Ketetapan Umum No. 6/2001
| TEMPOH ASAS BAGI SUATU PUNCA PERNIAGAAN (INDIVIDU & ORANG SELAIN DARIPADA SYARIKAT / KOPERASI) |
| 1.0 | UNDANG-UNDANG
CUKAI Ketetapan ini menjelaskan pemakaian Seksyen 20 dan 21 Akta Cukai Pendapatan 1967 . Ia berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2001 dan tahun-tahun taksiran seterusnya. Ketetapan ini menggantikan Ketetapan Umum No. 3/2000 bertarikh 1 Mac 2000. |
| 2.0 | PEMAKAIAN KETETAPAN
INI K etetapan ini menjelaskan penentuan tempoh asas bagi:
|
|
individu atau orang selain daripada syarikat atau koperasi yang memulakan perniagaan baru; |
|
individu atau orang selain daripada syarikat atau koperasi yang menukar tarikh perakaunan bagi perniagaannya yang sedia wujud; dan |
|
individu yang menyertai suatu perkongsian. |
| 3.0 | BAGAIMANA
UNDANG-UNDANG CUKAI DIGUNAPAKAI |
|
Individu atau orang
selain daripada syarikat atau koperasi [
rujuk perenggan 4.3
] dikenakan cukai pendapatan atas semua punca
pendapatannya bagi suatu tahun taksiran [selepas ini juga disebutkan
sebagai
T/T].
|
|
Pendapatan daripada
suatu punca adalah ditentukan berkaitan dengan tempoh asas bagi suatu
tahun taksiran.
|
|
Am
Bagi punca perniagaan, melainkan jika perenggan 3.4 di bawah digunapakai, tahun asas bagi suatu tahun taksiran [rujuk perenggan 4.4 dan 4.5] adalah tempoh asas bagi tahun taksiran itu. Contoh Tahun asas yang berakhir pada
31.12.2001 adalah tempoh asas bagi
T/T
2001 bagi punca perniagaan individu itu. |
|
Akaun disediakan
untuk 12 bulan yang tidak berakhir pada 31 Disember
Jika akaun perniagaan disediakan untuk 12 bulan berakhir pada suatu tarikh yang selain daripada 31 Disember dalam suatu tahun asas, tempoh perakaunan itu adalah tempoh asas bagi tahun taksiran di mana akaun itu ditutup. Contoh Tempoh dari 01.07.2000 hingga
30.06.2001 adalah tempoh asas bagi
T/T
2001 untuk punca perniagaan individu itu. |
|
Permulaan perniagaan |
|
Akaun disediakan
bagi tempoh kurang atau lebih daripada 12 bulan yang berakhir pada 31
Disember
Jika perniagaan dimulakan dan akaun pertamanya disediakan bagi tempoh kurang atau lebih daripada 12 bulan yang berakhir pada 31 Disember, tempoh asas bagi tahun taksiran adalah tempoh yang berakhir pada 31 Disember. Contoh 1 Tempoh perakaunan dari 11.05.2001 hingga 31.12.2001 adalah tempoh asas bagi T/T 2001. Contoh 2 Tempoh dari 01.09.2001 hingga 31.12.2001 adalah tempoh asas bagi T/T 2001. Tempoh dari 01.01.2002 hingga
31.12.2002 adalah tempoh asas bagi T/T 2002. |
|
Akaun disediakan
bagi tempoh 12 bulan
Jika perniagaan dimulakan dan akaun pertamanya disediakan bagi tempoh 12 bulan, tempoh perakaunan itu adalah tempoh asas bagi tahun taksiran di mana akaun ditutup. Contoh Tempoh perakaunan dari
01.07.2001 hingga 30.06.2002 adalah tempoh asas bagi
T/T
2002.
