printer

PINDAH MILIK HARTA TANAH YANG DIPUSAKAI

1. Tarikh dan harga pemerolehan oleh waris
Harta dipusakai daripada si mati
Tarikh pemerolehan
Harga pemerolehan
i. Harta yang dihadiahkan sewaktu kematian Tarikh pindah milik harta Nilai pasaran aset pada tarikh pindah milik tolak amaun di bawah Perenggan 4(1)(a), 4(1)(b) atau 4(1)(c) Jadual 2 ACKHT
ii. Penerimaan aset sebagai ganti kepada wang peninggalan Tarikh pindah milik harta Nilai pasaran aset pada tarikh pindah milik atau wang peninggalan yang mana rendah tolak amaun di bawah Perenggan 4(1)(a), 4(1)(b) atau 4(1)(c) Jadual 2 ACKHT
ii. Pemindahan aset kepada penerima legasi oleh wasi (tidak kira sama ada dia sendiri adalah penerima legasi) atau pemegang amanah sesuatu amanah yang diwujudkan di bawah wasiat Tarikh pindah milik harta Nilai pasaran aset pada tarikh pindah milik tolak amaun di bawah Perenggan 4(1)(a), 4(1)(b) atau 4(1)(c) Jadual 2 ACKHT
2. Tarikh dan harga pemerolehan oleh wasi harta pusaka
Tarikh pemerolehan harta oleh wasi adalah pada tarikh kematian si mati. Harga pemerolehan pula adalah nilai pasaran aset pada tarikh kematian dikurangkan dengan amaun di bawah Perenggan 4(1)(a), (b) dan (c) Jadual 2 ACKHT
3. Penurunan harta si mati kepada wasi atau waris
Bagi transaksi penurunan harta si mati kepada wasi atau waris, harga pelupusan dianggap sama dengan harga pemerolehan menurut Perenggan 3(1)(a) Jadual 2 ACKHT. Oleh yang demikian, transaksi tersebut tidak dikenakan cukai.