SOALAN DAN JAWAPAN BORANG C

DI PUSAT PEMPROSESAN KUALA LUMPUR

 

1. Ruangan Kotak Yang Tidak Mencukupi

S.Bagaimana hendak mengisi di ruang 1 iaitu ruang untuk Nama Syarikat dan P1 (Nama Pemegang Syer Utama) sekiranya petak-petak tersebut tidak mencukupi?

J. Tulis nama syarikat /nama pemegang syer utama di atas kertas lain (lampiran) dan kemukakan bersama-sama dengan Borang C. Sekiranya masih belum mencukupi, sila lampirkan bersama-sama dengan Borang 13.(Makluman Pertukaran Nama Syarikat)

 

2. Syarikat Yang Mempunyai Nombor Rujukan IV/C

S.Adakah perlu bagi syarikat yang mempunyai nombor rujukan IV mengemukakan Borang C ? Bagaimana sekiranya syarikat tersebut masih tidak beroperasi?

J.Sekiranya syarikat adalah aktif, syarikat perlulah daftarkan fail C di cawangan yang berkenaan dahulu sebelum mengemukakan Borang C. Walau bagaimanapun sekiranya tempoh penghantaran Borang C telah hampir dan syarikat masih tidak mempunyai nombor rujukan C, syarikat dinasihatkan supaya menghantar dahulu Borang C tersebut dengan menggunakan nombor IV, dan pada masa yang sama apabila syarikat telah memperolehi nombor rujukan C, syarikat perlulah memberitahu pihak LHDN dengan kadar yang segera. Manakala bagi kes yang tidak aktif syarikat tidak perlu mendaftarkan nombor C dan ini bermakna syarikat juga tidak perlu mengemukakan Borang C.

 

3. Nombor Rujukan Fail Majikan

S.Syarikat beroperasi tetapi tidak mempunyai pekerja yang menerima gaji sampai tahap kena PCB, perlukah Syarikat ini mendaftar fail E dan isikan nombor E dalam Borang C ataupun "dash-out" sahaja?

J.Kalau mengikut sistem Intacgsg bagi mana-mana syarikat yang didaftarkan fail, secara automatik akan didaftarkan fail E. Kalau ada pun mana-mana syarikat yang belum ada fail E, mungkin bagi kes-kes lama. Adalah dinasihatkan syarikat merujuk kepada Unit Majikan cawangan yang berkenaan untuk daftarkan fail E.

 

4. Syarikat Dormant

S. Untuk syarikat yang tidak menjalankan perniagaan dan tidak menerima Borang C untuk Tahun Taksiran 2001 tetapi telah mengemukakan Borang C untuk T/T 2000 (STTS), adakah perlu syarikat meminta Borang C 2001 dan membuat pengemukaan?

J.Ya.Syarikat perlu mengisi dan mengemukakan Borang C 2001 dan sertakan bersama-sama surat pengesahan syarikat dormant contohnya seperti salinan akaun beraudit yang menunjukkan syarikat dormant . Ini adalah bertujuan untuk mengemaskini data. Sekiranya maklumat syarikat diterima, surat jawapan menyatakan Borang C tidak akan dikeluarkan akan diberikan kepada Pembayar cukai daripada Pusat Pemprosesan.

 

5. Kod Perniagaan

S i) Apakah kod perniagaaan untuk syarikat dormant?

J i) Tiada kod bagi syarikat dormant, isikan " ----" dalam ruangan kod perniagaan.

 

S ii) Apakah kod perniagaan untuk syarikat yang berhenti perniagaan dalam tempoh asas ?

Jii) Gunakan kod perniagaan berdasarkan aktiviti perniagaan yang asal.

 

6 .Notis Taksiran STS

S.Mulai daripada Tahun Taksiran 2001, bagaimanakah syarikat hendak membuktikan taksiran cukainya memandangkan tiada Borang J akan dikeluarkan untuk taksiran yang disifatkan?

J.Mukasurat pertama Borang C adalah dianggap sebagai notis taksiran. Oleh itu, Cawangan Penaksiran dan Pusat Pemprosesan boleh mengesahkan salinannya setelah merujuk kepada salinan asal/skrin dalam sistem STS jika diminta oleh pembayar cukai/agen cukai.

