Logo_LHDN
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Bersama Membangun Negara
Jata_Negara
Utama » Semak Kedudukan Cukai
print text arrowdown Menu

Berkenaan Rekod Bayaran

Semakan rekod bayaran boleh dibuat secara dalam talian menerusi aplikasi e-lejar.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan rekod bayaran secara terperinci boleh dibuat dengan menelefon Unit Pungutan di cawangan yang mengendalikan fail anda.

Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan

Memohon Rekod Kedudukan Cukai

Sekiranya anda memerlukan penyata kedudukan cukai, anda boleh mencetak maklumat tersebut menerusi aplikasi e-lejar atau anda boleh mendapatkan penyata tersebut dengan menelefon Unit Pungutan di cawangan yang mengendalikan fail anda atau menulis surat kepada unit yang sama di cawangan yang berkenaan.

Hubungi Cawangan LHDNM

Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan

Memohon Notis Taksiran (Borang J)

Mulai Tahun Taksiran 2004:

  1. Ketua Pengarah LHDNM dianggap telah membangkitkan taksiran berdasarkan pengiraan yang dikemukakan oleh pembayar cukai
  2. Borang Nyata Cukai pendapatan yang telah dilengkapkan dianggap sebagai Notis Taksiran
  3. Notis Taksiran dianggap dikeluarkan pada tarikh Borang Nyata Cukai Pendapatan tersebut dikemukakan.

Oleh itu, tiada Notis Taksiran (Borang J) dikeluarkan oleh LHDNM kepada pembayar cukai. Pembayar cukai dinasihatkan supaya membuat salinan Borang Nyata Cukai Pendapatan untuk tujuan rujukan sebelum mengemukakannya ke LHDNM.



Kemaskini(Updated) : 27 Ogo,2014Dilawati / Hit(s) : 214,483
 Pengumuman 
11 Sep, 2014
Penutupan Kaunter LHDNM Cawangan UTC Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Kedah, Johor, Sabah Dan Perak Sempena Hari Malaysia 2014

Dimaklumkan bahawa Kaunter LHDNM Cawangan UTC Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Kedah, Johor, Sabah dan Perak akan ditutup pada 16 September 2014 (Selasa) sempena Hari Malaysia 2014. Kaunter LHDNM Cawangan UTC akan beroperasi seperti biasa pada 17 September 2014 (Rabu) dari jam 8.30 pagi - 10.00 malam.


Perpindahan Pejabat LHDNM Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa Pejabat Pengarah Negeri Pahang, Pejabat LHDNM Cawangan Kuantan dan Pejabat LHDNM Cawangan Siasatan Kuantan, Pahang akan berpindah ke lokasi baharu bermula 12 September 2014 (Jumaat) dan akan mula beroperasi di lokasi baharu pada 15 September 2014 (Isnin).


Info lanjut

Pengunjung Online: 52    Argentina Flag 1    United Kingdom Flag 1    MALAYSIA Flag 40    Netherlands Flag 1    Singapore Flag 1    United States Flag 8   
Pengunjung: 73,418,288 Hari Ini : 24,601 Pengunjung Bulan Ini (09/2014) : 594,372Pengunjung Bulan Lepas (08/2014) : 1,167,633
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Keselamatan Online | Webmaster
PENAFIAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Terjemahan ke bahasa ketiga merupakan terjemahan terus dari laman web LHDNM versi Bahasa Melayu. Ia bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna bahasa lain menggunakan laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800.
Hak Cipta Terpelihara 2009 © LHDNM