printer

PROSIDING RESOLUSI PERTIKAIAN (PRP)

1.
PRP merupakan medium efektif untuk menyemak rayuan oleh perantara yang berkecuali iaitu Jabatan Resolusi Pertikaian.
2.
PRP memberi peluang kepada pembayar cukai untuk berbincang bersama perantara yang berkecuali berkenaan isu yang dipertikaikan seperti dalam rayuan.
3.
Rayuan melalui PRP adalah lebih cepat dan melibatkan kos rendah. PRP dapat menjimatkan masa dan kos kedua-dua pihak iaitu pembayar cukai dan LHDNM.
  Bagi penjelasan yang lebih lanjut berkaitan PRP, sila rujuk kepada Garis Panduan PRP.
Bagi penjelasan yang lebih lanjut berkaitan rayuan ke atas taksiran cukai yang dibangkitkan, sila rujuk kepada Ketetapan Umum No.12/2017.