 

7. Pendapatan Perniagaan Perkongsian

S.Dalam mengisi Borang C 2001, syarikat yang mempunyai pendapatan perkongsian dikehendaki menyatakan pendapatan berkanun dari perniagaan perkongsian. Akan tetapi, sekiranya tahun kewangan perkongsian adalah berakhir pada tarikh yang berlainan daripada syarikat, maka ia adalah tidak mungkin untuk menyatakan pendapatan perkongsian sebagaimana yang ditunjukkan dalam contoh berikut:

Syarikat A menutup akaun pada 31 Mac 2002 dan dikehendaki memfailkan retan cukai untuk T/T 2002 pada 30 Oktober 2002. Syarikat juga merupakan ahli kongsi dalam sebuah perkongsian yang menutup akaun pada 31 Disember 2002. Apabila syarikat memfailkan retan T/T 2002, pembahagian pendapatan berkanun daripada perkongsian adalah masih belum diketahui. Bolehkah syarikat membiarkan ruangan pendapatan perkongsian sebagai kosong? Jika tidak bolehkah syarikat menganggarkan pendapatan perkongsian untuk tempoh tersebut?

J.Ruangan untuk mengisi pendapatan perkongsian tidak boleh dibiarkan kosong. Syarikat hendaklah mengisi ruangan tersebut dengan menganggarkan pembahagian pendapatan perkongsian untuk tempoh asas tahun taksiran yang berkenaan. Apabila CP30 dikeluarkan oleh unit perkongisan, syarikat hendaklah mengemukakan surat rayuan bersama-sama dengan CP30 tersebut supaya taksiran pindaan boleh dikeluarkan.

 

 

8. Perbelanjaan Pembangunan Untuk Pemaju Perumahan

S.Bagi pemaju perumahan, di manakah perbelanjaan pembangunan hantar hadapan harus diisi dalam Borang C? L1 hingga ke L6 adalah hanya untuk syarikat perdagangan (trading company)? Untuk pemaju perumahan, akauntan membuat pertanyaan sama ada mereka boleh mengisi perbelanjaan pembangunan bawa hadapan sebagai stok awal dan perbelanjaan pembangunan hantar hadapan sebagai stok akhir dan perbelanjaan langsung (direct expenses) sebagai belian?

J1.Untuk pemaju perumahan, perbelanjaan pembangunan hendaklah diisi dalam ruangan L35. Iaitu aset semasa lain. L1 hingga L6 adalah terpakai untuk semua jenis perniagaan kecuali untuk syarikat pemegang pelaburan di mana pendapatannya adalah dicukai di bawah Seksyen 4(d).

Stok untuk syarikat pemaju perumahan adalah merujuk kepada unit rumah yang masih belum dijualkan dan bukan merujuk kepada perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan langsung adalah sebahagian daripada perbelanjaan pembangunan. Untuk perbelanjaan pembangunan yang diiktirafkan dalam tahun semasa, masukkan jumlahnya dalam rungan L4.

 

9. Status Syarikat

S.Syarikat adalah dikehendaki mengisi ruangan "status syarikat" sama ada ia adalah merupakan sebuah syarikat harta tanah (Real property company - RPC) atau tidak. Secara praktiknya adalah susah untuk menentukan sama ada sesebuah syarikat itu berbentuk harta tanah atau tidak, khususnya sekiranya ia memegang pelaburan dalam banyak subsidiari. Sila jelaskan definasi syarikat harta tanah yang dimaksudkan di dalam ruangan tersebut?

J.Syarikat hendaklah mengisi ruangan ini sekiranya ia merupakan sebuah syarikat RPC. Definasi RPC adalah diperuntukkan dalam Para 34A, Jadual 2, Akta RPGT 1976. Perkara-perkara berikut hendaklah ditentukan untuk mengesahkan syarikat sebagai RPC:

i) Syarikat terkawal.

- dikawal oleh pemegang saham yang tidak melebihi 5 orang.

- tidak melebih 50 orang pemegang saham.

- dikawal dalam cara yang diterangkan di bawah Seksyen 139, ACP 1967.

ii) Memiliki harta tanah atau saham dalam sebuah RPC, nilai tertentu (Defined value - DV) adalah sekurang-kurangnya 75% daripada jumlah aset nyata (Total Tangible Assets - TTA)

TTA - Harta tanah + saham dalam syarikat RPC yang lain + nilai aset nyata yang lain;

DV - Nilai pasaran harta atau harga belian saham

Saham - tidak termasuk saham yang di"subsribed" dalam memindah milik harta sendiri kepada syarikat ( di bawah Para 34).

 

10. Surat Penyelesaian Cukai

S(i)Bagaimanakah prosedurnya untuk sebuah syarikat yang di bawah pembubaran untuk memperolehi surat penyelesaian cukai bagi T/T 2001 ?

J(i):Pembayar cukai boleh membuat permohonan bertulis kepada Cawangan yang berkenaan dan surat penyelesaian tersebut boleh dikeluarkan di sana sekiranya Borang tersebut telah di "deem"kan didalam sistem dan pegawai berpuashati dengan maklumat yang telah diberikan.

