printer

PROSEDUR RAYUAN (BORANG Q)

1.
Orang yang membuat rayuan (perayu) hendaklah mengemukakan empat (4) salinan Borang Q bagi setiap tahun taksiran dan perlu memastikan sekurang-kurangnya satu (1) salinan Borang Q adalah salinan asal manakala tiga (3) salinan lagi boleh difotokopi.
2.
Borang Q dan lampiran (jika ada) yang dikemukakan oleh perayu tidak boleh disertakan bersama-sama dengan dokumen lain. Borang Q yang lengkap berserta dengan alasan hendaklah dikemukakan ke cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan perayu. Borang Q boleh dimuat turun dan dicetak daripada pautan berikut:
Borang Q bagi rayuan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
Borang Q bagi rayuan di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
Borang Q bagi rayuan di bawah Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967
Rayuan di bawah seksyen 109H Akta Cukai Pendapatan 1967 (bagi kes cukai pegangan)
3.
Borang Q yang lengkap hendaklah mengandungi maklumat berikut:
a)
Tarikh dan amaun cukai yang kena dibayar (Amaun cukai yang kena dibayar adalah merujuk kepada notis taksiran yang dipertikaikan);
b)
Alasan rayuan secara terperinci dan mengandungi maklumat lain yang diperlukan oleh borang itu; DAN
c)
Borang Q mesti ditandatangani oleh perayu iaitu orang yang ditaksir dan dikenakan cukai. Bagi kes syarikat dan perkongsian liabiliti terhad, Borang Q hendaklah ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa di bawah seksyen 75 dan 75B ACP masing-masing.
4.
Borang Q tidak boleh ditandatangani oleh ejen cukai atau peguam.
5.
Borang Q yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada perayu.