Logo_LHDN
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Bersama Membangun Negara
Jata_Negara
Utama » Individu
print text arrowdown Menu

Tanggungjawab Pembayar Cukai

Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada LHDNM. Pembayar cukai bertanggungjawab untuk:

  1. Mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)

    Pembayar cukai individu hendaklah menghantar atau mengembalikan BNCP yang telah lengkap diisi pada atau sebelum 30 April bagi tiap-tiap tahun ke alamat berikut;

    Jabatan Pemprosesan Maklumat
    Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
    Aras Tanah, Menara Hasil
    No. 3, Jalan 9/10
    Seksyen 9
    43650 Bandar Baru Bangi
    Selangor

  2. Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat.

  3. Mengira cukai pendapatan.

  4. Menyimpan rekod bagi tujuan pengauditan.

  5. Membayar cukai kena dibayar.

Menyimpan Rekod

Pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen / resit asal berikut bersama BNCP, sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun:

  1. Borang EA/EC,

  2. Baucar dividen,

  3. Resit premium insurans,

  4. Resit pembelian buku,

  5. Resit perubatan,

  6. Resit derma,

  7. Resit pembayaran zakat,

  8. Sijil kelahiran anak,

  9. Sijil nikah,

  10. Dokumen-dokumen sokongan lain.

  11. Helaian kerja (jika ada)

  12. Pengiraan tempoh tujuh tahun adalah bermula dari akhir tahun dalam mana BNCP tersebut telah dikemukakan.



Sistem Taksir Sendiri

Sistem Taksir Sendiri adalah satu konsep Bayar, Taksir Sendiri dan Fail.

Bayar : Potongan gaji bulanan bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan penggajian atau melalui bayaran secara ansuran bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan perniagaan.

Taksir Sendiri: Membuat sendiri pengiraan cukai pendapatan.

Fail : Mengemukakan BNCP ke LHDNM dan bayaran baki cukai pendapatan jika terkurang bayar atau menuntut bayaran balik jika terlebih bayar.



Kemaskini(Updated) : 12 Jun,2014Dilawati / Hit(s) : 5,424,686
 Pengumuman 
29 Ogo, 2014
Penutupan Kaunter LHDNM Cawangan UTC Sempena Hari Kebangsaan 2014
Untuk makluman, semua Kaunter LHDNM di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Kedah, Johor, Sabah dan Perak akan ditutup pada 31 Ogos 2014 (Ahad) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57. Kaunter LHDNM Cawangan UTC akan beroperasi semula seperti biasa pada 1 September 2014 (Isnin).
Pengunjung Online: 36    Australia Flag 1    Italy Flag 1    Sri Lanka Flag 1    MALAYSIA Flag 19    Russian Federation Flag 1    Ukraine Flag 1    United States Flag 12   
Pengunjung: 72,816,923 Hari Ini : 17,608 Pengunjung Bulan Ini (09/2014) : 0Pengunjung Bulan Lepas (08/2014) : 1,167,633
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Keselamatan Online | Webmaster
PENAFIAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Terjemahan ke bahasa ketiga merupakan terjemahan terus dari laman web LHDNM versi Bahasa Melayu. Ia bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna bahasa lain menggunakan laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800.
Hak Cipta Terpelihara 2009 © LHDNM