Ketetapan Umum
No.1/2001
PEMILIKAN LOJI
DAN JENTERA BAGI TUJUAN TUNTUTAN ELAUN MODAL
| 1.0 | UNDANG-UNDANG
CUKAI Ketetapan ini menjelaskan maksud pemilikan loji dan jentera bagi tujuan tuntutan elaun permulaan dan elaun tahunan di bawah perenggan 10 & 15, Jadual 3, Akta Cukai Pendapatan, 1967 . Ia berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2000 (berasaskan tahun semasa) dan tahun taksiran seterusnya |
| 2.0 | PEMAKAIAN KETETAPAN
INI Ketetapan ini mempertimbangkan maksud pemilikan loji dan jentera dan kesannya terhadap seseorang sama ada ia berkelayakan menuntut elaun modal bagi loji dan jentera itu dalam menentukan pendapatan berkanun daripada perniagaan. |
| 3.0 | BAGAIMANA UNDANG-UNDANG CUKAI DIGUNAPAKAI |
|
Potongan elaun
modal
Dalam pengiraan pendapatan
berkanun daripada perniagaan, elaun modal di bawah Jadual 3, Akta Cukai
Pendapatan 1967 [selepas ini disebutkan sebagai
elaun modal
dan Akta
, masing-masing] boleh ditolak daripada
pendapatan larasan punca perniagaan itu. |
|
Syarat untuk elaun modal |
|
3.2.1 |
Untuk layak mendapat elaun permulaan bagi loji dan jentera bagi sesuatu tahun taksiran, seseorang hendaklah mematuhi semua syarat berikut |
|
beliau menjalankan
perniagaan dalam tempoh asas; |
|
beliau telah melakukan
perbelanjaan loji yang layak berhubung dengan aset itu dalam tempoh
asas; |
|
aset itu digunakan
bagi tujuan perniagaan; dan |
|
pada akhir tempoh asas (atau, jika aset itu telah dilupuskan, pada masa pelupusan), beliau ialah pemilik aset itu. |
|
3.2.2 |
Untuk layak mendapat elaun tahunan bagi loji dan jentera bagi sesuatu tahun taksiran, seseorang hendaklah mematuhi semua syarat berikut: |
|
beliau menjalankan
perniagaan dalam tempoh asas; |
|
beliau telah melakukan
perbelanjaan loji yang layak berhubung dengan aset itu; |
|
aset itu digunakan
bagi tujuan perniagaan; dan |
|
pada akhir tempoh asas, beliau ialah pemilik aset itu dan aset itu masih digunakan. |
|
Pemilikan Aset |
|
3.3.1 |
"Pemilikan" berhubung
dengan sesuatu aset merujuk kepada pemilikan di sisi undang-undang ataupun
pemilikan benefisial. |
|
3.3.2 |
Biasanya sesuatu aset dimiliki dan digunakan oleh orang yang sama dalam perniagaannya. Walau bagaimanapun, ada kemungkinan: |
|
sesuatu aset
didaftarkan atas nama seseorang (pemilik di sisi undang-undang)
[rujuk perenggan
4.4
di bawah
] walaupun perbelanjaan loji yang layak baginya
dilakukan oleh orang yang lain (pemilik benefisial) [
rujuk perenggan 4.3
di bawah];
atau |
|
sesuatu aset
didaftarkan atas nama seseorang (pemilik di sisi undang-undang) walaupun
perbelanjaan loji yang layak baginya dilakukan bersama oleh orang itu dan
orang yang lain; dan |
|
aset tersebut digunakan bagi tujuan perniagaan pemilik di sisi undang-undang atau perniagaan pemilik benefisial. |
|
Aset dimiliki dan
digunakan bagi tujuan perniagaan orang yang sama Seseorang pemilik aset di sisi undang-undang yang juga pemilik benefisial dan menggunakan aset itu dalam perniagaannya berhak menuntut elaun modal atas aset itu. Contoh Dalam pengiraan pendapatan berkanun daripada perniagaan runcit bagi tahun taksiran 2000, Encik Salleh layak untuk menuntut elaun modal atas van oleh kerana beliau telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan [rujuk perenggan 3.2 di atas]: |
|
beliau menjalankan
perniagaan dalam tempoh asas; |
|
beliau telah
melakukan perbelanjaan loji yang layak bagi tujuan
perniagaannya; |
|
aset itu digunakan
bagi tujuan perniagaan dalam tempoh asas; dan |
|
pada akhir tempoh asas, beliau ialah pemilik aset itu dan aset itu masih digunakan bagi tujuan perniagaannya. |
|
Aset digunakan bagi tujuan perniagaan seseorang tetapi didaftarkan atas nama orang lain |
|
3.5.1 |
Aset digunakan
bagi tujuan perniagaan pemilik benefisial tetapi didaftarkan atas nama
orang lain Di mana seseorang telah: |
|
melakukan perbelanjaan
loji yang layak berhubung dengan sesuatu aset; dan |
|
aset itu digunakan
bagi tujuan perniagaannya dalam tempoh asas; dan |
|
aset itu masih digunakan pada akhir tempoh asas; |
| - |
C