Tiada tempoh asas bagi
T/T
2001. |
|
Akaun disediakan
bagi tempoh kurang atau lebih daripada 12 bulan yang tidak berakhir pada
31 Disember
Jika perniagaan dimulakan dan akaun pertamanya disediakan bagi tempoh kurang atau lebih daripada 12 bulan yang tidak berakhir pada 31 Disember, tempoh asas bagi tahun taksiran adalah tahun berakhir pada 31 Disember setiap tahun sehingga akaun disediakan bagi tempoh perakaunan 12 bulan. Contoh 1 Tempoh asas bagi T/T 2001 adalah 26.06.2001 hingga 31.12.2001. Tempoh asas bagi T/T 2002 adalah 01.01.2002 hingga 31.12.2002. Tempoh asas bagi T/T 2003 adalah 01.05.2002 hingga 30.04.2003. Contoh 2 Tempoh asas bagi T/T 2001 adalah 26.06.2001 hingga 31.12.2001. Tempoh asas bagi T/T 2002 adalah 01.01.2002 hingga 31.12.2002. Tempoh asas bagi
T/T 2003
adalah 01.10.2002 hingga 30.09.2003. |
|
Pertukaran tarikh perakaunan |
|
Akaun biasa
berakhir pada 31 Disember
Jika akaun biasanya ditutup pada 31 Disember dan berlaku pertukaran tarikh perakaunan, tempoh asas dalam tahun berlakunya pertukaran adalah tahun berakhir 31 Disember. Tempoh asas bagi tahun taksiran berikutnya juga adalah 31 Disember, melainkan jika terdapat tempoh perakaunan 12 bulan yang berakhir dalam tahun itu, yang mana tempoh perakaunan tersebut adalah merupakan tempoh asas. Seterus-nya, tempoh perakaunan 12 bulan adalah merupakan tempoh asas. Contoh 1 Tempoh asas bagi T/T 2001 adalah 01.01.2001 hingga 31.12.2001. Tempoh asas bagi T/T 2002 adalah 01.10.2001 hingga 30.09.2002. Contoh 2 Tempoh asas bagi T/T 2001 adalah 01.01.2001 hingga 31.12.2001. Tempoh asas bagi T/T 2002 adalah 01.01.2002 hingga 31.12.2002. Tempoh asas bagi
T/T 2003
adalah 01.04.2002 hingga 31.03.2003. |
|
Akaun biasa tidak berakhir pada 31 Disember dan akaun baru disediakan bagi tempoh kurang daripada 12 bulan |
|
Akaun baru berakhir
dalam tahun berikutnya
Tempoh perakaunan baru itu adalah tempoh asas bagi tahun taksiran dalam tahun gagal [ rujuk perenggan 4.6 ]. Contoh Tempoh asas bagi T/T 2002 (tahun gagal) adalah 01.10.2001 hingga 31.03.2002 (6 bulan). Tempoh asas bagi
T/T 2003
adalah 01.04.2002 hingga 31.03.2003. |
|
Akaun baru dan
akaun terakhir berakhir dalam tahun yang sama
Tempoh perakaunan baru bersama dengan tempoh perakaunan berikutnya adalah tempoh asas bagi tahun taksiran dalam tahun gagal. Contoh Oleh kerana tempoh perakaunan baru 01.07.2001 hingga 31.12.2001 dan tempoh perakaunan terakhir 01.07.2000 hingga 30.06.2001 berakhir pada tahun asas yang sama: Tempoh asas bagi T/T 2002 (tahun gagal) adalah 01.07.2001 hingga 31.12.2002 (18 bulan). Tempoh asas bagi
T/T 2003
adalah 01.01.2003 hingga 31.12.2003. |
|
Akaun biasa
tidak berakhir pada 31 Disember dan akaun baru disediakan bagi tempoh
melebihi 12 bulan
|
|
Akaun baru berakhir
dalam tahun berikutnya
Tempoh perakaunan baru adalah tempoh asas bagi tahun taksiran dalam tahun gagal. Contoh Tempoh asas bagi T/T 2002 (tahun gagal) adalah 01.08.2001 hingga 31.10.2002 (15 bulan). Tempoh asas bagi T/T 2003 adalah 01.11.2002 hingga 31.10.2003. |
|
Akaun baru berakhir
dalam tahun ketiga