 

S(ii):Soalan sama seperti di atas tetapi bagi Tahun Taksiran 2002?

J(ii):Syarikat diminta mengemukakan surat permohonan surat penyelesaian kepada Pusat Pemprosesan setelah Borang C T/T 2002 difailkan. Prosedur yang dipraktikkan sekarang ialah, setelah membuat semakan yang diperlukan di Pusat Pemprosasan, Cawangan Syarikat/Penaksiran akan diminta mengeluarkan surat penyelesaian cukai kepada syarikat tersebut bagi tahun taksiran 2002.

 

11 Cukai terlebih bayar di bawah S107C

S.Bagaimana syarikat hendak mendapat balik cukai terlebih bayar olehnya di bawah STS?

J.Untuk mendapat balik cukai terlebih bayar, syarikat terlebih dahulu hendaklah mengemukakan Borang C untuk Tahun Taksiran yang berkenaan. Ini adalah untuk mengesahkan cukai yang sebenarnya dapat ditentukan dan disifatkan (deemed) dalam sistem sebelum pembayaran balik boleh diproses.Sebelum persetujuan kredit dapat diberikan oleh Cawangan Pungutan, proses mendebitkan cukai yang kenakan ke dalam akaun selesai dibuat terlebih dahulu.

 

12 Yayasan

S.Memandangkan tidak terdapatnya pengarah untuk sesebuah Yayasan, bolehkan ruangan O10 hingga O15 (butir-butir pengarah) dalam Borang C dibiarkan kosong?

J.Tidak boleh. Maklumat berkenaan orang yang menguruskan Yayasan adalah diperlukan, sila isikan butir-butir pemegang amanah (trustees) dalam ruangan O10-O15 dalam Borang C.

 

13. Syarikat di bawah Pembubaran

S.Untuk syarikat di bawah pembubaran, adakah ruangan O10 hingga O15 boleh diisikan dengan butir-butir pembubar (liquidator)?

J.Tidak. Ruangan O10 hingga O15 masih perlu diisikan dengan butir-butir pengarah.

 

14. Akaun Cawangan (Branch account)

S.Di dalam ruangan manakah dalam Borang C "Akaun ibu pejabat" (Head office account)hendak diisi ?

J Ruangan L47, iaitu Akaun pengasingan untung/rugi kerana "Akaun ibu pejabat" bersifat modal dari ibu pejabat.

 

15. Syarikat Yang Menjalankan Melebihi Satu Jenis Perniagaan

S.Syarikat menjalankan 8 jenis perniagaan, ia telah memasukkan kesemua 8 jenis perniagaan tersebut di bawah perniagaan utama. Manakala dalam Borang C, L2 adalah hanya untuk perniagaan utama sahaja dan perniagaan yang lain adalah di bawah L8. Apakah yang seharusnya syarikat lakukan sedangkan ia telah mengemukakan Borang C yang berkenaan?

J.Sekiranya amalan sebelum ini telah melapurkan kesemua 8 jenis perniagaan tersebut sebagai satu punca dan telah dibenarkan oleh Cawangan Syarikat yang berkenaan ,maka apa yang telah dilapurkan oleh syarikat di dalam Borang C tersebut adalah betul. Sekiranya sebagai punca-punca pendapatan perniagaan yang berbeza, maka syarikat hendaklah mengemukakan surat rayuan kepada Pusat Pemprosesan untuk membetulkan kesilapan tersebut.

 

16 Kod Perniagaan

Si) Bagaimana sekiranya syarikat tidak dapat mencari kod perniagaan yang tepat bagi jenis perniagaannya?

Ji) Gunakan kod perniagaan yang paling berhampiran dengan jenis perniagaan yang dijalankan, jika tidak gunakan kod "t.t.m" di bawah kotegori perniagaan tersebut.

 

Sii) Syarikat menjalankan kedua-dua aktiviti menanam getah dan menanam kelapa sawit, dalam lampiran G (kod perniagaan), hanya terdapat kod yang berasingan bagi ladang getah dan ladang kelapa sawit tetapi tidak ada kod yang boleh dipakai untuk kedua-dua aktiviti sekali, apakah kod perniagaan yang seharusnya digunakan oleh syarikat?

Jii) Lampiran G memang tidak memperuntukkan kod perniagaan untuk syarikat yang menjalankan dua jenis aktiviti perniagaan yang dianggap sebagai satu punca pendapatan. Oleh itu, syarikat hendak menentukan manakah aktiviti perniagaan iaitu ladang getah atau ladang kelapa sawit yang telah menyumbangkan bahagian pendapatan yang lebih besar kepada syarikat. Sekiranya sebahagian besar daripada hasil syarikat adalah diperolehi daripada ladang kelapa sawit, maka kod perniagaan ialah 01117

 

Siii) Apakah kod perniagaan bagi syarikat pemegang pelaburan?

Jiii)Kod perniagaan bagi syarikat pemegang pelaburan ialah 65991. Sekiranya pendapatan sewa syarikat pemegang pelaburan adalah ditaksir di bawa Seksyen 4(a), maka kodnya ialah 70102.

 

Siv) Syarikat telah mengisi kod perniagaan yang salah dalam Borang C T/T 2001, bolehkah syarikat membetulkan kod tersebut dalam Borang C T/T 2002?

Jiv) Syarikat dikehendaki mengemukakan surat rayuan kepada Pusat Pemprosesan untuk membetulkan kesilapan tersebut.

 

17. Rayuan Taksiran Disifatkan

S.Syarikat ingin membuat rayuan ke atas taksiran T/T 2001 yang telah dikemukakan,

bagaimanakah prosedurnya?

J.Syarikat dikehendaki mengemukakan surat rayuan dengan menerangkan dengan jelas pindaan yang hendak dibuat dan kemukakan surat tersebut ke Cawangan yang mengendalikan kes syarikat tersebut bersama-sama dengan berikut:

a) kepil bersama pengiraan cukai sekiranya pindaan tersebut melibatkan taksiran kurangan

atau tambahan.

b) Fotostat dan kemukakan mukasurat Borang C yang terlibat, "highlight" angka di mana pindaan kena dibuat dan letakkan angka pindaan di tepi angka yang lama.

 

18.Tuntutan Abatement of Adjusted Income (S36, PIA 1986)

S.Syarikat menuntut Abatement (S36 PIA 1986) for exports and indegenous material incorporated in export yang bawa bawah dari tahun taksiran yang lepas dalam Tahun Taksiran 2001 dan pada masa yang sama syarikat menuntut RA (Jadual 7A, ACP 1967). Persoalannya di ruangan manakah dalam Bahagian G (Tuntutan insentif) bagi abatement boleh dimasukkan?

J. Bagi tuntutan abatement, syarikat boleh membuat dalam HK-PC5 selepas pendapatan berkanun supaya mendapatkan pendapatan berkanun selepas pelepasan abatement, kemudian barulah tolak pelepasan RA tertakluk kepada 70%. Walaupun tiada ruangan khas yang diperuntukkan untuk tuntutan abatement, tuntutan abatement tersebut boleh dimasukkan dalam ruangan G6.Lampirkan bersama penjelasan G6 adalah tuntutan semasa bagi pelepasan abatement.

 

19. Pertukaran Tempoh Perakaunan

Akaun Baru melebihi 12 bulan

Si) Syarikat yang biasanya tutup akaun pada 31/12 telah menukar tarikh perakaunannya

kepada 30/4 dan menyediakan akaun seperti berikut :

1.1.2002--30.4.2003 (16 bulan) dan seterusnya 30/4 setiap tahun .Bilakah tarikh penghantaran Borang-Borang C bagi T/T 2002 & 2003? Bagaimanakah mengisi borang sekiranya maklumat pendapatan statutori melibatkan 2 tempoh perakaunan akaun.

J)Tempoh asas adalah seperti berikut:

T/T 2002: 1/1/2002------31/12/2002

T/T 2003: 1/1/2003------31/12/2003

T/T 2004: 1/5/2003------30/04/2004

T/T 2002 akan melibatkan akaun untuk tempoh 1.1.2002-30.4.2003.

T/T 2003 akan melibatkan akaun untuk tempoh berakhir 30.4.2003 dan 30.4.2004

T/T 2004 akan melibatkan tempoh berakhir 30.4.2004.

Tempoh bertindih adalah dari 1.5.2003-31.12.2003 dan perlu dilaporkan dalam T/T

2003 sahaja.

Penghantaran Borang C adalah seperti berikut:

Borang C Tahun Taksiran 2002 perlu dihantar sebelum 30.10.2003(+ 1 bln)* , manakala Borang C T/T2003 dan T/T 2004 perlu dihantar sebelum 30.10.2004(+1 bln)*. Sementara itu bagi tujuan mengisi Borang C bagi T/T2002 bahagian maklumat Kewangan Syarikat(L), syarikat perlu mengambil maklumat dari akaun berakhir 30.4.2003 .

Bagi Borang C T/T 2003 dan T/T2004 pula maklumat akaun adalah sama iaitu dari akaun berakhir 30.4.2004 . Syarikat perlu pastikan semasa mengira pendapatan larasan tersebut mestilah mengambil kira tempoh asas yang telah ditetapkan seperti di atas.

* Tempoh tambahan sebulan telah diberikan kelulusan daripada Perbendaharaan.

 

Tempoh Perakaunan Bagi Syarikat Di bawah Pembubaran

Sii)Syarikat tutup akaun biasanya pada 31/7 setiap tahun. Syarikat mula dibubarkan pada 9/2/2001. Oleh itu akaun terakhir syarikat ialah pada 8/2/2001.Bagaimana nak tentukan tempoh asas syarikat dan bilakah tarikh penghantaran Borang C?

Jii).Tempoh asas adalah seperti berikut:

T/T 2001: 1/8/2000--------8/2/2001(<6 bulan)

T/T 2002: 9/2/2001--------8/8/2001(6 bulan)

T/T 2002: 9/8/2001--------8/2/2002(6 bulan)

 

Tarikh akhir penghantaran Borang C bagi T/T 2001 adalah pada 8/10/2001

(8/2/2001+8bulan) dan T/T 2002 pada 8/8/2002 ( 8/2/2002+6 bulan)*

*Terdapat Pindaan dengan Lanjutan Masa yang dibenarkan sehingga 7 bulan .

 

Siii)Seperti soalan di atas tetapi senario berbeza. Syarikat tutup akaun biasa pada 31.12 setiap tahun . Syarikat mula dibubarkan pada 23/9/2001 . Oleh itu akaun terakhir syarikat ialah pada 22/9/2001.

Jiii) Tempoh asas adalah seperti berikut:

T/T 2001 : 1.1.2001----31.12.2001 (para 3.6.1 K/Umum No 7/2001)

T/T 2002 : 23.9.2001---22.9.2002 ( 2 set Borang 75)

Terdapat tempoh bertindih antara T/T 2001 dan T/T 2002.

Tarikh penghantaran Borang C 2001 (22.3.2002(set pertama Borang 75)+ 8bln)

Tarikh Penghantaran Borang C 2002( 22.9.2002 + 7 bulan)

 

Akaun Baru Melebihi 12 Bulan Mengikut Syarikat Pegangan

Siv) Ketetapan Umum tidak menerangkan situasi di mana syarikat menukar tempoh perakaunan ke suatu tempoh yang melebihi 12 bulan supaya mengikut tarikh penutupan akaun syarikat pemegang seperti contoh berikut:

Tempoh perakaunan syarikat A ditutup pada 31/12. Selepas pengabungan, ia menyediakan akaun untuk 18 bulan (01/01/2000 - 30/06/2001) supaya bersama dengan tarikh penutupan akaun syarikat pegangannya. Bagaimanakah tempoh asas hendak ditentukan dalam kes ini?

Jiv) Memandangkan Ketetapan Umum 7/2001 tidak menerangkan situasi di mana syarikat menukar tempoh perakaunan ke suatu tempoh yang melebihi 12 bulan supaya mengikut tarikh penutupan akaun syarikat pemegang, maka penentuan tempoh asas untuk kes seumpama ini adalah seperti biasa, bagi kes di atas penentuan adalah seperti berikut:

Tahun Taksiran Tempoh Asas

2000 (STTS) 01/01/2000 - 31/12/2000

2001 01/01/2001 - 31/12/2001

2002 01/07/2001 - 30/06/2002

 

Perniagaan Baru - Akaun Baru Kurang Daripada 12 Bulan

Sv) Syarikat baru memulakan perniagaan pada 01/04/2001 dan menutup akaun pada 30/09/2001 dan seterusnya pada 30/09/2002. Apakah tempoh asas syarikat dan tarikh akhir penghantaran Borang C & R ?

Jv) Tahun Taksiran Tempoh Asas Tarikh Akhir Pengemukaan Borang

2001 01/04/2001 - 30/12/2001 30/04/2003

2002 01/10/2001 - 30/09/2002 30/04//2003

 

 

20. Akaun Syarikat Pemegang Pelaburan

S.Syarikat adalah Syarikat Pemegang Pelaburan. Setiap tahun syarikat menutup akaun pada 31/3. Walau bagaimanapun, pada tahun-tahun kebelakangan taksiran yang dibangkitkan adalah bagi tempoh asas 1 Januari hingga 31 Disember. Bagaimana laporan pendapatan bagi Tahun Taksiran 2001 perlu dibuat ?

Bagi akaun yang berakhir 31.3.2001 (1.4.2000-31.3.2001) ,pendapatan bagi tempoh 1.1.2000-31.3.2000 telah pun dilaporkan di dalam Tahun Taksiran 2000(CYB) dan telah pun dibangkitkan?

