printer

Cara Membuat Semakan Butiran Majikan

Semakan boleh dibuat dengan cara hadir ke cawangan yang berdekatan, atau menghubungi mana-mana cawangan LHDNM atau menghubungi Hasil Care Line. Sila nyatakan nombor rujukan majikan bagi membolehkan semakan dibuat.

Semakan Butiran Melalui Wakil

Semakan juga dibenarkan dibuat melalui wakil dalam keadaan di mana tuan tidak dapat berbuat demikian. Surat kuasa membenarkan wakil tuan membuat semakan adalah diperlukan bagi mengesahkan kebenaran yang telah diberikan. Semakan hanya boleh dibuat dengan cara wakil tersebut hadir sendiri ke mana-mana cawangan LHDNM yang berdekatan. Semakan melalui panggilan telefon adalah tidak dibenarkan sama sekali.