalam sistem ini.

Kedua-dua kaedah ini akan menggunakan platform penghantaran dan PKI e-Filing.

Cadangan Pelaksanaan

Pada peringkat permulaan, entiti pelapor diberikan kemudahan untuk mengikuti sesi pengujian Sistem MITRS. Sistem Pengemukaan MITRS akan dilaksanakan secara berperingkat seperti berikut:

XBRL

Rujukan

Rujuk pautan berikut untuk keterangan lanjut berkaitan struktur taksonomi XBRL LHDNM dan video ringkas berkenaan konsep dan pelaksanaan XBRL LHDNM:

Dokumen Teknikal XBRL LHDNM
Konsep dan Pelaksanaan MITRS
Video Konsep dan Perlaksanaan XBRL LHDNM
Fail Taksonomi
Video Malaysian Income Tax Reporting System (MITRS)
Data Model XBRL LHDNM 31072018

Pengujian boleh dilaksanakan dengan klik pautan di bawah:

Individu dan Pemegang Sijil Digital Organisasi
Agen Cukai

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan taksonomi dan Sistem Pengemukaan XBRL boleh dihantar ke e-mel: xbrl@hasil.gov.my