Logo_LHDN
Portal Rasmi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Bersama Membangun Negara
Jata_Negara
Utama » Pembayaran Cukai Syarikat
print text arrowdown Menu

Pembayaran Cukai

Skim Ansuran CP204

Bagi syarikat yang telah sedia beroperasi, anggaran cukai hendaklah dibayar secara ansuran yang sama banyak mulai bulan ke 2 tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran.

Contoh:

Jumlah bulan dalam tempoh asas

=

12 bulan

Anggaran cukai

=

RM12,000

Ansuran bulanan

=

RM12,000

=

RM12,000/12

=

RM1000

Bagi syarikat yang baru beroperasi, bayaran ansuran bermula pada bulan ke 6 dalam tempoh asas sesuatu tahun taksiran misalnya dibayar pada bulan ke 6 selepas syarikat memulakan perniagaan.

Syarikat hendaklah membayar ansuran cukai yang telah dianggarkan selewat-lewatnya pada hari ke 10 setiap bulan.

Bayaran Baki Cukai

Apabila cukai sebenar bagi sesuatu tahun taksiran telah ditentukan, baki cukai iaitu cukai sebenar setelah menolak bayaran ansuran (jika ada) hendaklah dibayar tidak lewat daripada hari terakhir 7 bulan selepas tarikh penutupan akaun. Gunakan Slip Pengiriman Bayaran (Borang CP207) yang disediakan bersama Borang C apabila membuat bayaran.

Denda Di Bawah Skim Ansuran

Denda dalam bentuk kenaikan cukai akan dikenakan jika:

  1. Syarikat yang gagal membuat bayaran ansuran bulanan sepenuhnya dalam tempoh ditetapkan, bayaran ansuran bulanan yang tidak dijelaskan akan dinaikkan sebanyak 10% tanpa sebarang notis diperlukan dari LHDNM.

  2. Jika perbezaan di antara cukai sebenar dan anggaran cukai dipinda anggaran asal cukai (jika tiada anggaran cukai dipinda dikemukakan) melebihi 30% dari cukai kena dibayar, cukai akan dinaikkan sebanyak 10% ke atas perbezaan melebihi 30% tanpa sebarang notis tambahan. Formula pengenaan denda ialah:

Formula pengiraan amaun cukai yang dinaikkan seperti berikut;

Kenaikan cukai = [ (AT-ET) - (30%xAT) ] x 10%
Di mana:
AT: Cukai sebenar yang kena dibayar
ET: Anggaran cukai dipinda atau anggaran cukai asal (jika tiada anggaran cukai dipinda dikemukakan).

Penalti Lewat Bayaran Baki Cukai

Jika baki cukai tidak dibayar pada tarikh ditetapkan, penalti sebanyak 10% akan dikenakan. Jika amaun cukai dan penalti masih tidak dibayar selepas 60 hari dari tarikh ditetapkan, penalti tambahan sebanyak 5% akan dikenakan ke atas baki cukai dan penalti yang tidak dibayar.

Rayuan Ke Atas Penalti

Rayuan secara bertulis dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Taksiran dikeluarkan perlu dikemukakan kepada Cawangan berkenaan (Unit Pungutan), jika syarikat tidak bersetuju terhadap penalti lewat bayar yang dikenakan.

Syarikat perlu menjelaskan tanggungan cukai walaupun rayuan dibuat.

Kaedah Pembayaran

Bayaran di kaunter bayaran LHDNM

Bayaran boleh dibuat di kaunter bayaran LHDNM. Setiap bayaran perlu disertakan dengan Slip Pengiriman Bayaran (Borang CP 207) yang dihantar kepada syarikat. Terdapat 3 kaunter bayaran LHDNM utama untuk membuat bayaran cukai iaitu di kaunter bayaran Jalan Duta bagi Semenanjung Malaysia, kaunter bayaran Kuching di Sarawak & kaunter bayaran Kota Kinabalu di Sabah.

Semenanjung Malaysia

Sabah

Sarawak

Tingkat Bawah,
Blok 8A,
Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Duta,
50600 Kuala Lumpur

Tingkat Bawah,
Wisma Hasil,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
88600 Kota Kinabalu,
Sabah

Aras 1,
Wisma Hasil,
No.1 Jalan Padungan,
93100 Kuching,
Sarawak

Bayaran Secara Pos

Bayaran secara pos perlu dibuat menggunakan cek/draf bank berpalang dan dibayar kepada "KETUA PENGARAH HASIL DALAM NEGERI". Tuliskan nama dan nombor rujukan cukai pendapatan syarikat di belakang cek/draf bank. Syarikat diingatkan untuk tidak menghantar wang tunai melalui pos untuk bayaran. Cek/draf bank hendaklah dihantar ke alamat Pusat Bayaran Kuala Lumpur di Jalan Duta, Unit Pungutan Cawangan Kuching, atau Unit Pungutan Cawangan Kota Kinabalu. Untuk mendapatkan alamat lengkap cawangan-cawangan pungutan, sila buat pilihan faksimili di menu seterusnya.

Semenanjung Malaysia

Sabah

Sarawak

Lembaga Hasil Dalam Negeri,
Pusat Bayaran Kuala Lumpur,
Tingkat 15, Blok 8A,
Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Duta,
Karung Berkunci 11061,
50990 Kuala Lumpur

Lembaga Hasil Dalam Negeri,
Unit Pungutan,
Tingkat Bawah,
3 & 4 Wisma Hasil,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
88600 Kota Kinabalu,
Sabah

Lembaga Hasil Dalam Negeri,
Unit Pungutan,
Aras 1,
Wisma Hasil,
No. 1,
Jalan Padungan,
93100 Kuching,
Sarawak

Bayaran Di Bank

Bayaran cukai juga boleh dibuat melalui semua cawangan bank CIMB Bank, Public Bank, Maybank, Affin Bank, Bank Rakyat dan kaunter POS Malaysia di seluruh Malaysia. Sila gunakan slip bayaran CP 207 sebagai panduan untuk mengisi "Bank In Slip" LHDNM yang disediakan di kaunter bank berkenaan untuk bayaran. Slip bank yang dikeluarkan oleh bank ini boleh dijadikan sebagai bukti bayaran kerana LHDNM tidak akan mengeluarkan resit bayaran lain bagi pembayaran di bank.

