Logo_LHDN
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Bersama Membangun Negara
Jata_Negara
Utama » Penggajian
print text arrowdown Menu

Umum

Penerangan

Pendapatan seseorang pekerja daripada penggajian termasuk upah, gaji, saraan, gaji cuti, bayaran komisen, bonus, ganjaran, penambahan atau elaun (sama ada dalam bentuk wang atau sebaliknya) yang berkaitan dengan mempunyai atau menjalankan penggajian.

Pendapatan penggajian juga meliputi semua bentuk saraan termasuk elaun, misalnya elaun perumahan, elaun perjalanan, elaun keraian, adalah dikira sebagai pendapatan kasar jika dapat ditunjukkan bahawa elaun-elaun tersebut terbit daripada mempunyai atau menjalankan penggajian.

Pendaftaran Fail Cukai Pendapatan

1. Cara Membuat Pendaftaran Fail

Pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan seperti berikut :

  1. Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dikemukakan ke cawangan yang berhampiran dengan alamat surat-menyurat anda atau ke mana-mana cawangan LHDNM yang dapat memudahkan anda berurusan di masa hadapan tanpa merujuk kepada alamat surat-menyurat anda, atau

  2. Permohonan secara dalam talian (online) melalui sistem e-Daftar. Untuk keterangan lanjut mengenai e-Daftar, sila klik di sini untuk menggunakan e-Daftar.

2. Dokumen Pendaftaran

Sila kemukakan dokumen-dokumen berikut bersama borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai :-

  1. Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini,

  2. Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa,

  3. Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).

Borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh didapati di mana-mana kaunter LHDNM yang berdekatan; atau Mendaftar secara on-line melalui e-Daftar.

Mempunyai Pendapatan Dari Punca Perniagaan

Bagi individu yang sebelum ini tidak menjalankan perniagaan tetapi dalam tahun yang ditaksir telah mula menjalankan perniagaan, individu terbabit:

  1. Tidak perlu mendaftar fail cukai yang baru. Sila gunakan nombor rujukan yang sedia ada.

  2. Perlu membuat pengisian dan pengisytiharan pendapatan menggunakan

    1. Borang B. Jika anda telah menerima borang BE, sila membuat penukaran borang kepada Borang B di mana-mana cawangan LHDNM yang berhampiran atau di Pusat Pemprosesan Maklumat, atau

    2. e-Filing. Pilih e-B walaupun pendapatan tahun sebelumnya diisi menggunakan e-BE.

Bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB) & Cukai Sebenar

Pembayar cukai individu yang mempunyai pendapatan penggajian adalah tertakluk kepada potongan gaji bulanan di bawah skim Potongan Cukai Berjadual (PCB). Potongan akan dibuat oleh majikan sekiranya pekerja telah layak.

PCB dianggap sebagai bayaran ansuran cukai bagi individu itu dan akan dibandingkan dengan cukai sebenar semasa mengemukakan borang cukai.

Jika potongan melalui PCB adalah kurang daripada taksiran cukai sebenar, pembayar cukai dikehendaki membayar jumlah perbezaan tersebut sebelum atau pada tarikh akhir penghantaran borang cukai.

Jika bayaran ansuran di bawah PCB adalah melebihi taksiran cukai sebenar, individu boleh menuntut bayaran balik semasa mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan.

Bagi individu berpendapatan penggajian yang tidak layak potongan PCB tetapi mempunyai cukai yang dikenakan ke atas pendapatannya, baki cukai perlu dijelaskan sebelum atau pada tarikh akhir penghantaran borang cukai.

Topik Lanjutan

Manfaat Berupa Barangan

No. Nama Ketetapan Umum Dikeluarkan/Dikemaskini
Ketetapan Umum 2/2004 Manfaat Berupa Barangan 08.11.2004
Ketetapan Umum 2/2004 Tambahan Manfaat Berupa Barangan 20.05.2005
Ketetapan Umum 2/2004 Tambahan Kedua Manfaat Berupa Barangan 17.01.2006
Ketetapan Umum 2/2004 Tambahan Ketiga Manfaat Berupa Barangan 17.04.2009
Ketetapan Umum 2/2004 Tambahan Keempat Manfaat Berupa Barangan 19.04.2010

Nilai Tempat Kediaman

No. Nama Ketetapan Umum Dikeluarkan/Dikemaskini
Ketetapan Umum 3/2005 Manfaat Tempat Kediaman Yang Disediakan Oleh Majikan Kepada Pekerjanya 11.08.2005
Ketetapan Umum 3/2005 Tambahan Manfaat Tempat Kediaman Yang Disediakan Oleh Majikan Kepada Pekerjanya 05.02.2009



Kemaskini(Updated) : 16 Jun,2011Dilawati / Hit(s) : 113,612
Pengunjung Online: 39    Australia Flag 1    China Flag 1    Denmark Flag 1    France Flag 1    India Flag 1    Japan Flag 1    MALAYSIA Flag 18    United States Flag 14    South Africa Flag 1   
Pengunjung: 75,018,249 Hari Ini : 977,346 Pengunjung Bulan Ini (10/2014) : 98,772Pengunjung Bulan Lepas (09/2014) : 1,142,816
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Keselamatan Online | Webmaster
PENAFIAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Terjemahan ke bahasa ketiga merupakan terjemahan terus dari laman web LHDNM versi Bahasa Melayu. Ia bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna bahasa lain menggunakan laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800.
Hak Cipta Terpelihara 2009 © LHDNM1