J: Di dalam Borang C T/T 2001 , pendapatan yang perlu dilaporkan di dalam ruang C1 adalah pendapatan bagi tempoh 1.1.2001-31.3.2001 ( 3 bulan ) , sementara pendapatan bagi tempoh 1.4.2000-31.12.2000 akan dibangkitkan di dalam Tahun Taksiran 2000(CYB) dan ini akan mengakibatkan Taksiran Tambahan bagi T/T 2000 (CYB).Pada masa yang sama dalam Borang C Tahun Taksiran 2001 , ruang J1 perlulah dipenuhi bagi menunjukkan ada pendapatan bercukai bagi tahun kebelakangan.

 

21. Pematuhan Ketetapan Umum Ketua Pengarah

S.Bagaimana untuk mengisi ruangan di Lampiran H (Ketetapan Umum Ketua Pengarah) sekiranya terdapat ketetapan yang tiada berkaitan. Samada perlu tanda "Ya" atau "Tidak". Sebab arahan mengatakan Ketetapan Umum diruangan X ( muka surat 1 ) hanya boleh di tanda "Ya" sekiranya kesemua ketetapan di bahagian Pematuhan bertanda "Ya".

J: Bagi kes yang tidak berkaitan tandakan "Ya".

 

22. CP208

S.Sepatutnya ruang B2 adalah merujuk kepada penyata bayaran CP208 yang akan dikeluarkan oleh LHDN. Bagaimana jumlah ini perlu diambil bagi kes yang tiada CP 208 dikemukakan?

J: Ruang B2 boleh diambil daripada jumlah ansuran yang sebenarnya dibayar oleh syarikat bagi T/T 2001.

 

23.Pengakuan Borang C

S.Bahagian Pengakuan di Borang C, boleh atau tidak ianya ditandatangani oleh pengarah yang telah meletak jawatan di dalam syarikat berkenaan?

J: Tidak boleh, bahagian ini perlulah ditandatangani oleh pengarah yang masih berada di dalam syarikat iaitu pengarah syarikat yang terkini .

 

24 Bahagian Pengakuan

S.Bagaimana sekiranya salah satu ruangan di Bahagian Pengakuan tidak dipenuhi?

J: Ia akan dianggap sebagai tidak lengkap, dan Borang C akan dikembalikan.

 

25 "Prospecting expenditure carried forward"

S.Bagaimana perbelanjaan "Prospecting expenditure carried forward" perlu dilapurkan di dalam Bahagian L?

J:Kalau perbelanjaan di atas bermaksud perbelanjaan Para 13,Jad. 4 ACP 1967, maka ruang yang berkenaan adalah C23 dan juga G7. Ini bukanlah perbelanjaan biasa perniagaan dan ia bukan direkodkan dalam bahagian L

 

26.Akaun Pengecualian TBTS (Seksyen 12, Akta 1055)

S.Di bahagian I manakah jumlah pengecualian daripada Akaun Pengecualian TBTS (Seksyen 12, Akta 1055) perlu dimasukkan ?.

J: Jumlah tersebut perlu dimasukkan ke dalam ruang I1.

 

27. Akaun Pengecualian

S.Syarikat telah kemukakan Borang C T/T 2000 (P/Y) ke LHDN, tetapi sehingga sekarang taksiran belum dibangkitkan lagi . Bolehkah syarikat mengambil jumlah seperti pengiraan yang telah dikemukakan sebagai jumlah akaun yang dikecualikan dan ditunjukkan di dalam ruang I1 di dalam Borang C 2001?

J: Syarikat dinasihatkan supaya mendapatkan pengesahan daripada cawangan yang berkenaan sebelum jumlah ini dianggap sebagai kredit akaun pengecualian yang di bawa hadapan.

 

28.Bahagian L - Tempoh Bertindih

S.Bagaimana maklumat Kewangan di Bahagian L perlu diisi apabila tempoh asas bagi T/T 2001 melibatkan 2 tahun kewangan.

J: Bahagian L ( Maklumat Kewangan) hanya perlu diisi bagi tahun kewangan yang telah ditunjukkan di ruang VII & VIII di muka surat 1 Borang C . Contohnya: Bagi T/T 2003 apabila melibatkan 2 tahun kewangan iaitu tahun berakhir 30/4/2002 dan 30/4/2003, maka akaun yang terlibat di ruang ini ialah bagi tahun berakhir 30/4/2003 sahaja.

 

29 Syarikat Pemegang Pelaburan (S 60 F)

S.Bagi Syarikat Pemegang Pelaburan (S60F), betul atau tidak memasukkan perbelanjaan seperti gaji di ruang L14 sebanyak 1/4 dan bakinya sebanyak 3/4 dimasukkan di ruang L24 ataupun kesemua gaji dimasukkan diruang L14?

