printer

Borang CP204 Dihantar Lewat


Bagi syarikat yang gagal mengemukakan anggaran CP 204 dalam tempoh ditetapkan, syarikat masih layak membuat pindaan pada bulan ke 6 & ke 9 menggunakan e-CP204A sekiranya syarikat ada menerima CP205.

Contoh:
Syarikat DEF Sdn. Bhd. telah lama beroperasi dan akaun syarikat biasa ditutup pada 30 Jun. Oleh itu tarikh akhir pengemukaan CP204 adalah pada 31 Mei setiap tahun. Bagi tahun taksiran 2019, Syarikat DEF Sdn Bhd terlewat menghantar CP204 2019 iaitu pada 15/06/2018. CP 205 telah dikeluarkan pada 18 Jun 2018.

Tempoh asas DEF Sdn. Bhd. ialah dari 01/07/2018 hingga 30/06/2019 bagi tahun taksiran 2019. Tarikh akhir penghantaran borang CP204 adalah pada 31/05/2018. Syarikat menghantar borang CP204 pada 15/06/2018, iaitu selepas tamat tempoh.

Bagi kes di atas, pindaan pada bulan ke 6 dan ke 9 dalam tempoh asas boleh dibuat menggunakan e-CP204A.