printer

PENGENALAN DAN ASAS PERCUKAIAN

1. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ditadbir oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia menerusi Akta Keuntungan Cukai Harta Tanah 1976 (ACKHT). ACKHT telah diperkenalkan pada 7.11.1975 untuk menggantikan Akta Cukai Spekulasi Tanah 1974. Tujuan asal kedua-dua Akta tersebut diperkenalkan adalah untuk menyekat aktiviti spekulasi harta tanah.
2. CKHT dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai daripada pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai seperti rumah, bangunan komersil, ladang dan tanah kosong. Mulai 21.10.1988, cukai ini diperluaskan kepada keuntungan daripada pelupusan saham dalam syarikat harta tanah (SHT)
  "ASET" termasuk mana-mana tanah yang terletak di Malaysia, dan apa-apa kepentingan, opsyen atau hak lain dalam atau atas tanah tersebut
  "KEUNTUNGAN" bermaksud keuntungan selain daripada keuntungan atau laba yang boleh dikenakan cukai pendapatan atau dikecualikan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) atau dalam hal sesuatu unit amanah, keuntungan yang tidak dikira sebagai pendapatan di bawah ACP 1967
3. CKHT dikenakan ke atas pelupus dalam tahun taksiran di mana transaksi pelupusan berlaku. Tahun taksiran adalah merujuk kepada tahun kalendar.
4. Pelupus sama ada bermastautin di Malaysia atau tidak, adalah dikenakan cukai atas keuntungan yang terakru kepadanya apabila melupuskan aset yang boleh dikenakan cukai yang terletak di Malaysia. Pelupus termasuklah individu, syarikat, perkongsian, pertubuhan, pemegang amanah dan lain-lain orang yang boleh dikenakan cukai.
5. Maklumat terperinci berkenaan CKHT boleh dirujuk dalam Garis Panduan CKHT yang bertarikh 13.06.2018 atau 18.06.2013 (yang mana berkenaan)