printer

TARIKH PELUPUSAN DAN TARIKH PEMEROLEHAN

Pelupus perlu mengenal pasti tarikh pemerolehan dan pelupusan aset kerana kedua-dua tarikh itu akan mempengaruhi kadar cukai yang dikenakan.

1. Tarikh Pelupusan / Disposal Date
  a. Pada tarikh perjanjian, jika terdapat perjanjian bertulis; atau
  b. Pada tarikh penyelesaian pelupusan aset jika tiada perjanjian bertulis.
    Tarikh penyelesaian pelupusan adalah:
    i. Pada tarikh aset dipindah milik oleh pelupus; atau
    ii. Pada tarikh di mana kesemua amaun atau nilai balasan untuk pindah milik itu telah diterima oleh pelupus,
    yang mana lebih awal

2. Tarikh Pemerolehan / Acquisition Date
  Tarikh pemerolehan aset oleh pemeroleh dianggap berlaku pada tarikh yang sama dengan tarikh pelupusan aset itu oleh pelupus