printer

Pengenalan

Program khas ini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam melakukan reformasi percukaian bagi menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela mengisytiharkan pendapatan bagi meningkatkan kutipan cukai untuk pembangunan negara. Pengakuan sukarela ini boleh dibuat di mana-mana pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di seluruh negara bermula pada 3 November 2018 sehingga 30 September 2019.

Pelaksanaan

Berikut adalah maklumat berkenaan kategori pembayar cukai dan kadar penalti yang akan dikurangkan mengikut tempoh pengakuan sukarela dan bayaran cukai dibuat :

Kategori Pembayar Cukai
Tempoh Membuat Pengakuan Sukarela dan Kadar Penalti
3/11/2018 - 30/6/2019
1/7/2019 - 30/9/2019
Pembayar cukai yang masih belum berdaftar dengan LHDNM dan belum mengemukakan BNCP / BNP / BNCKHT bagi mana-mana tahun taksiran
10%
(bayaran sebelum atau pada 1/7/2019)
15%
(bayaran sebelum atau pada 1/10/2019)
Pembayar cukai yang sudah berdaftar dengan LHDNM tetapi masih belum mengemukakan BNCP / BNP / BNCKHT bagi mana-mana tahun taksiran
Pembayar cukai yang telah mengemukakan BNCP / BNP / BNCKHT tetapi tidak melaporkan pendapatan / keuntungan pelupusan aset dengan betul bagi mana-mana tahun taksiran
Pembayar duti yang mengemukakan surat cara melebihi enam (6) bulan selepas tempoh penyeteman (30 hari dari tarikh surat cara disempurnakan)
10% atau minimum RM50
15% atau minimum RM100

Garis Panduan Operasi

Program Khas Pengakuan Sukarela boleh didapati di Portal Rasmi LHDNM.
Garis Panduan Operasi Bilangan 1 Tahun 2018 (Pindaan) bertarikh 29 Mac 2019

Soalan Lazim

Untuk soalan lazim berkenaan program khas ini, klik disini.

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut berkenaan program khas ini, sila hubungi kami di: