Sila Klik
 Tahukah Anda

Apa Itu Lebihan Kredit?

APA ITU LEBIHAN KREDIT ?
Lebihan kredit wujud apabila bayaran seperti potongan cukai, bayaran ansuran bulanan atau bayaran cukai pendapatan telah melebihi tanggungan cukai (baki debit) di dalam akaun. Debit wujud apabila tanggungan cukai melebihi bayaran cukai yang dibuat. Lebihan kredit boleh dikembalikan sekiranya ke semua taksiran cukai (notis taksiran/ Borang J) telah dibangkitkan/dikeluarkan dan lebihan ini wujud selepas akaun telah dikemaskini sehingga taksiran tahun semasa. Permohonan bayaran balik lebihan kredit boleh dibuat dengan memohon secara bertulis atau menghubungi melalui telefon kepada Unit-Unit Pungutan, Cawangan LHDN berkenaan dengan menyatakan nama penuh, nombor rujukan cukai pendapatan, nombor kad pengenalan dan alamat terkini. Sila klik untuk maklumat lanjut:
Bayaran Balik Lebihan Kredit

>> Tajuk : Apa Itu Lebihan Kredit?


Hakcipta © 2003 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Penafian : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.