printer

PERMOHONAN RELIF BERKENAAN KESILAPAN ATAU KHILAF DI BAWAH SEKSYEN 131 ACP

1.
Selain daripada rayuan di bawah seksyen 99 ACP, seorang pembayar cukai boleh membuat permohonan relif ke atas kesilapan atau khilaf dalam BNCP yang dibuat olehnya. Penentuan sama ada pembayar cukai telah melakukan kesilapan atau khilaf merupakan persoalan fakta dan undang-undang.
2.
Beban pembuktian terdapatnya kesilapan atau khilaf adalah terletak di pihak pembayar cukai. KPHDN hanya akan menyemak semula taksiran sekiranya dia berpuas hati bahawa pembayar cukai telah melakukan kesilapan atau khilaf dalam BNCP atau penyataan yang dibuat olehnya bagi tujuan ACP yang dikemukakan kepada KPHDN.
3.
Syarat-syarat bagi permohonan relif adalah:
a)

Permohonan relif tidak akan dipertimbangkan sekiranya BNCP yang dikemukakan selari dengan pendirian, ketetapan dan amalan KPHDN yang terdapat pada masa taksiran itu dibuat.

b)

Pembayar cukai hendaklah membayar kesemua cukai yang telah dibuat bagi tahun taksiran berkenaan.

c)

Pembayar cukai perlu membuat permohonan bertulis melalui surat atau Borang CP15C kepada KPHDN dalam tempoh masa lima (5) tahun selepas berakhirnya tahun taksiran di mana taksiran disifatkan atau dibangkitkan.