Sila Klik

PIAGAM PELANGGAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM) >Piagam Kaunter Bayaran
>Piagam Am

KAMI KOMITED UNTUK MENAMBAHBAIK SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN SECARA BERTERUSAN SERTA MEMBERIKAN LAYANAN YANG ADIL DAN SAKSAMA DALAM SEGALA URUSAN BERDASARKAN PIAWAIAN BERIKUT:

1. Memberi layanan secepat mungkin selepas pelanggan mengambil nombor giliran pada:

  • hari biasa (selain waktu puncak)
- 7 minit
  • waktu puncak (5 hingga 10 haribulan setiap bulan)
- 20 minit, terhad kepada 10 instrumen   bayaran bagi setiap pelanggan

2. Mengeluarkan resit bayaran cukai yang:

  • diterima di kaunter bayaran
- pada hari yang sama
  • diserah tinggal
- dalam tempoh 7 hari bekerja

3. Memproses salinan resit rasmi/surat akuan terima bayaran dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima

4. Mengambil tindakan terhadap aduan masalah resit dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan

BAGI MEMBOLEHKAN LHDNM MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG EFISIEN, ANDA BERTANGGUNGJAWAB:

1. Membuat pembayaran cukai sepatutnya dengan menggunakan instrumen bayaran yang sah dalam tempoh yang telah ditetapkan

2. Menggunakan borang atau slip pengiriman bayaran yang betul serta melengkapkannya dengan maklumat yang tepat. Sila catatkan maklumat berikut di belakang instrumen bayaran:

a. Nombor rujukan cukai,
b. Nama,
c. Kod bayaran,
d. Tahun taksiran dan bilangan ansuran,
e. Tahun dan bulan potongan (Potongan Cukai Berjadual), dan
f. Alamat dan nombor telefon terkini.

3. Memastikan maklumat resit bayaran rasmi adalah betul dan melaporkan sebarang masalah pada hari yang sama resit dikeluarkan. Sekiranya aduan dibuat selepas tarikh resit dikeluarkan, ia hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan dokumen sokongan

4. Menyimpan resit/rekod pembayaran selama 7 tahun

SEGALA MAKLUMAT PERIBADI DAN KEWANGAN YANG ANDA BERIKAN ADALAH SULIT DAN HANYA DIGUNAKAN BAGI TUJUAN YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG SAHAJA

MESRA MEMBANTU MEMUASKAN

1-300-88-3010

Pindaan 01/04/08



Hakcipta © 2003 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Penafian : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.