J: L14 adalah jumlah kesemua perbelanjaan yang dituntut dalam Untung &Rugi akaun beraudit, manakala L24 adalah jumlah perbelanjaan yang merujuk kepada perenggan 1.2.3 Bahagian II, Nota Penerangan. Oleh itu bagi kes Syarikat Pemegang Pelaburan tidak perlu asingkan perbelanjaan tersebut . Sila masukkan kesemua perbelanjaan tersebut di ruang L14.

 

30.Kod Perniagaan Syarikat Pemegang Pelaburan

S.Perlu atau tidak bagi Syarikat Pemegang Pelaburan memasukkan kod perniagaan di ruang L1?

J: Ya, kod perniagaan ialah 65991.

 

31.Bahagian L - Maklumat Aset Dan Liabiliti

S.Bagi ruang yang melibatkan aset dan liabiliti, perlu atau tidak maklumat tersebut diseimbangkan seperti dalam akaun beraudit sebab ruang aset seperti arahan Nota Penerangan perlu mengambilkira kos sebenar aset.

J: Tidak perlu "balance" . Sekiranya "balance" bererti jumlah kos aset telah ditolak dengan susutnilai dan ini tidak betul.

 

32.Goodwill

S.Di ruangan manakah perlu dimasukkan aset "Goodwill" dan Perbelanjaan Pembangunan?

J: Masukkan aset "Goodwill" di ruang L28 dan Perbelanjaan Pembangunan di L35.

 

33"Pre Operating Expenses"

S.Bagaimana perlu diisikan di bahagian L, sekiranya syarikat mempunyai "Pre-operating expenses" ?

J:Di ruang L21

 

S34 Syarikat Sdn Bhd

S.Sekiranya syarikat adalah Syarikat Sendirian Berhad di manakah perlu ditandakan di dalam O1?

J: Tandakan di dalam ruangan "lain-lain" di bawah O1 bagi Borang C Tahun Taksiran 2002, manakala Borang C T/T 2001 tiada ruangan tersebut disediakan. Oleh itu secara otomatiknya sekiranya syarikat tidak menandakan mana-mana ruang ,ianya akan dibaca sebagai status Sdn Bhd.

 

35 .Alamat Pengeluaran Borang C

S.Alamat yang mana satu yang akan digunakan untuk pengeluaran Borang C ?

J:Alamat surat menyurat. Walau bagaimanapun, selalunya alamat surat menyurat adalah alamat agen cukai.

 

 

36 Syarikat Yang Tidak Beroperasi

S.Bagi syarikat yang tidak beroperasi,bagaimana perlu diisi pada alamat premis perniagaan di O5?

J: Isikan seperti tidak berkaitan iaitu "-"

 

37 Fail Cukai Pendapatan Pengarah

S.Pengarah Syarikat yang tidak mempunyai fail cukai SG/OG kerana tidak sampai tahap kena cukai, bagaimana O12 perlu diisi?

J: Isikan "-" sahaja.

 

38 .Nombor Rujukan Fail Cukai Pendapatan Untuk Perempuan Yang Berkahwin

S.Jika pengarah syarikat adalah seorang isteri , bagaimana untuk memasukkan (1) di belakang nombor rujukan fail suami?

J: Oleh kerana ruang yang disediakan tidak mencukupi, sila nasihatkan pembayar cukai supaya menulis nombor rujukan fail suami sahaja.

 

39 Kegagalan Mengisi Nombor Rujukan Cukai Untuk Pengarah

S.Pengarah tidak mahu melapor nombor rujukan fail cukai pendapatan di ruang O12 . Adakah dianggap Borang C tidak lengkap.

J. Borang C dianggap sebagai tidak lengkap jika ianya tidak diisi dengan lengkap/sepenuhnya. Sila nasihatkan Pengarah syarikat tersebut supaya mengisi dengan lengkap. Jika tidak, Borang C akan dikembalikan kepada mereka.

 

40. Maklumat Pemegang Saham Utama

S.Syarikat mempunyai 10 pemegang saham dan 4 sahaja yang utama . Adakah perlu untuk mengisi ruang P5 walaupun pemegang saham ke 5 bukan pemegang saham utama?

J:Maklumat yang diperlukan adalah pemegang saham yang utama. Sila nasihatkan pembayar cukai supaya mengisi nama-nama 4 pemegang saham yang utama sahaja.

 

41 Bahagian R

S.Bolehkah ruang R ditandatangani oleh syarikat percukaian . Contohnya : Tax Services S/B, dan bukan ditandatangani oleh pekerja syarikat berkenaan.