Jika tempoh perakaunan baru menjangkau 3 tahun asas, tempoh perakaunan baru itu adalah dibahagikan kepada dua tempoh yang sama-rata dan kedua-dua tempoh itu diambil sebagai tempoh asas untuk 2 tahun taksiran pertama bermula dalam tahun gagal. Contoh Tempoh perakaunan 01.12.2000 hingga 28.02.2002 (15 bulan) adalah dibahagikan kepada 2 tempoh, supaya: Tempoh asas bagi T/T 2001 (tahun gagal) adalah tempoh 01.12.2000 hingga 31.07.2001 (8 bulan); dan Tempoh asas bagi T/T 2002 adalah tempoh 01.08.2001 hingga 28.02.2002 (7 bulan). |
|
|
Individu menyertai suatu perkongsian |
|
Menyertai suatu
perkongsian baru
Jika seorang individu menyertai suatu perkongsian baru, tempoh asas individu itu bagi punca perkongsian adalah ditentukan seperti dalam kes perniagaan baru [ rujuk perenggan 3.5.1, 3.5.2 atau 3.5.3]. Contoh Tempoh asas bagi punca perkongsian individu itu adalah seperti berikut [rujuk perenggan 3.5.3] : T/T 2001: 18.02.2001 hingga 31.12.2001 T/T 2002: 01.10.2001 hingga 30.09.2002 |
|
Menyertai suatu
perkongsian yang sedia wujud dan tarikh per- akaunan biasa perkongsian itu
dikekalkan
Jika seorang individu menyertai perkongsian yang sedia wujud dan akaun perkongsian itu terus disediakan mengikut tarikh perakaunan yang biasa, tempoh asas pertama bagi individu itu berhubung dengan punca perkongsiannya adalah dari tarikh beliau menyertai perkongsian itu hingga tarikh akaun perkongsian ditutup. Seterusnya, tempoh asas adalah tempoh perakaunan perkongsian. Contoh Tempoh asas bagi T/T 2001 bagi punca perkongsian individu itu adalah 01.02.2001 hingga 31.03.2001. Tempoh asas bagi T/T 2002
adalah 01.04.2001 hingga 31.03.2002. |
|
Menyertai suatu
perkongsian yang sedia wujud dan tarikh perakaunan biasa perkongsian
ditukar
Jika seorang individu menyertai perkongsian yang sedia wujud dan perkongsian itu menukar tarikh perakaunan biasanya, perkongsian itu dianggap sebagai suatu perkongsian baru dan tempoh asas bagi punca perkongsian ditentukan sama seperti dalam kes perniagaan baru [rujuk perenggan 3.5.1, 3.5.2 atau 3.5.3 ]. Contoh 1 01.01.2000 hingga 31.12.2000 (perkongsian lama) 01.01.2001 hingga 30.06.2001 (perkongsian lama) 01.07.2001 hingga 30.06.2002 (perkongsian baru) 01.07.2002 hingga 30.06.2003 (perkongsian baru) Tempoh asas bagi punca perkongsian adalah seperti berikut: |
| Rakan kongsi |
T/T |
Tempoh asas |
| Individu
(rakan kongsi baru) |
2001 |
Tiada |
|
2002 |
01.07.2001 - 30.06.2002 | |
|
2003 |
01.07.2002 - 30.06.2003 | |
| Rakan kongsi sedia wujud |
2000 |
01.01.2000 - 31.12.2000 |
|
2001 |
01.01.2001 - 31.12.2001* | |
|
2002 |
01.07.2001 - 30.06.2002* | |
|
2003 |
01.07.2002 - 30.06.2003 |
| [*Ekoran daripada pertukaran tarikh perakaunan ( rujuk perenggan 3.6.1 )] |
| - | Contoh 2 Seorang individu menyertai suatu
perkongsian sedia wujud pada 01.04.2001. Akaun perkongsian biasanya
ditutup pada 30 Jun, tetapi dengan penyertaan rakan kongsi baru, tarikh
perakaunan ditukar kepada 31 Mac. Akaun perkongsian disediakan seperti
berikut: 01.07.1999 hingga 30.06.2000
(perkongsian lama) 01.07.2000 hingga 31.03.2001
(perkongsian lama) 01.04.2001 hingga 31.03.2002
