printer

Cyberjaya, 31 Ogos 2019 – Sebagai tanda meraikan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan warga kerja Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2019 peringkat LHDNM telah dianjurkan pada malam tadi bertempat di Menara Hasil Cyberjaya. Dengan tema Hari Kebangsaan 2019 "Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih", majlis tersebut turut menyaksikan penganjuran serentak oleh warga kerja LHDNM menerusi aktiviti pemasangan dan pengibaran bendera Malaysia di pejabat LHDNM seluruh negara.

Muat turun berita