Sila Klik
 PEMBAYARAN CUKAI - Pembayaran Balik Cukai Yang Terlebih Dibayar
> Pengenalan
> Prosedur Pembayaran Balik Cukai Yang Terlebih    Dibayar
Pengenalan

Seksyen 111 Akta Cukai Pendapatan memperuntukkan di mana cukai telah dibayar, melalui potongan atau cara lain, melebihi cukai yang kena dibayar, amaun yang terlebih ini kena dibayar balik.

Permohonan untuk pembayaran balik hendaklah dibuat melalui surat di mana nama penuh, nombor rujukan cukai pendapatan, nombor kad pengenalan dan alamat terbaru perlu dinyatakan.

Untuk Syarikat, nama dan alamat bank serta nombor akaun bank perlu dinyatakan.

Untuk warganegara asing, alamat di luar negara, nombor pasport, nama, nombor akaun bank dan alamat bank mesti diberi. Surat ini perlu dihantar kepada cawangan Pungutan berkenaan.

Pembayaran balik cukai akan diproses selepas semua maklumat yang dikehendaki diperolehi.





Prosedur Pembayaran Balik Cukai Yang Terlebih Dibayar

Surat pengesahan oleh pihak majikan yang mengesahkan potongan-potongan yang tertentu telah dibuat dalam tahun-tahun yang berkenaan perlu dikemukakan. Penggunaan Borang PCB2(II) adalah digalakkan.

Surat pengesahan oleh majikan mesti memberikan butir-butir berikut:-

-Tahun yang berkenaan
-Nama pekerja
-Nombor kad pengenalan pekerja
-Nombor gaji pekerja
-Nombor rujukan Cukai Pendapatan pekerja

Butir-butir potongan yang berikut:-

-Bulan gaji dipotong
-Nombor Resit
-Tarikh Resit
-Nama Majikan
-Tandatangan majikan
-Cop syarikat/majikan
-Nombor telefon majikan

Salinan borang penyata pendapatan (EA/EC) untuk tahun-tahun yang tertentu.






Hakcipta © 2003 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Penafian : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.