(perkongsian baru) 0 1.04.2002 hingga 31.03.2003 (perkongsian baru) Tempoh asas bagi punca perkongsian adalah seperti berikut: |
| Rakan kongsi |
T/T |
Tempoh asas |
| - |
2001 |
Tiada |
|
2002 |
01.04.2001 - 31.03.2002 | |
|
2003 |
01.04.2002 - 31.03.2003 | |
| Rakan kongsi sedia wujud |
2000 |
01.07.1999 - 30.06.2000 |
|
2001 |
01.07.2000 - 31.03.2001* | |
|
2002 |
01.04.2001 - 31.03.2002 | |
|
2003 |
01.04.2002 - 31.03.2003 |
| [*Ekoran daripada pertukaran tarikh perakaunan ( rujuk perenggan 3.6.2.A )] |
|
Pengendalian pendapatan / kerugian larasan dalam tempoh bertindih Jika pemakaian perenggan 3.5.3 atau perenggan 3.6.1 mengakibatkan 2 tempoh asas yang bertindih [rujuk Contoh 1 & 2 di perenggan 3.5.3 dan Contoh 1 & 2 di perenggan 3.6.1 ], pendapatan larasan atau kerugian larasan bagi tempoh yang sama dalam kedua-dua tempoh asas tidak diambilkira dalam tempoh asas yang kedua. Contoh Pendapatan larasan individu itu adalah seperti berikut: Tempoh perakaunan ...................................... Pendapatan larasan 01.07.2001 hingga 31.03.2002 [A] ................ .RM15,000 01.04.2002 hingga 31.03.2003 [B] .................. RM24,000 Menurut perenggan 3.5.3, tempoh asas bagi individu itu adalah: T/T .................. Tempoh asas 2001 ............ 01.07.2001 - 31.12.2001 (6 bulan) 2002 ............ 01.01.2002 - 31.12.2002 (12 bulan)* 2003 ............ 01.04.2002 - 31.03.2003 (12 bulan)* [*Tempoh bertindih: 01.04.2002 - 31.12.2002] Pendapatan larasan hendaklah dibahagikan seperti berikut: |
| T/T & Tempoh asas | Pembahagian |
Pendapatan
larasan |
| 2001
[01.07.2001 - 31.12.2001] |
01.07
- 31.12.2001: 6 / 9 x [A] ( 6 / 9 x RM15,000) |
10,000 |
|
2002 [01.01.2002 - 31.12.2002] |
01.01
- 31.03.2002: 3 / 9 x [A] ( 3 / 9 x RM15,000) 01.04 - 31.12.2002: 9 / 12 x [B] ( 9 / 12 x RM24,000) |
5,000 18,000 23,000 |
|
2003 [01.04.2002 - 31.03.2003] |
Pendapatan larasan bagi tempoh bertindih (01.04.2002 - 31.12.2002)
tidak diambilkira dalam tempoh asas kedua: (RM24,000 - RM18,000) |
6,000 |
| 4.0 |
INTERPRETASI Bagi maksud ketetapan ini: |
|
Jika pertukaran tarikh
perakaunan dibuat dalam 2 tempoh perakaunan yang berturutan dan penentuan
menurut perenggan 3.6 di atas tidak boleh digunapakai kerana suatu tahun
taksiran atau tempoh perakaunan akan tertinggal, tempoh asas akan
ditentukan oleh Ketua Pengarah atas permohonan daripada individu atau
orang selain daripada syarikat atau koperasi.
|
|
Dalam kes pembahagian
tempoh perakaunan, mana-mana bahagian daripada suatu bulan akan dianggap
terjatuh ke dalam tempoh pertama [
rujuk Contoh di perenggan 3.6.3.B
].
|
|
"Orang selain daripada
syarikat atau koperasi" termasuk keluarga sekutu Hindu, badan amanah,
harta pusaka di bawah pendtabiran, kelab dan persatuan.
|
|
"Tahun asas bagi tahun
taksiran" bermaksud tahun kalendar yang bersamaan dengan tahun
taksiran.
|
|
"Tahun taksiran"
bermaksud tahun kalendar.
|
|
"Tahun gagal" bermaksud tahun dalam mana terdapat kegagalan menutup akaun pada tarikh perakaunan biasa (di mana tempoh perakaunan biasa bukan 31 Disember). |