printer

PROSEDUR PERMOHONAN RELIF

1.
Permohonan relif boleh dibuat sama ada melalui surat atau Borang CP15C dengan menyatakan alasan-alasan terperinci berkaitan dengan permohonan tersebut. Borang CP15C boleh dimuat turun melalui pautan berikut:
CP15C
2.
Sekiranya surat atau Borang CP15C tidak diisi dengan butiran yang betul, permohonan akan dikembalikan kepada pembayar cukai bagi membolehkan pembayar cukai mengemukakan permohonan relif yang baru.
3.
Sekiranya permohonan relif ini diluluskan oleh KPHDN, taksiran akan dipinda dan taksiran kurangan akan dikeluarkan.
4.
Jika permohonan relif ditolak oleh KPHDN, surat penolakan permohonan berserta alasan penolakan akan dikeluarkan kepada pembayar cukai.
5.
Jika pembayar cukai tidak setuju dengan keputusan tersebut, beliau boleh meminta KPHDN melalui surat untuk menghantar permohonan relif (yang telah dikemukakan sebelum ini) kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh surat penolakan. KPHDN akan mengemukakan permohonan pembayar cukai kepada PKCP dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh penerimaan surat permohonan tersebut.
6.
Dalam kes di mana BNCP yang disifatkan atau BNCP terpinda yang disifatkan telah dikemukakan selaras dengan pendirian, ketetapan dan amalan KPHDN yang terdapat pada masa taksiran itu dibuat, permohonan pembayar cukai untuk relif di bawah seksyen 97A dan 131 ACP kerana kesilapan atau khilaf tidak boleh diterima walaupun pembayar cukai boleh membuktikan terdapat kesilapan atau khilaf melainkan kesilapan dari segi aritmetik atau pengiraan sahaja.