printer
Keadaan Di Mana Fail Fizikal Cukai Dipindahkan

Fail fizikal cukai boleh dipindahkan ke cawangan lain dalam keadaan di mana ;

Alamat surat menyurat majikan telah bertukar dan alamat tersebut adalah dibawah pentadbiran cawangan yang lain. Walau bagaimanapun, pihak LHDNM akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya sebelum memindahkan fail fizikal tuan.

Menerima permohonan daripada majikan untuk memindahkan fail fizikal cukai pendapatan tuan ke cawangan yang difikirkan bersesuaian.

Bagaimana Permohonan Pemindahan Fail Cukai Dilakukan

Permohonan secara bertulis perlu dikemukakan ke cawangan di mana fail tuan berada sekarang.