Bayaran Melalui Perbankan Internet

Baki cukai atau bayaran ansuran CP204 juga boleh dilakukan secara terus menggunakan perkhidmatan perbankan internet Public Bank, Maybank, Hong Leong Bank, Citibank dan POS Online.

Selain itu, syarikat juga boleh menggunakan perkhidmatan ByrHASiL yang disediakan di laman web ini. Perkhidmatan ini menggunakan kemudahan FPX (Financial Process Exchange) dan boleh digunakan bagi pengguna yang mempunyai perbankan internet dengan bank berikut:

  1. Bank Islam Malaysia Berhad

  2. CIMB Bank

  3. Hong Leong Bank Berhad

  4. Maybank2e / Maybank2U

  5. Public Bank Berhad

  6. RHB Bank

Pengesahan penerimaan melalui perbankan internet perlu disimpan sebagai bukti bayaran telah dibuat.

Bayaran Cukai Melalui Pindahan Wang Dari Luar Negara

Bayaran cukai pendapatan melalui pindahan wang dari luar negara boleh dilakukan dengan dua cara;

a) Melalui Telegraphic Transfer (TT)

  • Melalui Telegraphic Transfer (TT)/Interbank Transfer Giro (IBG)/Electronic Fund Transfer (EFT)
    Bayaran cukai secara TT, IBG atau EFT boleh dibuat terus ke Akaun Terimaan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia berikut:
    • Nama Akaun Penerima : 14230003355052
    • Nama Penerima (Payable To) : Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
    • Nama Dan Alamat Bank Penerima :CIMB Bank Berhad, Cawangan Jalan Duta Tingkat Bawah, Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, 50480 Jalan Duta, Kuala Lumpur, Malaysia

      Bagi bayaran TT (RENTAS), maklumat kod pengenalan swift bagi CIMB Bank Berhad adalah seperti berikut:

    • Swift Code : CIBBMYKL

Pembayar cukai adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan maklumat bayaran cukai berikut bagi bayaran yang dibuat melalui kaedah ini :-

  • Nama Pembayar Cukai
  • Nombor Rujukan Cukai
  • Nombor Rujukan Transaksi TT/IBG/EFT
  • Kod Bayaran Cukai (Rujuk Jadual Kod Bayaran Di para f.)
  • Tahun Taksiran bayaran dilakukan
  • Bulan ansuran, jika ada. Sekiranya tiada, pihak LHDNM akan mengambilkira bulan semasa sebagai nombor ansuran.

Maklumat ini perlu dikemukakan pada hari yang sama kepada Kaunter Bayaran, Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Jalan Duta melalui faks di nombor 03-62013490, 03-62019637 atau 03-62016857. Maklumat ini juga boleh dikemukakan melalui emel kepada pegawai-pegawai berikut :-

Resit bayaran hanya akan dikeluarkan bagi bayaran yang telah disah terima oleh bank dengan maklumat bayaran yang lengkap dikemukakan. Bagi bayaran yang dibuat tanpa mengemukakan maklumat yang tepat akan melambatkan proses pengeluaran resit dan pembayar cukai adalah bertanggungjawab sekiranya dikenakan denda lewat.

Kaunter Bayaran
Tingkat Bawah, Blok 8A
Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Duta
50600 Kuala Lumpur.

Memohon Bayaran Baki Cukai Secara Ansuran

Sekiranya sehingga tarikh akhir bayaran bagi suatu tahun taksiran syarikat masih gagal menyelesaikan cukai yang sepatutnya dibayar bagi tempoh yang berkenaan syarikat bolehlah memohon untuk membuat bayaran ansuran baki cukai. Bagi tujuan ini, syarikat perlu mengemukakan surat rayuan kepada Unit Pungutan di cawangan fail fizikal anda berada sebelum tarikh akhir bayaran bagi tahun berkenaan. Namun begitu adalah diingatkan, sungguhpun rayuan diterima tetapi penalti lewat bayar tetap akan dikenakan.

Semak Kedudukan Cukai

Berkenaan Rekod Bayaran

Sebarang pertanyaan berkenaan rekod bayaran secara terperinci boleh dibuat dengan menelefon Unit Pungutan di mana fail fizikal anda berada.

Memohon Rekod Kedudukan Cukai

Sekiranya anda memerlukan penyata kedudukan cukai, anda boleh memohon untuk mendapatkannya dengan menelefon Unit Pungutan di mana fail fizikal anda berada atau menulis surat kepada unit yang sama di cawangan yang berkenaan.



Kemaskini(Updated) : 04 Mac,2014Dilawati / Hit(s) : 237,209
Pengunjung Online: 26    China Flag 2    France Flag 1    MALAYSIA Flag 9    Russian Federation Flag 1    United States Flag 13   
Pengunjung: 75,024,671 Hari Ini : 983,768 Pengunjung Bulan Ini (10/2014) : 98,772Pengunjung Bulan Lepas (09/2014) : 1,142,816
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Keselamatan Online | Webmaster
PENAFIAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Terjemahan ke bahasa ketiga merupakan terjemahan terus dari laman web LHDNM versi Bahasa Melayu. Ia bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna bahasa lain menggunakan laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800.
Hak Cipta Terpelihara 2009 © LHDNM1