printer

Bayaran di kaunter bayaran LHDNM

  1. Menghantar borang CP39 atau CP39A secara manual
    Bayaran di kaunter bayaran LHDNM boleh dibuat dengan mengisi dan mengemukakan borang CP39 atau borang CP39A . Borang CP39 atau borang CP39A yang difotokopi, Borang Cetakan Berkomputer atau Borang CP39 selain dari Borang CP39 boleh diterima.

  2. Menghantar data CP39 atau CP39A secara media elektronik bersama borang CP39 atau CP39A atau borang pengesahan penerimaan data PCB/CP38 melalui e-PCB atau e-Data PCB.

Bayaran secara manual dan secara media elektronik bersama borang CP39 atau CP39A hanya boleh dibuat di kaunter bayaran Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching sahaja.

Penghantaran borang pengesahan penerimaan data PCB/CP38 melalui e-PCB atau e-Data PCB hanya boleh dibuat di kaunter bayaran media elektronik di tingkat 1 (Kiri), Pusat Bayaran Kuala Lumpur sahaja.

Perbezaan antara Borang CP39 dan CP39A adalah pada ruangan bulan dan tahun potongan. Borang CP39 adalah untuk potongan PCB bagi jenis saraan untuk tahun semasa dan borang CP39A adalah untuk jenis saraan tunggakan tahun sebelumnya