Logo_LHDN
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Bersama Membangun Negara
Jata_Negara
Utama » Bayaran Balik Cukai
print text arrowdown Menu

Keadaan Wujud Bayaran Balik

Bayaran balik cukai wujud apabila:

  1. Pembayar cukai telah membuat bayaran lebih daripada cukai yang sepatutnya,

  2. Pembayar cukai mempunyai lebihan cukai akibat taksiran cukai yang telah dikurangkan, atau

  3. Cukai yang dipotong daripada dividen melebihi tanggungan cukai pendapatannya dalam tahun berkenaan.

Cara Menuntut Bayaran Balik

Bayaran balik lebihan kredit akan dibuat secara otomatik kepada pembayar cukai. Walau bagaimanapun sekiranya anda masih mahu mengemukakan permohonan, anda bolehlah berbuat demikian dengan menulis surat dan dialamatkan kepada Unit Pungutan di cawangan yang mengendalikan fail anda atau isikan Borang Maklum Balas Pelanggan http://www.hasil.gov.my/smp/ atau melalui panggilan telefon ke talian tanpa tol 1-800-88-LHDN (5436).

Menggunakan Baki Kredit Untuk Membayar Baki Cukai Tahun Semasa

Sekiranya akaun anda menunjukkan terdapat lebihan kredit bagi tahun sebelum tahun taksiran anda boleh membuat permohonan untuk menggunakan kredit tersebut bagi membayar cukai tahun semasa. Permohonan untuk set off boleh dibuat dengan mengemukakan surat kepada unit pungutan di cawangan di mana fail fizikal anda berada sebelum 30 April.

Hubungi Cawangan LHDNM

Pusat Khidmat Pelanggan



Kemaskini(Updated) : 15 Apr,2013Dilawati / Hit(s) : 100,938
 Pengumuman 
17 Okt, 2014
Penutupan Kaunter LHDNM Cawangan UTC Sempena Hari Deepavali 2014

Untuk makluman, semua Kaunter LHDNM di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Kedah, Johor, Sabah dan Perak akan ditutup pada 22 Oktober 2014 (Rabu) sempena sambutan Hari Deepavali 2014. Kaunter LHDNM Cawangan UTC akan beroperasi semula seperti biasa pada 23 Oktober 2014 (Khamis) dari jam 8.30 pagi - 10.00 malam.


Penutupan Kaunter LHDNM Cawangan UTC Sempena Awal Muharram 2014

Untuk makluman, semua Kaunter LHDNM di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Kedah, Johor, Sabah dan Perak akan ditutup pada 25 Oktober 2014 (Sabtu) sempena sambutan Awal Muharram 2014. Kaunter LHDNM Cawangan UTC akan beroperasi semula seperti biasa pada 26 Oktober 2014 (Ahad) dari jam 8.30 pagi - 10.00 malam.

Pengunjung Online: 47    China Flag 1    United Kingdom Flag 1    Malaysia Flag 34    Singapore Flag 1    United States Flag 10   
Pengunjung: 74,897,211 Hari Ini : 856,308 Pengunjung Bulan Ini (10/2014) : 98,772Pengunjung Bulan Lepas (09/2014) : 1,142,816
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Keselamatan Online | Webmaster
PENAFIAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Terjemahan ke bahasa ketiga merupakan terjemahan terus dari laman web LHDNM versi Bahasa Melayu. Ia bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna bahasa lain menggunakan laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800.
Hak Cipta Terpelihara 2009 © LHDNM2