printer
HAK RAYUAN DAN MASA UNTUK MEMBUAT RAYUAN

1.
Seksyen 99 ACP memperuntukkan bahawa seseorang yang tidak berpuas hati dengan sesuatu taksiran yang telah dibuat untuk mana-mana tahun taksiran ke atasnya oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) berhak merayu terhadap taksiran itu.
2.
Walau bagaimanapun, peruntukan ini tidak terpakai kepada kes-kes berikut:
a)
taksiran disifatkan di bawah subseksyen 90(1) ACP 1967; ATAU
b)
taksiran disifatkan untuk Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terpinda di bawah seksyen 91A ACP 1967
Melainkan pembayar cukai tidak bersetuju dengan layanan di dalam KU atau pendirian, ketetapan dan amalan KPHDN yang terdapat pada masa semasa taksiran itu dibuat. Contoh pendirian, ketetapan dan amalan adalah seperti berikut:
i.
surat ketetapan persendirian atau ketetapan awal;
ii.
garis panduan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM);
iii.
keputusan kes undang-undang di peringkat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) dan mahkamah; ATAU
iv.
bukti bertulis lain.
3.
Oleh itu Seksyen 99 ACP 1967 hanya terpakai untuk rayuan terhadap notis taksiran yang dibuat untuk mana-mana tahun taksiran bagi kes-kes seperti di bawah:
a)
Taksiran/taksiran tambahan/taksiran pendahuluan yang dibuat oleh KPHDN hasil daripada penemuan audit meja atau audit luar; ATAU
b)
Taksiran anggaran (best judgement assessment) yang dibuat tanpa BNCP atau BNCP lewat dikemukakan iaitu di luar tempoh yang ditetapkan di bawah subseksyen 90(3) ACP 1967.
4.
Rayuan hendaklah dibuat dengan mengemukakan Borang Q tidak lewat dari tiga puluh (30) hari selepas notis taksiran diserahkan sepertimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 99(1) ACP 1967.