ontoh Encik Azmi membeli sebuah lori dalam tahun asas 2001 dan mendaftarkannya atas nama Encik Musa. Lori itu digunakan oleh Encik Azmi untuk menjalankan perniagaan pengangkutan. Dalam pengiraan pendapatan berkanun daripada perniagaannya bagi tahun taksiran 2001, Encik Azmi layak tuntut elaun-elaun permulaan dan tahunan kerana syarat-syarat yang ditetapkan telah dipenuhi. Encik Musa tidak berhak menuntut elaun-elaun kerana beliau tidak melakukan perbelanjaan loji yang layak. |
|
3.5.2 |
Aset didaftarkan
atas nama seseorang dan digunakan bagi tujuan perniagaan lebih dari
seorang pemilik benefisial
Di mana: |
|
lebih dari seorang
telah melakukan perbelanjaan loji yang layak berhubung dengan sesuatu
aset; dan |
|
aset itu digunakan
bagi tujuan perniagaan setiap orang itu dalam tempoh asas;
|
|
pada akhir tempoh
asas, aset itu masih digunakan sedemikian; dan |
|
aset itu didaftarkan atas nama salah seorang pemilik benefisial atau atas nama orang lain; |
| - | setiap pemilik
benefisial aset itu adalah layak menuntut elaun modal atas aset itu
mengikut bahagiannya dalam perbelanjaan loji yang layak yang telah
dilakukan. [Dalam situasi seperti ini, di mana lebih dari seorang menuntut
elaun modal bagi aset yang sama, satu kenyataan sedemikian (yang
menunjukkan butiran pembahagian yang sesuai) hendaklah dibuat dalam
pengiraan cukai setiap orang yang menuntut.] Perhatian : ketetapan di atas tidak digunapakai bagi perkongsian yang terlibat dalam situasi yang serupa. Kaedah khas telah disediakan bagi perkongsian: rujuk Kaedah Cukai Pendapatan (Elaun dan Pengenaan Modal) 1969 [P.U.(A) 96/1969]. Contoh Adik-beradik Ahmad dan Ali menjalankan perniagaan restoran masing -masing. Mereka bersama-sama membeli sebuah van yang berharga RM56,000 pada 01.09.2001. Ahmad membayar RM30,000 dan Ali membayar RM26,000. Van itu didaftarkan atas nama Ahmad. Van itu digunakan dalam perniagaan Ahmad dan Ali dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu. Akaun bagi kedua-dua perniagaan ditutup pada 31 Disember. Elaun permulaan dan elaun tahunan dikira seperti berikut: |
|
- - - - - |
|
Ahmad |
Ali | ||
|
- | 30,00 | - | 26,000 | |
|
6,000 | - | 5,200 | - | |
|
6,000 | 12,000 | 5,200 | 10,400 | |
|
- | 18,000 | - | 15,600 | |
| - | Bagi tahun taksiran
2001, Ahmad layak tuntut elaun modal sebanyak RM12,000 dan Ali layak
tuntut RM10,400 bagi van. |
|
3.5.3 |
Aset didaftarkan
atas nama, dan digunakan bagi tujuan perniagaan, pemilik berdaftar tetapi
perbelanjaan loji yang layak dilakukan oleh orang lain
Di mana perbelanjaan loji yang layak bagi sesuatu aset dilakukan oleh seseorang [pemilik benefisial] tetapi aset itu didaftarkan atas nama dan digunakan bagi tujuan perniagaan orang yang lain [pemilik di sisi undang-undang], kedua-dua pihak tidak layak menuntut elaun modal kerana kedua-dua pihak gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Contoh Kedua-dua syarikat tidak layak untuk elaun modal ke atas lori kerana: |
|
walaupun Syarikat X
Bhd. telah melakukan perbelanjaan modal berhubung dengan aset itu,
perbelanjaan itu tidak dilakukan bagi tujuan perniagaannya dan aset itu
tidak digunakan bagi tujuan perniagaannya. |
|
walaupun aset itu digunakan bagi tujuan perniagaannya, Syarikat Y Sdn. Bhd. tidak melakukan perbelanjaan loji yang layak berhubung dengan aset itu. |
| 4.0 |
INTERPRETASI Bagi maksud ketetapan ini: |
|
"Aset" bermaksud loji
dan jentera yang digunakan bagi tujuan perniagaan dan perbelanjaan loji
yang layak telah dilakukan berhubung dengannya. |
|
"Orang" atau
"seseorang" termasuk syarikat, koperasi, perkongsian, kelab, persatuan,
keluarga sekutu Hindu, pemegang amanah, pentadbir harta pusaka dan
individu. |
|
"Pemilik benefisial"
bermaksud orang yang telah melakukan perbelanjaan loji yang layak
berhubung dengan, atau yang telah membayar untuk, sesuatu aset dan orang
itu dapat membuktikan tuntutan dengan dokumen atau bukti yang lain
[contoh
: pencatatan yang sesuai dalam buku akaun
perniagaan, disokong oleh dokumen seperti invois, baucer dan
resit]. |
|
"Pemilik di sisi undang-undang" bermaksud orang yang atas namanya aset didaftarkan atau direkodkan [ contoh: sijil pendaftaran kenderaan motor; kad jaminan kualiti bagi mesin; dan sebagainya]. |