J: Boleh

 

42 Resit Bayaran Ansuran S107C

S.Adakah perlu melampirkan resit bayaran cukai untuk mendapatkan cukai terlebih dibayar? Kalau perlu, apa yang perlu dibuat sekiranya LHDN tak keluarkan resit pada penyerahan Borang C?

J: Tidak perlu, sebab rekod boleh didapati daripada lejer dan tarikh pembayaran yang akan diambilkira adalah tarikh penyerahan bayaran tersebut dan bukan pada tarikh resit dikeluarkan.

 

43 .Pengemukaan Borang C Untuk Syarikat Dormant

S.Bagi syarikat dorman ,perlu atau tidak kemukakan Borang C ? Kalau perlu , bagaimana perlu diisikan , samada "0" atau "-" atau pun tulis sahaja perkataan dorman di dalam borang yang berkenaan . Sekiranya borang C perlu dihantar , perlu atau tidak mengemukakan nombor rujukan E dan sekiranya tiada nombor E , adakah perlu daftarkan fail majikan . Bagaimana dengan helaian kerja HK-PC1 dan kod perniagaan , perlukah ianya diisikan?

J: Syarikat Dorman Sejak Dari Mula Ditubuhkan .

1. Jika syarikat tidak menerima Borang C syarikat tidak perlu mengemukakan borang tersebut ke Pusat Pemprosesan.

2. Sekiranya syarikat telah menerima Borang C syarikat dikehendaki mengemukakan borang tersebut ke Pusat Pemprosesan untuk dimasukkan sebagai rekod di tahun-tahun akan datang.

3. Jika syarikat hanya dorman bagi beberapa tahun kebelakangan tetapi pernah beroperasi di tahun-tahun terdahulu syarikat dinasihatkan supaya mengemukakan Borang C .Bagi syarikat sebegini arahan berkenaan pengisian samada " 0" atau " --" masih terpakai. Syarikat tidak dibenarkan menulis perkataan dorman di dalam ruang yang disediakan tetapi dikehendaki mengisikan setiap ruang samada " 0 " atau " -- ".

4. Jika kes dorman dan belum ada fail C , fail majikan tidak perlu didaftarkan.

-2405. Helaian kerja HK-PC1 perlu diisi sekiranya ada melibatkan pengiraan , contohnya syarikat yang dorman (berhenti sementara) tetapi mahukan rugi b/h dan juga elaun modal b/h diambilkira. Syarikat belum dianggap berhenti oleh pihak LHDN. Kod perniagaan perlulah diisi bagi kes yang pernah menjalankan perniagaan.

 

44.Borang EPS

S.Perlukah Borang EPS bagi tuntutan Elaun Pelaburan Semula dihantar ke Cawangan Syarikat dan juga ke Bahagian Teknikal? Kalau perlu adakah perlu kelulusan EPS didapati dahulu baru kemukakan Borang C ke Bahagian Pemprosesan?

J: Borang EPS hanya perlu dihantar ke Bahagian Teknikal sahaja. Sementara itu tuntutan EPS boleh dibuat di dalam Borang C walaupun belum ada jawapan kelulusan daripada Bahagian Teknikal.

 

45.Tuntutan Cukai Terlebih Bayar

S.Syarikat mempunyai cukai yang terlebih bayar selepas pengemukaan Borang C T/T 2001, bolehkah syarikat membuat permohonan untuk menggunakan kredit cukai tersebut di "offset" dengan bayaran ansuran cukai T/T 2002. Jika tidak, apakah prosedurnya untuk meminta bayaran balik kredit cukai tersebut?

J.Syarikat tidak boleh menggunakan kredit cukai untuk di "offset" dengan bayaran ansuran cukai T/T 2002. Segala lebihan bayaran cukai akan dipulangkan kepada syarikat selepas taksiran syarikat disifatkan (deemed) dalam sistem.

 

46.Cukai Pegangan S107A

S.Sebuah syarikat tidak bermastatutin telah dikenakan cukai pegangan di bawah Seksyen 107A atas bayaran kontrak yang diterima. Di dalam ruangan manakah syarikat tersebut hendak memasuki jumlah cukai pegangan tersebut?

J. Memandangkan cukai pegangan S107A tidak merupakan cukai yang akhir (final tax) dan ia bersifat bayaran pendahuluan cukai, maka jumlah ini boleh dimasukkan dalam ruangan B2.

 

Sebarang masalah, sila emailkan kepada :-

 1.Salamatunnajan Besah
   
salama@hasilnet.org.my
 2.Sivajothy Mylvaganam
   
sivajothy@hasilnet.org.my
 3.Sabariah Abd Rahman
   
sabariah@hasilnet.org.my